Perut buncit selepas bersalin mungkin kerana kondisi Diastasis Recti!

lead image

Anda masih nampak macam hamil walaupun lepas berbulan beranak? Keadaan perut buncit selepas bersalin mungkin kerana Diastasis Recti. Ini apa yang anda perlu tahu...

Perut buncit selepas bersalin, adakah ia normal?

Anda masih kelihatan seperti masih hamil walaupun sudah beberapa bulan bersalin? Anda ada perut buncit selepas bersalin seolah-olah anda belum beranak?

Jangan terkejut, tapi anda mungkin mengalami kondisi badan selepas bersalin yang dipanggil sebagai Diastasis Recti. Diastasis Recti adalah keadaan di mana ada lebihan pada bahagian kiri dan kanan perut.

Walaupun keadaan ini tidak membahayakan, namun siapa yang mahu perut buncit selepas bersalin, kan?  

Apa itu Diastasis Recti atau keadaan perut buncit selepas bersalin ini? 

perut buncit selepas bersalin

Adalah normal bagi wanita hamil dan (kadang-kadang bayi) untuk mempunyai perut buncit selepas bersalin. Ia selalunya akan hilang selepas beberapa ketika.

Dan ia juga lebih biasa dilihat pada wanita yang sudah bersalin lebih dari satu kali atau wanita yang hamil selepas berusia 35 tahun.

Setiap dari kita mempunyai otot panjang dan leper di kiri dan kanan abdomen yang dipanggil sebagai rectus abdominis. Ia sangat penting untuk memberi kekuatan tengah pada badan dan juga untuk memastikan organ dalaman berada di tempat yang sepatutnya.

Semasa hamil, otot ini (rectus abdominis) akan mengembang dan terpisah bagi menyediakan ruang untuk bayi. Hormon semasa hamil pula menyebabkan otot mengembang dengan lebih relaks. 

Selalunya, ia akan kembali ke bentuk asal selepas 4 hingga 6 bulan selepas bersalin. Tetapi di dalam banyak kes, ia tidak akan berakhir dan perut anda akan kelihatan seperti hamil.

Tetapi bukan semula lemak di perut atau masalah perut buncit selepas bersalin adalah disebabkan oleh Diastasis Recti.

Bagaimana nak kenalpasti jika perut buncit selepas bersalin saya ini adalah Diastasis recti? 

perut buncit selepas bersalin

Kredit: midwiferytraditions.com

Cara yang sngat mudah untuk membezakan sama ada anda mempunyai Diastasis Recti atau hanya lemak di perut adalah dengan melakukan senaman ini:

  • baring secara terlentang di atas lantai
  • letakkan tapak tangan di bawah pusat dengan jari menghala ke kaki
  • angkat kepala ke arah dada (ini akan menyebabkan rectus abdominis mengecut)
  • jika anda dapat rasa jarak di antara kiri kanan abdomen, ini bermakna anda mempunyai Diastasis recti.

Jangan risau, ia tidak berbahaya. Tapi anda mungkin memerlukan beberapa bantuan untuk menghilangkannya.

Adakah Diastasis Recti boleh sebabkan masalah kesihatan?

Secara amnya tidak. Tapi terjadi juga kes di mana perut buncit selepas bersalin ini menyebabkan komplikasi kesihatan yang lain seperti:

  • Sakit belakang kronik
  • Tidak dapat mengawal kencing.
  • Sembelit.
  • Sakit ketika membuat hubungan seks.

Apa yang boleh saya buat jika ada perut buncit selepas bersalin?

perut buncit selepas bersalin

Anda boleh memulakan pemulihan dengan melakukan senaman yang membantu menguatkan otot abdomen. Berikut adalah antara senaman yang akan disarankan oleh terapi fizikal untuk masalah Diastasis Recti:

  • Bermain tali pinggang atau mengikat kain di pinggang dan buat ‘mini crunches‘ untuk menguat dan mengetatkan otot.
  • Teknik Tupler akan membantu menguatkan transverse abdominis yang bertindak sebagai ‘korset’ untuk abdomen anda. Nak tahu otot yang mana? Jika anda menyebut shhh dengan kuat, anda boleh rasa otot ni.
  • Senaman harian yang diselit bersama aktiviti harian anda, seperti mengangkat bakul atau senam duduk.

Sebelum mula bersenam, pastikan anda mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu. Pastikan juga kesihatan anda telah kembali pulih dan betul-betul baik.

Sekiranya Diastasis Recti yang lebih teruk (dengan jarak melebihi 3 jari), pembedahan mungkin pilihan yang baik. Lebih-lebih lagi jika anda tidak merancang untuk hamil lagi.

Mari lihat video bagaiman senaman bahagian abdomen dilakukan:

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent SingaporeWebMDHealthlineWellnessmama

Kredit gambar: iCliniq

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

 

Realiti Sebenar Tentang Badan Ibu Selepas Bersalin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma