8 petua awet muda cara Islam, tak payah selalu pergi Watson atau Guardian lagi!

lead image

Untuk nampak cantik dan berseri setiap hari, anda boleh amalkan 8 petua awet muda mengikut cara Islam ini. Jadikan ia sebagai rutin ketika bersiap keluar...

Kecantikan dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Terutama bila ada sale barang kosmetik tentu saja gedung itu dipenuhi kaum Hawa. Tapi, dari menghabiskan duit dan perlu beratur panjang semata-mata untuk cantik, lebih baik anda amalkan petua awet muda ini mengikut cara Islam.

Petua awet muda mengikut cara Islam ini telah diguna pakai oleh nenek anda sejak zaman dahulu, sebab itulah anda boleh lihat wajah orang tua dulu-dulu cantik dan putih mulus kulitnya.

Tak macam sekarang, kadang-kadang, walaupun kita pakai kosmetik mahal, tapi muka tetap berjerawat dan kusam.

Tak mengapa, jom cuba petua awet muda ini dan semoga ia berhasil dengan baik. Lantas jerawat pun takut nak dekat! 

8 petua awet muda mengikut cara Islam 

petua awet muda, petua, petua kecantikan, petua cantik, tips kecatikan, tips nak nampak cantik, tips cantik cara Islam, petua awet muda cara Islam

Kredit: iluminasi

#1 : Urut wajah sambil berselawat  

Petua awet muda pertama ialah bangun saja dari tidur, jangan mandi dan gosok gigi dulu tapi  terus saja anda urut wajah dengan air bermula dari dagu hingga ke atas dahi.

Ia harus disertakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Buat setiap hari supaya wajah anda bersih, suci dan naik seri. 

#2: Minum air dan selawat sebelum berus gigi

Anda tahu tak air liur mempunyai enzim yang baik untuk kesihatan? Jadi sejurus saja bangun tidur, sebelum mandi dan gosok gigi.

Minum air kosong dan biarkan ia dalam mulut selama 10 saat sambil berselawat 3 kali. Kemudian, telan air itu. Banyak manfaatnya tau. Cubalah kalau nak tahu! 

#3: Tanam kuku atau rambut 

Kita biasanya kalau potong kuku terus saja campak ke tong sampah begitu juga dengan rambut yang gugur. Tapi sebenarnya petua awet muda ini anda harus memotong kuku pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.

Kemudian bila sudah potong kuku atau rambut gugur, tanamkannya. 

#4 Selawat ke tapak tangan dan sapu ke muka 

petua awet muda, petua, petua kecantikan, petua cantik, tips kecatikan, tips nak nampak cantik, tips cantik cara Islam, petua awet muda cara Islam

Kredit: liputan 6.com

Petua awet muda yang seterusnya ialah masa anda mekap dan berdandan depan cermin, adalah lebih elok bacakan selawat Nabi ke atas kedua-dua tapak tangan dan sapu ke muka.

Kemudian niat dalam hati untuk berwajah indah seperti Nabi Yusuf. InsyAllah, amalkan selalu tau, jangan buat-buat lupa!

#5: Baca surah Yusuf dan minum air suam tiga teguk 

Banyak sebenarnya manfaat surah Nabi Yusuf kerana beliau mempunyai budi pekerti yang baik selain seorang Nabi yang mempunyai wajah kacak dan manis. Sebab itu Zulaikha jatuh cinta selepas melihat wajah kacak Nabi Yusuf. 

Jadi selepas bersolat, anda amalkan baca suruh Yusuf. Kalau rasa tak boleh nak habiskan satu surah sehari, bacalah sekurangnya satu muka surat sehari.

Kemudian teguk air suam sebanyak 3 kali . Dengan petua awet muda ini wajah akan kembali muda dari usia sebenar.

Wah, memang perlu cuba ini! 

#6: Baca sural Al-Waqiah 

Buka halaman Surah Al-Waqiah ayat 35-38. Kemudian hafal surah ini dan amalkan tiap kali anda nak mandi. Ia perlu dimulakan dengan curahan pertama dari atas kepala. 

#7: Mandi embun 

Petua awet muda menurut Islam seterusnya ialah anda harus mandi berembun. Maksudnya mandi pagi ketika nak solat Subuh.

Ambil daun berembun dan usap perlahan pada wajah, tubuh dan kepala. Ia dikatakan mampu membuatkan wajah kembali bersinar dan kelihatan ceria. 

#8: Urut wajah selepas bangun tidur 

Biasanya kita bila bagun tidur terus pegang handphone kan? Adalah lebih baik anda mengurut wajah dahulu.

Caranya, gunakan jari telunjuk dan letakkan di dagu. Kemudian jari ke pipi, hidung dan atas dahi. Selepas berurut, minum air suam sebelum anda bersarapan. 

Selamat mencuba! 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Pesona Pengantin 

Baca juga

Cantik tanpa solekan