Pertunjukan Fesyen Kanak-Kanak Di China Ini Amat Mengarut!

Pertunjukan Fesyen Kanak-Kanak Di China Ini Amat Mengarut!

Pertunjukan fesyen kanak-kanak ini dikecam hebat kerana mengeksploitasi kanak-kanak untuk memakai baju sedemikian rupa. Apa pandangan anda ibu bapa semua?

Pertunjukan Fesyen Kanak-Kanak

Apabila bercakap tentang pertunjukan fesyen kanak-kanak, kita pasti akan membayangkan aksi kanak-kanak berpakaian stylo yang comel lagi molek.

Walaupun pertunjukan fesyen orang dewasa selalu memberi tanggapan high fashion ataupun seksi, pertunjukan fesyen kanak-kanak tidak pernah ada pakaian yang seksi sehinggalah sekarang.

Tapi tiba-tiba, masyarakat digemparkan dengan gambar sebuah pertunjukan fesyen kanak-kanak yang sungguh tak senonoh dan tak sepatutnya berlaku!

Gambar-gambar tersebut menunjukkan persembahan fashion show kanak-kanak ala Victoria Secret, oleh gadis-gadis semuda 5 tahun yang hanya memakai pakaian baju dalam wanita beserta aksesori dramatik dan sepasang sayap malaikat!

Saya mengambil keputusan untuk “tidak menyebarkan” gambar-gambar tersebut secara terbuka kerana membantah penyebaran gambar sedemikian lebih-lebih lagi di media sosial.

Pertunjukan ini dikatakan telah berlangsung di sebuah pusat membeli-belah di Chengdu City, Sichuan, China.

pertunjukan fesyen kanak-kanak

Anak anda tak sepatutnya menyertai pertunjukan fesyen kanak-kanak sedemikian.

Pertunjukan fesyen kanak-kanak tersebut dikecam hebat!

Acara ini dikecam dalam talian, di mana pengguna-pengguna web menuduh penganjur telah menimbulkan imej seksual kanak-kanak di bawah umur.

Antara petikan komen-komen ibu yang marah adalah seperti:

Feliciaaaaa” : Biar kanak-kanak diberi hak untuk menjadi kanak-kanak!

BTS_PJM_“, pula menyatakan rasa bimbangnya kalau ada pemangsa seks kanak-kanak yang menonton rancangan tersebut. Dia menasihatkan ibu bapa untuk melindungi anak mereka.

Seorang lagi bertanya:

“Ibu bapa mana yang membiarkan anak perempuan mereka menyertai acara seperti ini?”

Difahamkan semenjak Victoria’s Secret membuka kedai pertamanya di Shanghai, China, ramai pertunjukan fesyen telah menyalin gaya mereka.

Imej seksual kanak-kanak bawah umur

Pertunjukan Fesyen Kanak-Kanak Di China Ini Amat Mengarut!

Gangguan seksual serta eksploitasi kanak-kanak bawah umur semakin membimbangkan, tambahan pula dengan kes penderaan seks kanak-kanak yang semakin berleluasa.

Sebanyak 13,272 kes rogol kanak-kanak telah direkodkan sejak 7 tahun lalu

Tahap serius situasi ini sudah sampai ke tahap di mana tinjauan menunjukan terdapat banyak pornografi yang melibatkan kanak-kanak kecil!

Jadi mengapa masih ada acara-acara seperti ini yang menunjukkan kanak-kanak dalam pakaian yang tidak melindungi kesucian mereka?

Mungkin penganjur acara berpendapat langkah ini mengikut trend masa yang terkini dan boleh menarik banyak perhatian kepada jenama mereka. Tetapi bukankah tugas setiap orang dewasa yang waras dan lebih berupaya ialah untuk menjaga kepentingan generasi yang akan datang?

Tetapi bukankah tugas setiap orang dewasa yang waras dan lebih berupaya untuk menjaga kepentingan generasi yang akan datang?

Mungkin lebih ramai aktivis dan selebriti telah tampil untuk menyokong pencegahan penderaan seks kanak-kanak, tapi sebenarnya ini bukanlah sesuatu yang baru. 

Penderaan seksual kanak-kanak masih berleluasa kerana ia sangat jarang dilaporkan kerana mangsa ketakutan dan ingin mendiamkan diri.

Ramai mangsa kanak-kanak tidak berani untuk melaporkan atau memberitahu orang lain tentang penderaan yang dialami.

Sebagai ibu bapa, kita perlu mengingatkan anak bahawa tubuh mereka adalah milik mereka sendiri. Orang lain tidak berhak untuk mengeksploitasi atau menyentuh badan mereka dan menyebabkan mereka rasa tidak selasa.

Ajar anak tentang harga diri, supaya mereka mempunyai keyakinan untuk bersuara jika sesuatu yang tidak diingini telah berlaku.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Teaching your child about the ‘right’ and ‘wrong’ touch – Part 1

Teaching your child about the ‘wrong’ touch – Part 2

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner