Lupakan Topeng Muka Untuk Mencegah Jangkitan Virus Corona– Doktor Penerbangan

undefined

Tahukah anda bahawa amalan perlindungan diri dari sebarang risiko penyakit berjangkit bukanlah dengan topeng muka dan sarung tangan? Jom baca artikel ini

Melangkah sahaja masuk ke tahun 2020, Malaysia dan negara seluruh dunia diuji dengan pelbagai risiko wabak penyakit berbahaya sehingga menyebabkan kerajaan menekankan langkah-langkah perlindungan diri.

Rekod kematian secara drastik telah menimbulkan keresahan orang awam akan keselamatan seisi keluarga terhindar dari sebarang jangkitan termasuklah mendapatkan stok topeng muka dan hand sanitizier.

Perlindungan diri ketika berhadapan penyakit bahaya

perlindungan diri dari penyakit berjangkit

foto: medical daily

Namun, menurut penasihat perubatan kepada syarikat penerbangan dunia menyarankan kaedah yang terbaik boleh dilakukan hanya dengan kerap mencuci tangan dan membersihkan tubuh badan.

Hal ini sebenarnya lebih berkesan berbanding penggunaan topeng muka atau sarung tangan getah kerana kebersihan yang dijaga dengan baik dapat memberi perlindungan diri dari serangan pelbagai penyakit.

‘’Virus Corona ini tidak dapat bertahan lama di tempat duduk penumpang. Jadi, hubungan fizikal seseorang membawa risiko jangkitan yang tinggi ketika mereka dalam penerbangan,’’ kata Dr. David Powell, seorang doktor dan penasihat perubatan kepada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Tambahnya lagi, penutup wajah dan sarung tangan sebenarnya ‘membantu’ penyebaran dari menghentikan masalah ini.

Oleh kerana kebimbangan terlampau akan penyakit berbahaya, Coronavirus, syarikat penerbangan dari United Airlines sehingga Cathay Pacific telah membatalkan beribu-ribu penerbangan ke negara China.

Risiko jangkitan virus dalam pesawat

perlindungan diri dalam pesawat

Sebenarnya, risiko jangkitan virus adalah sangat rendah sekiranya anda berada dalam sebuah pesawat.

Hal ini kerana bekalan udara dalam pesawat moden sangat berbeza berbanding anda berada dalam kediaman atau sesebuah bangunan.

Dalam pesawat, udara yang dihasilkan adalah gabungan udara segar dan separuh udara yang berulang, Udara yang diulangi ini akan melalui penapis jenis yang sama dalam bilik operasi pembedahan.

Bukan itu sahaja, bekalan air yang dibekalkan pula terjamin sehingga 99.97 peratus (atau lebih baik) tanpa virus atau zarah lain.

Jadi sekiranya risiko jangkitan virus ini wujud, ia bukanlah dari udara atau air yang dibekalkan. Kemungkinan dari penumpang yang telah positif menghidapi Coronavirus.

Selain itu, anda perlu menyedari bahawa virus atau mikrob lain dapat hidup di setiap kawasan.

Hanya dengan berjabat tangan dengan seseorang akan membawa risiko yang tinggi sekiranya permukaan yang disentuh kering dan tidak mempunyai bahan biologi di atasnya.

Ketahanan virus pada permukaan yang basah tidak begitu kuat. Oleh itu, membersih tubuh badan dengan lebih kerap dapat meningkatkan perlindungan diri dari sebarang jangkitan.

Perkara penting ketika dalam kapal terbang

Antara salah satu yang perlu anda praktikkan ketika dalam pesawat ialah menjaga kebersihan agar anda dapat melindungi diri dari terkena sebarang jangkitan penyakit berbahaya.

#1. Kebersihan tangan

Bagi sesetengah orang yang tidak tahu, bahagian tangan adalah yang mengumpulkan segala jenis kuman dan bakteria. Justeru, tidak hairanlah virus mudah tersebar biarpun melalui sentuhan.

 #2. Elakkan menyentuh muka anda

Sekiranya anda mengalami batuk atau bersin, elakkan menyentuh bahagian muka dengan tangan. Adalah lebih baik menutup dengan menggunakan lengan atau tisu. Pastikan anda membuang sisa-sisa tisu berkenaan ke dalam tong sampah dan segera membersihkan tangan.

#3. Mencuci tangan dan mengeringkannya

Ia adalah prosedur yang terbaik. Bagi sesetengah orang, pastinya anda lebih memilih untuk menggunakan hand sanitizer.

Kesan penggunaan topeng dan sarung tangan

tips perlindungan diri

Kebiasaannya, anda akan melihat kebanyakan orang lebih memilih untuk memakai topeng muka sehingga baru-baru ini dikatakan kebanyakan farmasi dan kedai kehabisan stok.

Namun, sebenarnya manfaat penggunaan penutup wajah ini sangat terhad. Ia lebih disarankan untuk mereka yang mengalami keadaan tidak sihat agar tidak memberi risiko kepada orang di sekelilingnya.

Bukan itu sahaja, memakai topeng sepanjang masa turut tidak memberikan sebarang kesan. Hal yang lebih teruk lagi sekiranya bertukar lembap, ia akan menggalakkan perkembangan virus dan bakteria.

Manakala, penggunaan sarung tangan mungkin memberikan kesan yang kurang baik kerana orang yang memakainya akan menyentuh segala. Jadi, cara ini akan membantu perpindahan mikroorganisma kepada orang sekeliling.

Tidak cukup dengan itu, pemakaian sarung tangan yang lama akan membuatkan tangan anda menjadi panas dan berpeluh. Keadaan ini akan merangsang kewujudan pelbagai jenis kuman dan virus sehingga menyebabkan ia mudah merebak dengan cepat.

Sumber: Straits Times

Kredit foto: sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Lupakan Topeng Muka Untuk Mencegah Jangkitan Virus Corona– Doktor Penerbangan

Baca juga:

https://my.theasianparent.compenyakit-berbahaya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!