"Peruntuh Senyap" Dalam Rumah Tangga Yang Pasangan Berkahwin Tak Perasan

lead image

Anda fikir curang satu-satunya peruntuh rumah tangga? Fikir sekali lagi. Ini antara racun dalam hubungan yang selalu kita tak nampak.

Peruntuh rumah tangga

Rumah tangga yang porak-peranda dan bermasalah biasanya bukan sebab satu masalah semata-mata.

Ada pelbagai sebab yang boleh meruntuhkan perkahwinan. Antaranya seperti kes curang atau mengkhianati pasangan. 

Tapi sebenarnya… ada satu “racun” peruntuh rumah tangga yang ramai kita pasangan suami isteri tak perasan!

Racun ini boleh bertindak dalam diam dan membunuh kebahagiaan yang ingin dibina.

Mari kita lihat dengan lebih dekat tentang apakah racun tersebut. Ia adalah harapan atau jangkaan yang tidak tercapai (unmet expectation).

peruntuh rumah tangga

Kredit: Save a Marriage Forever

Fikir tentang kali terakhir anda rasa kecewa dengan pasangan. 

Mungkin kerana mereka tak menepati janji atau anda merasakan mereka telah mengkhianati kepercayaan anda.

Rasa kecewa dengan pasangan adalah sebahagian daripada proses semulajadi hubungan. 

Tapi rasa kecewa yang semakin bertambah dari masa ke semasa dan tidak ditangani dengan betul akan menyebabkan runtuhnya sebuah perkahwinan itu.

Rumah tangga runtuh kerana harapan yang menggunung

Jika anda selalu rasa kecewa dengan pasangan, ia akan membuatkan anda rasa seperti dihina atau mula membenci pasangan.

Selalunya, pasangan berkahwin akan mengatasi masalah harapan yang menggunung ini dengan bergaduh, menceritakan apa yang tidak puas dalam hati, atau berkorban dan mendiamkan diri.

peruntuh rumah tangga

Kredit: BlackandMarriedWithKids.com

Walaubagaimanapun cara setiap suami isteri menghadapi masalah tersebut, harapan dan jangkaan menggunung yang tidak dicapai akan menyebabkan kekecewaan.

Namun jangan risau.

Seorang penulis dan pakar matematik – Derek Harvey telah berjaya membincangkan hal ini dan bagaimana ingin mengatasinya.

Jangkaan (harapan) – pemerhatian = kecewa

Sebagai seorang lelaki yang sudah lama berkahwin, Derek ingat beliau sudah pakar dalam ilmu berumah tangga ini.

Tapi, lama kelamaan, beliau sedar yang ada banyak benda beliau kena belajar untuk membina hubungan yang bahagia dengan pasangan.

Lebih-lebih lagi tentang harapan dan jangkaan pasangan yang menggunung. 

peruntuh rumah tangga

Berikut adalah formula pakar matematik ini:

Jangkaan/harapan yang menggunung, tanpa pemerhatian yang realistik akan mencetuskan kekecewaan.

Maksudnya?

Begini. Cuba bayangkan anda berharap pasangan akan memujuk dan menceriakan anda kerana mood anda tidak baik. 

Tapi apabila pasangan tidak memujuk atau menceriakan anda, anda kecewa. Itu adalah harapan atau jangkaan anda.

Anda sepatutnya mengendali situasi itu seperti ini:

Cuba lihat/perhati pasangan. Adakah pasangan tidak dapat memujuk/menceriakan anda kerana dia juga sedang melalui sesuatu? Mood dia juga tidak baik?

Apabila anda sedar yang situasi itu bukan tentang “anda saja”, anda akan lebih memahami pasangan.

Tidaklah anda rasa anda telah diabaikan. 

Jadi selepas ini, sebelum anda berharap tentang sesuatu, cuba gantikan harapan itu dengan pemerhatian. 

Bagaimana realiti sesebuah situasi? Adakah harapan yang anda jangkakan itu terlalu tinggi? Bolehkah pasangan memberi kepuasan pada anda?

Tapi ini bukan bermaksud anda atau pasangan tak boleh cuba sehabis baik untuk membahagiakan satu sama lain. 

Perbuatan ini bermaksud anda boleh berlaku adil di antara satu sama lain. Buang segala expectations yang tidak logik dan tidak realistik itu!

Urus harapan anda dengan seelok-eloknya, dan kenali antara satu sama lain akan banyak membantu perkahwinan. Percayalah.

Sumber rujukan: Upworthy, Derek Harvey dan Marriage Advocates

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Rahsia Perkahwinan Bahagia Terletak Di Tangan Suami Yang Bijak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner