Perkembangan Anak 6 Tahun 1 Bulan, Mereka Sudah Pandai Susun Ayat Lengkap & Aktif Bersukan

undefined

Perkembangan anak umur 6 tahun 1 bulan, apa lagi yang ibu bapa perlu ambil tahu?

Ibu ayah adakah anda sudah bersedia untuk tahu lebih mendalam lagi tentang perkembangan kanak kanak 6 tahun 1 bulan?

Kemudian, lihatlah sejauh mana tumbesaran anak-anak yang dahulunya kecil tapi kini sudah semakin menunjukkan pelbagai kemajuan.

Malah kini si kecil itu sudah mula melangkah kaki ke pra sekolah. Mesti tak sangka dia besar dengan sangat cepat kan. Tentunya anda akan rindu saat dia masih bayi dulu.

Malah, dia juga semakin bijak berkawan di sekolah dan sering menunjukkan minat dalam aktiviti kokurikulum seperti bola sepak atau muzik.

Tapi, apa lagi kejayaan lain yang menarik hati anda untuk tahu tentang perkembangan kanak kanak 6 tahun 1 bulan ini? Kami akan tunjukkan satu persatu dalam artikel ini.

Semasa melalui perkembangan ini dan nampak seolah berbeza dengan perkembangan anak jangan ragu-ragu untuk bawanya berjumpa ahli pediatrik.

Perkembangan kanak kanak 6 tahun 1 bulan, adalah mereka berada dalam landasan yang betul?

Perkembangan fizikal

perkembangan kanak kanak 6 tahun 1 bulan

Pada peringat ini, ketinggian dan berat purata kanak-kanak hendaklah seperti berikut:

– Lelaki

Ketinggian : 116.2 cm (45.7 inci)
Berat: 21 kg (46.2 lb)

– Perempuan

Ketinggian: 115.59 cm (45.5 inci)
Berat : 20.5 kg (45.3 lb)

Bahkan, kanak-kanak dalam peringkat usia ini lebih aktif berbanding sebelum ini malah dia lebih bersemangat mengambil bahagian dalam pelbagai jenis sukan.

Ini juga merupakan masa yang baik bagi ibu bapa mula mendaftar di kelas tertentu untuk mengasah kemahiran dan minat mereka.

Semasa ini kemahiran motor, koordinasi tangan dan keupayaan untuk menumpukan perhatian lebih banyak meningkat.

Selain itu, aktiviti fizikal juga bermanfaat untuk perkembangan otak kanak- kanak kerana ia dapat meningkatkan fungsi ingatan dan kesihatan secara menyuluh. Sekaligus ia membina tulang dan otot yang kuat dan mengurangkan
kegelisahan serta kemurungan.

Mereka juga harus melalui perkembangan ini:

– Menyempurnakan kemahiran fizikal asas seperti melompat, membaling, menendang dan menangkap.
– Mengikat tali kasut
– Menunggang motosikal dua roda
– Menunjukkan keseimbangan dan penyelarasan yang lebih baik.
– Boleh makan apa sahaja.
– Lukis dan tulis dengan baik
– Pandai mengikut rentak dan irama muzik

Tips

– Menggalakkan aktiviti fizikal dengan mendaftarkan anak dalam aktiviti sukan di sekolah.
– Melakukan aktiviti fizikal keluarga seperti berbasikal dan berenang.
– Amalkan kebiasaan makanan yang sihat.
– Ajari anak mengenai pemakanan dan melibatkan mereka untuk membeli belah di kedai runcit.
– Hadkan masa skrin untuk anak sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sehari.

Bila patut jumpa doktor:

– Mempunyai koordinasi mata yang lemah
– Tidak dapat melaksanakan tugas asas seperti memakai pakaian sekolah dengan sendiri.
– Kehilangan keterampilan yang pernah dimiliki.

Perkembangan kognitif

perkembangan kanak kanak 6 tahun 1 bulan

Otak anak dalam peringkat umur ini kira-kira 90% daripada saiz otak orang dewasa yang bermakna telah mencapai kapasiti yang penuh. Namun, pastikan anda terus memupuk otak mereka yang berkembang dengan aktiviti yang baik.

Bahkan, anda boleh melihat anak mula bijak menyelesaikan masalah semata-mata apabila dia bergerak ke persekitaran yang lebih berstruktur tanpa kehadiran anda.

Anak juga dapat menentukan hak dan kesalahan secara terang-terangan dengan menegur kesilapan orang lain. Contohnya jika ada kawan yang mengambil pensil tulis mereka.

Berikut perkembangan lain yang perlu diperhatikan:

– Menunjukkan keupayaan untuk mempunyai pemikiran yang lebih kompleks.
– Meningkatkan kesedaran tentang betul dan salah terhadap sesuatu perkara
– Bijak merapatkan perhubungan persahabatan
– Boleh mengendalikan tugas rumit dengan baik

Tips:
– Menawarkan bantuan apabila anak meminta tolong
– Beli mainan STEAM
– Berlatih membaca bersama-sama
– Jawab soalan anak dengan jawapan yang menggalakkan pemikiran yang kritikal.
– Ajarkan anak mengenai pelbagai isu sehingga ke diet yang berkhasiat.

Bila patut jumpa doktor?

– Mempunyai kesukaran berkomunikasi dan bermain dengan orang lain
– Tidak boleh menjaga diri sendiri
– Tidak menyahut apabila namanya dipanggil

Perkembangan sosial dan emosi

perkembangan kanak kanak

Anak berumur 6 tahun 1 bulan ini suka berkawan dan mempunyai teman ke mana- mana sahaja tidak kira di sekolah, taman permainan dan lain-lain. 

Malah dia suka mempunyai ramai sahabat di sekolah yang kebanyakannya jantina yang sama.

Bagaimanapun, ambil perhatian jika anak masih aktif mencari rakan baru kerana dia mungkin belum menemui yang serasi dengannya kerana masih keliru situasi peralihan dari tadi ke alam persekolahan.

Perkembangan lain yang perlu ambil perhatian:

– Buah fikirannya.
– Bersemangat untuk mempunyai ramai kawan baru
– Memahami nilai kerja berpasukan
– Mempunyai sedikit rasa takut atau teragak-agak ketika bertemu dengan orang baru.

Tips:

– Periksa anak secara teratur untuk mengetahui sama ada dia menghadapi masalah dengan sekolah.
– Mendidik anak tentang masalah membuli.
– Berikan tugas yang mudah kepada anak
– Mewujudkan suasana yang membuatkan anak berasa selamat untuk bertanya apa sahaja.
– Ajar dia untuk rasa hormat
– Jangan terlalu ketat meletakkan jadual pada anak
– Ajari anak tentang sentuhan yang baik dan buruk

Bila patut jumpa doktor:

– Tidak boleh menjauhkan diri dengan anda terlalu lama
– Mengelak berinteraksi dengan kanak-kanak seusianya
– Pemalu

Perkembangan bahasa dan pertuturan

Kanak-kanak dalam usia ini sudah mampu bercakap dengan lancar dan yakin dengan menggunakan ayat yang lengkap. `

Ini juga bermakna dia kini sudah pandai berhujah dengan pelbagai alasan. Contohnya jika anda memintanya makan sayur dia akan menjawab tak mahu.

Selain menunjukkan minat dalam membaca dan menulis

Perkembangan lain yang harus diperhatikan:

– Menunjukkan kemampuan untuk bercakap dengan lancar dan yakin dengan kalimat lengkap.
– Boleh menimbulkan hujah yang mudah.
– Boleh menggunakan ayat di masa sekarang dan di masa hadapan dalam satu ayat.
– Minat membaca dan menulis
– Mula mengenali corak perkataan

Tips:

– Bacakan buku sewakti tidur dan kadang-kadang biarkan pula dia membaca untuk anda.
– Berhenti bercakap dalam bahasa bayi dengan anak
– Tanyakan pada anak berkaitan  aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut sekaligus menggalakkan mereka untuk bercerita
– Perkenalkan kata-kata baru kepada anak

Bila patut jumpa doktor:

– Tak suka baca buku
– Tidak boleh menyusun ayat dengan betul

Perkembangan kesihatan pemakanan

Pastikan anak mengambil makanan yang sihat supaya dapat membantu meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Selain itu, mereka juga memerlukan diet sihat dan seimbang untuk perkembangan tenaga yang tinggi.

Caranya adalah dengan memperkenalkan anak dengan makanan yang kaya dengan nutrisi seperti makanan laut, kekacang, telur dan sayuran.

Berikut kalori yang diperlukan mengikut jantina anak: 

Lelaki: 1,758 kcal/hari
Perempuan: 1650 kcal/hari

Memandangkan keperluan kalori melebihi 1600 kacal, maka idea yang baik adalah menambah makanan ringan yang sihat untuk mereka setiap hari. Tapi jangan terlalu kerap kerana ia boleh merosakkan selera makannya.

Ini yang perlu anda sediakan:

Produk tenusu

Disyorkan memberi anak dua hingga tiga cawan susu atau produk tenusu setiap hari. Ia juga boleh merangkumi yogurt dan keju tapi perlu diberikan secara sederhana.

Protein

Ibu bapa sepatutnya memberi makanan bersumber protein sekurangnya dua kali sehari seperti telur, tuna, ayam, daging tanpa lemak dan sebagainya.

Buah dan sayur-sayuran

Buah dan sayuran adalah penting untuk melawan penyakit dan masalah seperti sembelit. Pastikan anak mendapat satu hingga dua cawan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Bijian

Pada peringkat ini, anak perlu diberikan 4 aun bijirin setiap hari. Atau tukar dengan satu keping roti atau 1/2 cawan pasta yang dimasak.

Anda juga boleh memilih bijirin penuh seperti oat, quinoa, roti gandum, popcorn atau beras perang. 

Ringkasnya, inilah keperluan anak anda setiap hari

Buah: Tiga cawan untuk kanak-kanak lelaki dan tiga cawan untuk anak perempuan.

Sayur-sayuran: dua cawan untuk anak lelaki dan perempuan.

Bijirin: empat auns untuk anak lelaki dan perempuan

Protein: 36 gram untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Susu: 17 – 20 aun untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan

Air: 1500 ml untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Tips:

– Pastikan anak mempunyai makanan seimbang dari kumpulan yang berbeza.
– Berhenti memberi minuman yang manis dan makanan berlemak tinggi
– Amalkan diet yang sihat supaya anak mengikutnya

Vaksinasi dan penyakit umum

Kebanyakan pada usia ini anak seharusnya telah mempunyai vaksinasi yang lengkap. Tapi anda masih perlu membawa mereka berjumpa doktor sekiranya mengalami demam dan selsema.

Jadi, pastikan anak menerima vaksinasi seperti berikut:

– Vaksin DTap yang melindungi dari difteria, tetanus dan pertussis
– Vaksin IPV yang melindungi dari polio
– Vaksin MMR yang melindungi dari campak, beguk dan rubella
– Vaksin varicella yang melindungi dari cacar air

Selain itu, jika anak mengalami masalah seperti muntah, ciri birit dan demam yang tinggi melebihi 38 darjah celcius sila bawanya berjumpa doktor.

Merawat penyakit umum pada kanak-kanak usia ini

– Demam: Jika suhu anak 39 darjah celcius ke atas biarkan dia berehat dengan lebih lama. Anda juga boleh tuam dengan kain di atas dahi, ketiak dan kawasan pangkal paha. Ia bantu mengurangkan suhu badan.

– Batuk: Jika anak selsema, cuba masukkan halia dan madu ke dalam segelas air suam dan minta anak minum. Jika berterusan batuk, segera bawa mereka berjumpa doktor.

– Kesejukan: Jika anak kesejukan disertai sakit badan dan demam yang tinggi kemungkinan dia terkena influenza. Dalam kes sebegini anda harus rujuk mereka ke doktor dengan segera.

Bila patut berjumpa doktor

– Ketinggian anak di bawah purata kira-kira 114 cm
– Mempunyai ruam, benjolan, lebam di sekitar kulit badannya
– Mengalami berat badan berlebihan atau terlampau kurus kering
– Mengalami cirit birit atau muntah berlarutan.
– Demam tinggi

Semoga bermanfaat.

Perkembangan Anak 6 Tahun 1 Bulan, Mereka Sudah Pandai Susun Ayat Lengkap & Aktif Bersukan

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Penulis asal Shreya Jagdish . Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comperkembangan-anak-umur-6-tahun

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!