7 perubahan payudara ketika mengandung yang anda perlu tahu

Anda perasan perubahan payudara semasa mengandung, kan? Selain perlu tukar ke baju lebih selesa, anda juga mungkin kena tukar bra dan hadapi 7 benda ini.

7 perubahan payudara semasa mengandung

Fasa kehamilan adalah fasa di mana anda akan melihat perubahan dari bulan ke bulan yang mengujakan. Memang ramai akan fokus kepada berapa besar perut itu setiap minggu dan membezakan dengan saiz buah. Tapi tahukah anda tentang perubahan payudara semasa mengandung?

Pasti anda perasan, selain daripada terpaksa menukar pakaian kepada yang lebih selesa, baju dalam (bra) anda juga perlu ditukar. Pilihan akan jadi lebih besar dan lembut.

Mari kita lihat perkongsian dari Self tentang perubahan payudara semasa mengandung.

1. Payudara jadi lebih lembut

perubahan payudara semasa mengandung

Kredit: TheHealthSite.com

Salah satu tanda anda mula perasan dengan perubahan badan sebelum membuat ujian UPT ialah perubahan pada payudara, bukan?

Menurut doktor gynekologi Leah Millheiser, perubahan payudara semasa mengandung berkaitan dengan peningkatan hormon dan aliran darah ke dalam tisu payudara. Sebab itu ia seakan makin besar dan lebih lembut.

2. Urat pada payudara semakin kelihatan

Semasa hamil, darah dalam badan meingkat sebanyak 50%. Jadi urat pada payudara akan lebih kelihatan. Lebih-lebih lagi buat mereka yang berkulit cerah, urat-urat biru kelihatan seakan menjalar.

3. Areola (dan mungkin puting) jadi lebih besar atau gelap

perubahan payudara semasa mengandung

Kredit: hourglassfigure.co.uk

Sepanjang tempoh hamil, kadar estrogen dan progesteron akan meningkat dan ini menyebabkan areola dan puting payudara anda jadi lebih besar.

Selain itu, hormon-hormon ini juga menyebabkan peningkataan melanin sementara yang menyebabkan areola dan puting menjadi lebih gelap terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit gelap.

4. Puting jadi semakin sensitif dan mudah dirangsang, atau sebaliknya

Perubahan hormon yang banyak serta perubahan payudara semasa mengandung menyebabkan deria payudara anda berubah.

Ia sama ada akan meningkatkan atau menurunkan sensitiviti payudara. Disebabkan itu jugalah sesetengah wanita hamil lebih mudah terangsang semasa hamil!

Dan disebabkan inilah wanita hamil lebih selesa dengan baju dalam yang lembut dan kain yang sejuk.

5. Saiz payudara bertambah (atau tidak)

perubahan payudara semasa mengandung

Foto ehsan: Cake Maternity

Perubahan saiz payudara semasa hamil berbeza bagi setiap wanita. Ada yang mengalami perubahan saiz menjadi lebih besar, ada yang tidak menunjukkan perubahan ketara langsung.

Bagi yang mengalami perubahan saiz, jangan risau, payudara anda sedang bersedia untuk mengeluarkan susu nanti.

Selain itu, berat badan anda juga akan bertambah, pertambahan darah juga menyumbang kepada punca saiz payudara semakin bertambah. Ini boleh menyebabkan munculnya kesan regangan pada kulit di bahagian itu.

6. Benjolan kecil sekeliling areola

Bagi yang tidak pernah ada, anda akan perasan semasa hamil, timbul pula benjolan kecil di keliling areola anda.

Ini ialah kelenjar Montgomery yang merembeskan minyak untuk memastikan areola dan puting anda lembab, seperti losyen semula jadi. Sebenarnya ia memang sentiasa ada sebelum ini, cuma ia semakin jelas kelihatan ketika anda hamil.

7. Payudara mula basah (keluar susu/cecair).

Jika anda rasa perubahan payudara semasa mengandung ini hanya terjadi apabila anda mula menyusukan anak, anda salah kerana ia boleh juga terjadi semasa anda sedang hamil!

Selalunya, cecair yang keluar ketika hamil ialah kolostrum yang sangat penting buat bayi anda. Ramai ibu akan memerah dan menyimpan kolostrum ini untuk diberikan kepada bayi kemudian.

Bagi yang mempunyai tanda ini lebih awal, jangan takut, ini bermakna payudara anda sudah bersedia untuk menyusukan bayi anda nanti.

Walaupun tidak perlu risau dengan mana-mana tanda di atas, terdapat juga tanda yang memerlukan anda untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut. Antaranya ialah:

  • cecair yang keluar mengandungi darah
  • perubahan warna 
  • bengkak yang menyakitkan
  • benjolan yang kelihatan pelik atau sakit

 

 

 

 

Sumber: Self

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

 

https://my.theasianparent.comkobis-payudara-bengkak/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!