Kandungan 9 Minggu, Organ Dalaman Janin Mula Membentuk, Ibu Kena Rajin Makan Vitamin Ya!

Kandungan 9 Minggu, Organ Dalaman Janin Mula Membentuk, Ibu Kena Rajin Makan Vitamin Ya!

Kandungan 9 minggu adalah di mana organ dalaman janin sedang berkembang dengan baik ia dapat dilihat melalui ultrasound.

Tak sangka sekarang tubuh anda sedang membawa ‘orang baru’ di dalamnya. Malah usianya juga sedang melalui perkembangan janin 9 minggu. Kandungan 9 minggu ini bersamaan janin sudah dua bulan berada dalam rahim ibunya. 

Pasti ada yang teruja apabila scan dan ultrasound dilakukan pada bayi. Selain tak sabar untuk mengetahui perkembangan si kecil yang positif. 

Mari kita lihat apa lagi perkembangan janin 9 minggu ini. Sepanjang 40 minggu kehamilan perkembangan bayi dalam kandungan boleh dilihat dengan jelas melalui ultrasound. 

Kandungan 9 Minggu: Ini Yang Ibu Patut Tahu

kandungan 9 minggu

Pada tumbesaran dan perkembangan janin 9 minggu ini anda akan dapat rasai kehamilan anda sedang membesar dengan sempurna.  Ketika mengandung 9 minggu ini antara perkara yang akan anda alami. 

  • Kini anda dapati si kecil anda bukan berbentuk embrio tetapi sudah bertukar menjadi janin manusia yang sedang bernafas dan berkembang dalam kandungan. 
  • Ciri-ciri wajahnya juga membentuk dengan cepat. Kepala dan lehernya lebih tegak malah dapat dilihat melalui imbasan scan. 
  • Denyutan jantung dapat dikesan melalui ultrasound yang dipakaikan oleh pakar ginekologi. 
  • Organ lain seperti hati, injap dan limpa sedang berkembang.
  • Puting dan anak rambut mula membentuk. 
  • Ketika ultrasound dilakukan si kecil ini mungkin melakukan beberapa tindakan seperti menggerakkan tangan dan kakinya tetapi ia masih terlalu awal untuk merasakan pergerakan yang lain. 

Pada ketika ini juga, ibu-ibu mungkin akan mengalami alahan atau biasa dipanggil morning sickness. Namun ada juga yang langsung tidak mengalaminya. 

Malah tidak kurang juga yang masih tidak sedar yang mereka sedang mengandung kerana ada yang langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mereka sedang mengandung. 

Morning sickness menganggu urusan anda sepanjang hari. Tapi ada sebilangan ibu yang tidak mengalaminya, wah, beruntung sungguh! Namun ia akan hilang apabila kandungan mencecah tiga bulan ke atas. 

Sebilangan ibu akan mengalami keletihan, tidak boleh memberi tumpuan, kehilangan selera makan atau mungkin penurunan berat badan. Hal ini kerana, badan sedang sesuaikan diri dengan bayi yang baru berkembang di dalamnya. Perubahan mood juga akan berlaku dalam minggu ini. 

Antara gejala biasa ketika minggu ke-9 hamil adalah:

Pada masa ini, hormon kehamilan hCG semakin bertambah dalam badan anda dan berada pada tahap kemuncaknya. Ini bermakna pada 9 minggu, beberapa gejala kehamilan mungkin berada pada tahap yang paling teruk.

Bertenang. Dalam beberapa minggu lagi daripada hormon tersebut akan mereda sedikit, membuatkan anda berasa lebih seperti diri anda sendiri. Ini adalah simptom kehamilan 9 minggu yang mungkin anda alami:

#1. Perubahan emosi

Disebabkan perubahan hormon yang terus berlaku dan juga kerana gejala lain seperti loya dan keletihan mengganggu anda, anda mungkin mendapati emosi anda lebih sukar dikawal.

Berehat dan elakkan situasi yang tertekan demi kewarasan anda.

#2. Morning sickness

Kira-kira 80 peratus wanita hamil mengalami beberapa bentuk mual pagi atau alahan kehamilan. Jika anda mengalami loya, anda mungkin berasa letih, sakit atau anda mungkin muntah dengan kerap.

Jika anda hamil 9 minggu dengan anak kembar, anda mungkin mendapati diri anda mengalami gejala morning sickness yang lebih teruk.

Cuba anda minum air halia, kerap makan dan makan vitamin B6 dapat membantu mengurangkan loya.

#3. Kerap buang air kecil

Disebabkan rahim anda mengembang dan terdapat aliran darah lebih laju ke kawasan pelvis anda, anda mungkin lebih kerap ke bilik air berbanding sebelum hamil.

Jangan biarkan itu menghalang anda daripada minum banyak air. Adalah penting untuk anda kekal terhidrat. 

#4. Keletihan

Semasa hormon anda bekerja lebih masa untuk membesar dan mengembangkan janin 9 minggu anda, anda mungkin berasa sangat letih.

Tidur lebih kerap. Pada trimester kedua, anda akan mendapat sedikit tenaga anda kembali.

#5. Hidung tersumbat

Kehamilan boleh menyebabkan pengeluaran lendir yang lebih tinggi dalam badan dan simptom yang tidak dijangka. Jadi tidak mustahil hidung anda akan menjadi lebih sensitif terutama ketika sejuk.

#6. Sakit kepala

Lonjakan hormon kehamilan boleh menyebabkan anda sakit kepala selain ia juga berpunca daripada dehidrasi,  kafein, kelaparan, kurang tidur dan tekanan.

Makan dalam kadar sedikit tetapi kerap, tidur yang cukup dan minum banyak air. 

Bentuk Perut Hamil 9 Minggu

kandungan 9 minggu

Pada usia kandungan 9 minggu, anda mungkin belum mempunyai baby bump. Walau bagaimanapun, anda hampir pasti akan perasan bahagian bawah perut anda semakin membesar dan tegang. Ini kerana rahim anda mula mengembang sesuai dengan bayi anda yang sedang membesar.

Sebelum minggu ini, anda mungkin kelihatan hampir sama seperti anda sebelum hamil. Tetapi sekitar minggu ke-9 kehamilan, anda mungkin akan mendapati sedikit kenaikan berat badan berlaku yang boleh menyebabkan pakaian lebih ketat dan berasa tidak selesa.

Walaupun anda mungkin hanya menunjukkan perkembangan perut ibu hamil sedikit benjolan perut pada minggu ke-9 kehamilan atau dalam beberapa kes, tiada benjolan langsung  anda mungkin dapat merasakan perut bawah anda semakin membesar dan tegang.

Ini adalah rahim anda, yang mengembang sesuai dengan bayi anda yang sedang membesar dan tidak lama lagi akan menjadi pengembangan bayi yang lebih besar.

Perlu diingat bahawa jika morning sickness menyebabkan berat badan anda menurun semasa peringkat awal kehamilan, anda masih boleh memulihkannya. 

Selagi penurunan berat badan ini sederhana, mungkin tiada apa yang perlu dibimbangkan. Walau bagaimanapun, anda masih perlu membincangkan perubahan ini dengan doktor anda.

Doktor akan menetapkan beberapa vitamin kehamilan seperti asid folic dan zinkcofer bagi membantu badan menambahkan keperluan nutrien tambahan supaya bayi membesar dengan sihat. 

Jadi dalam perkembangan janin 9 minggu ini, ibu harus mendapatkan panduan pemakanan yang lebih berkhasiat seperti memperbanyakkan sayuran, buah-buahan dan minum air kosong setiap hari. 

Selain itu, ibu juga boleh minum jus buah segar dan sup yang sihat sebagai penambah elektrolit yang hilang.  Jika mengalami mual yang teruk boleh dapatkan bantuan dengan pakar ginekologi untuk mengatasinya. 

Pada minggu ini ibu dinasihatkan:

  • Memakai pakaian yang longgar dan seluar yang sesuai untuk ibu mengandung.
  • Boleh memikirkan tentang cuti bersalin terutama ibu yang bekerja berdasarkan tarikh due date.
  • Anda mungkin mengalami sengal-sengal di bahagian abdomen kerana bayi semakin membesar tapi itu adalah normal. 

Scan Baby 9 Minggu, Bayi Besar Mana?

kandungan 9 minggu

Bayi adalah sebesar ceri pada usia kandungan 9 minggu. Fetus 9 minggu anda berukuran sekitar 0.9 atau 1 inci dan berat kira-kira 0.95 auns, dan pertumbuhannya semakin meningkat.

Ada juga yang mengandaikannya sebesar sebiji anggur. 

Janin 9 Minggu Sudah Bergerak?

Sekarang kerana panjang bayi hampir satu inci, mereka kelihatan seperti bayi kecil! Bayi kini mempunyai cuping telinga, jari tangan dan kaki bersih serta sedikit bentuk hidung.

Ini adalah minggu terakhir status embrio bayi dan dengan itu muncul kepala yang lebih bulat dan lurus. Lengan bayi kini dibengkokkan pada siku sesuai untuk melatih semua otot kecil yang sedang terbentuk.

Gerakan yang mungkin anda rasakan ketika ini adalah berdenyut-denyut seperti sesuatu bergetar dalam perut anda yang mungkin menimbulkan kegelian sekitar abdomen.

Jadi ibu, selamat meneroka pengalaman kehamilan bersama bayi anda. Semoga bermanfaat untuk dikongsikan dengan anda. 

Sumber: Penulis asal Jasmine Yeo. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

  1. thebump (n.d) Key Takeaways at 9 Weeks Pregnant www.thebump.com/pregnancy-week-by-week/9-weeks-pregnant

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tanda Hamil 2 Bulan – Sudahkah Anda Mula Rasa Tanda-Tanda Ini?

Baca juga: Minum Air Gas Ketika Hamil Boleh Jadi Penyebab Bayi Pramatang? Ini Fakta Penting Para Ibu Perlu Ketahui!

Baca juga: Perkembangan Perut Ibu Hamil Dari Minggu Pertama Hingga Ke-40, Momen Yang Paling Indah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!