Benci & Meluat Lihat Muka Suami Ketika Hamil, Kenapa Situasi Ini Boleh Terjadi?

lead image

Bosan, benci dan meluat bila melihat wajah suami ketika hamil, adakah simptom ini disebabkan perubahan hormon dan apa patut suami buat?

Apabila berbadan dua, banyak perubahan emosi ibu hamil yang dapat dilihat oleh sang suami. Sebab itu tak hairanlah bila ada isteri bosan dan benci dengan suami ketika mengandung. 

Adakah menyampah tengok muka suami ini salah satu perubahan psikologi akibat hamil yang membuatkan anda sangat sensitif? Mungkin situasi ini tidak terjadi pada semua dan bergantung pada keadaan fizikal setiap orang. 

Perubahan emosi ibu hamil, kenapa secara tiba-tiba rasa membenci suami? 

perubahan emosi ibu hamil, perubahan emosi ibu mengandung, perubahan emosi saat hamil, perubahan emosi semasa hamil, perubahan emosi semasa mengandung, emosi ibu hamil, emosi orang mengandung, emosi, perubahan emosi, mood wanita hamil, mood wanita mengandung, mood ketika mengandung, mood ketika hamil, mood ketika berbadan dua

Kredit : Pama

Apabila hamil, wanita cenderung memiliki perubahan hormon yang sangat cepat. Sebab itu, tak mustahil mood mereka berubah-ubah. Contohnya, sekejap sedih, kejap lagi ketawa pula. 

Tapi persoalannya kenapa wanita hamil benci melihat wajah suami sendiri pula?

Hal ini selalunya terjadi kerana, wanita hamil itu merasakan mereka lebih bertanggungjawab kerana kehidupan dan bentuk fizikal mereka berubah, tidak seperti suami yang tidak mempunyai sebarang perubahan. 

Walau bagaimanapun, sindrom perubahan emosi ibu hamil ini akan beransur pulih selepas simptom morning sickness hilang atau seusai bayi dilahirkan.  

Bagaimana cara mengendali perubahan emosi ibu hamil ini? 

1. Kawal diri anda 

perubahan emosi ibu hamil, perubahan emosi ibu mengandung, perubahan emosi saat hamil, perubahan emosi semasa hamil, perubahan emosi semasa mengandung, emosi ibu hamil, emosi orang mengandung, emosi, perubahan emosi, mood wanita hamil, mood wanita mengandung, mood ketika mengandung, mood ketika hamil, mood ketika berbadan dua

Apabila mengalami situasi ini, cuba kawal diri anda dengan sebaiknya. Jika anda biarkan minda diganggu, ia boleh menyebabkan ibu kemurungan teruk terutama selepas melahirkan bayi. 

Cadangan buat suami: 

  • Cuba fahami isteri masa ini. 
  • Sekiranya isteri mengatakan tidak mahu melihat wajah anda, cuba penuhi permintaannya sehingga dia memerlukan anda kembali. 

2. Memahami emosi anda 

Ketika mengalami situasi ini, apa yang anda boleh lakukan adalah cuba bisikkan pada diri yang semua ini disebabkan perubahan hormon

Kadang-kadang ia terjadi disebabkan kata-kata suami yang mungkin mengguris perasaan anda terutama ketika sedang berada dalam fasa kehamilan ini. 

Cadangan buat suami:

  • Suami mesti memahami isteri kerana ia adalah perkara biasa bagi orang mengandung. Apabila masuk ke trimester kedua, tentu keadaan ini hilang.  

3. Cuba jangan selalu marah-marah 

perubahan emosi ibu hamil, perubahan emosi ibu mengandung, perubahan emosi saat hamil, perubahan emosi semasa hamil, perubahan emosi semasa mengandung, emosi ibu hamil, emosi orang mengandung, emosi, perubahan emosi, mood wanita hamil, mood wanita mengandung, mood ketika mengandung, mood ketika hamil, mood ketika berbadan dua

Kredit : Zuriat

Ya, kemarahan harus dielakkan ibu ketika hamil kerana apabila marah, ia menyebabkan tekanan darah tinggi sekaligus menjejaskan pertumbuhan janin dan bayi kurang berat semasa dilahirkan kelak. 

Cadangan untuk suami: 

  • Cuba kawal isteri dari marah dan kecewa. 
  • Cari jalan penyelesaian supaya dapat menenangkan isteri. 
  • Anda juga harus bersabar dan terus bertenang. 

4. Biarkan suami bantu ringankan beban 

Sekiranya anda berasa penat dan lelah menyiapkan tugasan kerja rumah, minta suami bantu.

Beritahu dia bahagian mana yang anda rasa tak mampu dilakukan sekaligus membuatkan anda rasa lebih tenang dan kurang terbeban dek kerja rumah yang tak pernah habis itu.

Cadangan kepada suami:

  • Suami harus menawarkan bantuan untuk melakukan kerja rumah. Jika boleh jangan tunggu ketika isteri minta tolong saja. 

5. Jangan simpan perasaan negatif itu 

Jika ibu merasa tertekan dan tak tahu bagaimana menguruskannya adalah lebih baik dapatkan nasihat daripada pakar supaya masalah yang selubung dapat diselesaikan. 

Cadangan

  • Jumpa pakar psikiatri supaya keadaan lebih terkawal. 

Justeru itu, perubahan emosi ibu hamil ini tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menjejaskan ibu, kandungan dan hubungan suami isteri. Sebaiknya urus emosi anda bersama suami dengan baik dan bina ikatan sayang sampai bila-bila. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Penulis asal oleh Khunsiri dan artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Thailand untuk diterjemah. 

Baca juga:

9 Pengorbanan Suami Bila Isteri Hamil, No #6 Paling Kena Banyak Sabar!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!