9 petua banyakkan susu badan selepas bersalin, barulah susu ibu lancar!

lead image

Bekalan susu bergantung pada bayi, jika bayi menyusu dengan lebih kerap penghasilan susu akan jadi lebih banyak. Jadi kerapkan menyusu bayi setiap hari untuk dapatkan kuantiti susu yang lebih banyak

Ada ibu yang tak buat apa pun, susu keluar dengan banyak hingga usia anak dua tahun. Ada juga yang susu keluar sedikit saja dan ada yang tak keluar langsung. Jika anda salah seorang ibu yang menghadapi masalah ini, pasti anda mahu tahu petua banyakkan susu badan, kan?

Diharap, perkongsian 9 petua banyakkan susu ibu selepas bersalin dari pihak theAsianparent ini dapat membantu ibu yang mengalami masalah-masalah ini. 

9 petua banyakkan susu badan selepas bersalin

Petua banyakkan susu badan #1: Anda kena kerap menyusu 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/AlmariCantik.jpg 9 petua banyakkan susu badan selepas bersalin, barulah susu ibu lancar!

Petua banyakkan susu ibu selepas bersalin yang pertama adalah ibu perlu memastikan bayi minum susu dengan lebih kerap sebanyak 10 ke 12 kali sehari dalam tempoh 24 jam. 

Hal ini kerana, ia mampu merangsang hormon prolaktin yang boleh menghasilkan lebih banyak susu. 

Selepas bersalin dan dihantar ke wad, terus susukan bayi secara langsung bagi merangsang bonding dan penghasilan susu. Kalau susu keluar sedikit saja, jangan give up. Biarkan bayi tetap terus menghisap puting.  

Petua banyakkan susu badan #2: Pilih posisi dan kedudukan menyusu yang betul 

Seterusnya, petua banyakkan susu badan selepas bersalin kedua ialah anda harus memastikan posisi ibu menyusu dan bayi dalam keadaan yang betul, tenang dan selesa. 

Selepas pastikan posisi betul, angkat bayi dan lekapkan mulut bayi ke arah puting payudara. Pastikan ada ruang antara hidung dan mulut bayi dengan dada anda. 

Kalau nak lebih selesa, ketika menyusu itu, ibu pasanglah lagu-lagu syahdu yang bila dengar rasa lentok saja. Bayi pun rasa seronok dan nyaman bila tengah menyusu.

Petua banyakkan susu badan #3. Jangan lupa minum banyak air kosong 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/Apekecoh.png 9 petua banyakkan susu badan selepas bersalin, barulah susu ibu lancar!

Kredit: Apekecoh

Ini adalah antara petua banyakkan susu ibu yang bantu ibu memperbanyakkan susu. Jangan mengelat tak mahu minum air kosong. Kalau tak macam mana susu nak jadi banyak?

Untuk hasil yang optimum, minum 2 ke 3 liter air kosong sehari. Walaupun anda rasa mual, susah atau tak sedap, anda perlu ingat ia adalah untuk kebaikan bayi.

Kasihan si kecil itu, kalau ibu asyik minum yang manis-manis dan berkafein saja, nanti anak pun dapat khasiat yang tak bagus ke dalam tubuhnya. Janganlah macam itu ya ibu…

Petua banyakkan susu badan #4. Menyusu tak perlu jadual

Ada ke ibu yang confuse dengan jadual penyusuan atau jadual mengepam susu? Yang betulnya adalah jadual mengepam susu.

Penyusuan tak payah ikut sangat jadual. Yang penting ialah kekerapan memberi susu pada bayi baru lahir

Anda kena faham konsep demand and supply. Malah tanda bayi lapar pun senang nak tengok seperti menangis, merengek atau meronta. Itu tanda dia nak menyusu.

Petua banyakkan susu badan #5. Amalkan makan herba 

Petua banyakkan susu ibu selepas bersalin juga anda boleh buat dengan cara makan herba seperti halba. 

Halba merupakan herba yang berkhasiat untuk pemulihan dalaman badan. Caranya anda boleh makan sesudu halba setiap hari atau campurkan halba ke dalam minuman teh setiap pagi. 

Selain halba, jintan hitam juga mampu tambahkan susu badan.

Petua banyakkan susu badan #6. Mengurut payudara 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/SirapLimau 2.jpg 9 petua banyakkan susu badan selepas bersalin, barulah susu ibu lancar!

Kredit: Sirap limau

Urut payudara juga merupakan petua banyakkan susu badan selepas bersalin yang bagus untuk dilakukan. Caranya anda urut lembut di kawasan payudara dan belakang badan. 

Ia memberi peluang penghasilan susu badan jadi lebih baik. Kalau rasa susah nak urut sendiri, mintalah bantuan suami atau ibu anda. Tak pun, panggil tukang urut yang tahu letak kedudukan urat untuk banyakkan susu. 

Petua banyakkan susu badan #7 . Tolong jangan stres

Stress boleh menyebabkan susu susah nak keluar. Yalah, biasanya selepas bersalin ada macam-macam perkara ganggu pemikiran ibu hingga rasa tertekan lantas mengganggu penghasilan susu badan.

Jadi ibu jangan selalu stres ya.

Biarkan pemikiran dan emosi dalam keadaan aman dan tenang. Ketepikan dahulu masalah yang menyelubungi diri ke tempat lain. 

Petua banyakkan susu badan #8. Makanan rangsang pengeluaran susu dan jaga pemakanan ketika hamil 

Petua banyakkan susu badan selepas bersalin juga adalah mengamalkan makanan yang boleh menghasilkan susu dengan banyak seperti lobak putih, kurma, susu dan oat. 

Selain itu, semasa mengandung, jaga pemakanan dan banyakkan makanan berkhasiat dalam menu hidangan seharian. Lebihkan sayur dan buah-buahan.

Makan juga vitamin semasa mengandung seperti asid folik dan zink cooper. 

Petua banyakkan susu badan #9: Check keadaan puting payudara dan teknik penyusuan 

Semasa hamil, sila check keadaan puting payudara anda sama ada timbul, tenggelam atau meleper. Ia boleh dilakukan ketika 38 minggu ke atas.

Anda sudah boleh mula tarik puting supaya keluar bagi mudahkan bayi menyusu nanti. 

Selain itu, hafal dan fahamkan teknik penyusuan yang betul. Kalau rasa ragu-ragu minta jururawat di wad bersalin itu tengok sama ada betul atau tak cara anda itu. 

Semoga bermanfaat dan kongsikan artikel di laman Facebook anda. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Lunatots.com

Sumber: Gerobok Anim, Irni Suhana

Baca juga

Penyusuan badan: Cabaran dan cara penyelesaiannya