Permainan bantu perkembangan anak dari umur bayi hingga kanak-kanak- Dr. Debora Weber

lead image

Melihat telatah anak bermain dengan permainan mereka terasa seronok. Ada yang muzikal, bergoyang-goyang, berbentuk bulat dan berwarna-warni. Anak-anak pun rasa teruja nak main!

Baru-baru ini bertempat di Hotel Journal Kuala Lumpur, syarikat gergasi permainan  anak, Fisher Price memperkenalkan alat mainan keluaran syarikat tersebut yang disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Awal Kanak-kanak Fisher Price, Dr Deborah Weber. 

Dr Deborah tidak melepaskan peluang untuk menjelaskan apa kebaikan yang dibawa oleh permainan anak, bagi ibu-ibu memahami dengan lebih lanjut tentang perkembangan anak.

Permainan anak mengajar mereka teroka satu dunia!

Bermula saat mereka dilahirkan, anak-anak perlu meneroka dunia. Bagaimana kanak-kanak melakukannya? Secara amnya melalui permainan anak kecil.

Macam tak percaya, kan? Tapi sebenarnya kalau anda nak tahu, dengan permainan, kanak-kanak akan lebih ceria dan gembira.

permainan anak, keselamatan kanak-kanak di taman permainan, permainan untuk kanak-kanak, permainan, permainan kanak-kanak,

Mungkin diawal umur 1 bulan dianggap terlalu awal untuk diperkenalkan pada permainan tapi apabila menginjak ke usia 3 bulan, anda boleh melihat kemampuan anak bermain. 

Ini adalah motif utama yang ingin disampaikan oleh syarikat permainan terbesar, Fisher Price melalui majlis bertajuk “Learning Revolutionized” yang disampaikan oleh doktor tersebut. 

Fisher Price telah dibangunkan sejak 1930. Pekerja pada ketika itu memperkenalkan permainan anak kecil yang selamat dan kualiti yang terbaik.

Kemudian Fisher Price menubuhkan makmal permainan (play lab). Sepanjang penubuhannya terdapat 127,000 bayi dan murid pra sekolah serta 1700 ibu bapa melalui percubaan permainan anak ini.

permainan anak, keselamatan kanak-kanak di taman permainan, permainan untuk kanak-kanak, permainan, permainan kanak-kanak,

Turut hadir meriahkan majlis pelakon, Syatilla Melvin

Permainan anak : Ibu bapa boleh main bersama anak – Dr. Deborah Weber 

Dalam ucapannya, melalui kajian yang dibuat, ia membantu pihak syarikat membuat permainan yang menyeronokkan, bukan hanya untuk kanak-kanak tapi ibu bapa turut boleh bermain bersama anak

Dr Weber turut menambah, permainan boleh membantu perkembangan anak bermula dari umur bayi hingga kanak-kanak.

“Ketika bermain, anda akan dapati perkembangan anak kecil yang mampu mencipta daya kreativiti mereka. Namun begitu, akibat daripada perkembangan teknologi terkini, ibu bapa dilihat dengan mudah memberikan telefon pintar kepada kanak-kanak.

Lantas, ia menyekat perkembangan anak untuk berdaya kreatif. 

“Malah, ibu bapa juga tidak ambil pusing apa yang anak kecil lihat dari dalam telefon. Sebenarnya, boleh beri telefon bimbit pada anak tapi limitkan masa penggunaannya dan hanya website tertentu sahaja yang boleh dilawati.

Di samping ibu bapa boleh install permainan yang menguji minda anak-anak di dalam telefon,” – Dr. Weber. 

permainan anak, keselamatan kanak-kanak di taman permainan, permainan untuk kanak-kanak, permainan, permainan kanak-kanak,

Dr. Deborah Weber

Permainan anak: Kenali apa itu STEM 

Dr Weber turut menambah, perkembangan teknologi STEM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik merupakan kaedah terbaik untuk perkembangan anak kecil. Melalui kaedah ini, anak akan tahu cara berfikir secara kritikal dan bijak selesaikan masalah.

Ia juga mampu membuatkan anak berdaya saing secara global. Selain bersedia untuk menghadapai cabaran mendatang dari sudut teknikal dan kreatif.

permainan anak, keselamatan kanak-kanak di taman permainan, permainan untuk kanak-kanak, permainan, permainan kanak-kanak,

Oleh sebab itu, Fisher Price memperkenalkan permainan yang mempunyai teknologi STEM yang menggunakan takeline Think & Learn.

Dr Weber turut membuat demonstrasi kepada salah satu permainan yang diberi nama Code A Pillar iaitu terdapat 9 connection segent yang kanak-kanak  boleh aturkan sendiri, di mana, permainan tersebut boleh bergerak kekiri, kanan dan menari. 

Benar ibu bapa ingin beri yang terbaik kepada anak-anak untuk masa hadapannya. Oleh sebab itu, adalah penting ia dimulakan dengan permainan anak. Sekiranya anak kecil bermain dengan lebih banyak sebenarnya ia belajar lebih banyak berbanding berada di pra sekolah atau tadika,” Dr.Weber. 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

8 mainan berbahaya yang harus dijauhkan daripada anak anda!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!