10 Perubahan Aneh Semasa Hamil Yang Anda Mungkin Tak Tahu

10 Perubahan Aneh Semasa Hamil Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Badan ibu hamil akan mengalami banyak perubahan sepanjang kehamilannya. Ketahui 10 perubahan aneh lain yang tak selalu dibincangkan. Anda pasti terkejut!

Perubahan aneh semasa hamil? Boleh jadi ke?

Ya, badan ibu hamil akan mengalami banyak perubahan sepanjang kehamilannya. 

Tapi selain daripada perubahan ketara seperti perut yang makin besar dan rasa mual-mual, ada banyak lagi perubahan-perubahan lain yang tidak selalu dibincangkan!

Berikut adalah 10 perubahan aneh semasa hamil yang tak dibincangkan oleh orang lain. Kami di theAsianparent sengaja bongkarkan rahsia ini pada anda. Hehe

10 Perubahan Aneh Semasa Hamil Yang Anda Mungkin Tak Tahu

#1 "Apa bau itu!?"

Semasa trimester pertama, anda mungkin akan lebih sensitif terhadap bau.

Anda akan lebih peka terhadap bau tertentu yang boleh menyebabkan mabuk hamil anda lebih teruk.

Jangan bimbang, keadaan ini akan bertambah baik dan semakin berkurang selepas trimester pertama.

#2 Hidung asyik berair semasa hamil

Jika anda mendapati hidung anda selalu berair sepanjang kehamilan, itu adalah perkara normal.

Peraliran darah yang lebih tinggi dalam badan ketika mengandung boleh menyebabkan saluran darah dalam hidung mengembang dan hidung rasa tersumbat.

Menurut Baby Center, sebanyak 30% wanita hamil akan mengalami hidung tersumbat tanpa sebarang alahan atau jangkitan selesema yang biasa.

Ianya biasa berlaku dalam bulan kedua dan boleh jadi semakin teruk selagi masih mengandung. Keadaan ini hanya akan berhenti selepas bersalin.

#3 Ginggivitis semasa hamil

Gusi ibu mengandung mungkin akan bengkak, lembut, dan mudah berdarah ketika menggunakan floss atau ketika berus gigi.

Hampir separuh dari semua ibu mengandung akan mengalami pendarahan gusi.

Ini disebabkan oleh perubahan hormon yang menyebabkan mulut jadi lebih sensitif terhadap bakteria dan plak. 

#4 Dorongan seks yang lebih tinggi

10 Perubahan Aneh Semasa Hamil Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Banyak wanita mengaku mereka mengalami dorongan seks lebih tinggi semasa mengandung.

Sesetengah ibu akan menjadi lebih sensitif kepada sentuhan sehingga ia boleh menyakitkan. Tapi ada juga yang bertuah dan boleh berseronok "bersama" dengan suami pada bila-bila masa.

Namun, setiap wanita akan mempunyai pengalaman yang berbeza.

Contohnya, wanita yang sentiasa mabuk hamil, pasti tidak akan memikir tentang seks, seementara ada pula yang inginkan seks sepanjang masa. Pastikan anda selalu berkomunikasi dengan pasangan anda supaya dia faham apa yang anda sedang alami.

#5 Pedih ulu hati

Walaupun progesteron boleh memberi kesan positif kepada kehidupan seks anda, ia juga boleh memudaratkan sistem pencernaan.

Hormon ini boleh melonggarkan injap perut yang menghalang asid dari naik melalui esofagus.

Apabila rahim semakin membesar dan ruang di bahagian perut semakin sesak, asid ini boleh terlimpah ke dalam esofagus sehingga menyebabkan pedih ulu hati.

Makanan dengan serat tinggi dan beralkali boleh membantu mengurangkan keadaan ini. Pemakanan prebiotik dan probiotik juga akan membantu.

#6 Tahi lalat baru

Semasa kehamilan, paras estrogen dan progesteron tinggi merangsang pengeluaran melanin dalam badan dan menyebabkan lebih banyak pigmentasi.

Oleh itu, tahi lalat dan freckles boleh menjadi lebih gelap. Ada juga yang lebih besar.

Pastikan anda memakai pelindung matahari kerana kulit anda juga akan jadi lebih terdedah kepada kerosakan. 

Artikel berkaitan: 7 Masalah Kecantikan Selepas Bersalin Dan Cara Penyelesaiannya

#7 Misai

Hormon kehamilan boleh menyebabkan rambut nipis atau rambut menjadi tebal dan berkilat.

Anda mungkin akan melihat bulu yang banyak pada badan anda terutamanya di bahagian-bahagian lengan, kaki, bahagian perut, sekeliling puting payudara, dan juga pada wajah anda!

#8 Penglihatan terjejas

10 Perubahan Aneh Semasa Hamil Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Perubahan hormon juga boleh menjejaskan penglihatan anda.

Inilah sebab mengapa wanita hamil tidak digalakkan untuk mendapatkan sepasang kacamata atau contact lens baru.

Menurut Baby Center, perubahan ini hanya sementara sahaja dan akan kembali ke asal beberapa bulan selepas kelahiran.

#9 Pelupa dan tidak boleh menumpukan perhatian

Jika anda mendapati diri anda tak boleh menumpukan perhatian atau sering terlupa semasa hamil, jangan menyalahkan diri sendiri.

Kehamilan boleh menjadikan seorang wanita rasa lebih tertekan dan penat, sehingga mereka tidak dapat menumpukan perhatian atau kurang tajam akal dari biasa.

Pastikan diri anda mendapat rehat yang secukupnya dan amalkan kesihatan yang baik dan aktif, ya!

#10 Mimpi-mimpi pelik

Ramai wanita mengadu akan mengalami mimpi yang pelik semasa mengandung.

Mimpi ini disebabkan oleh perubahan hormon, ataupun corak tidur ibu hamil yang berubah.

Menurut Parents.com, wanita hamil akan mengalami tidur yang terputus-putus. Apabila ibu bangun semasa fasa REM atau selepas itu, mereka akan mengingatkan mimpi mereka dengan sangat jelas.

Sumber: Yahoo

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

my.theasianparent.com/buasir-semasa-kehamilan/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner