9 Petua 'Meriahkan' Susu Badan, Jangan Percaya Jika Orang Cakap Anda Tiada Susu!

Bekalan susu bergantung pada bayi, jika bayi menyusu dengan lebih kerap penghasilan susu akan jadi lebih banyak. Jadi kerapkan menyusu bayi setiap hari untuk dapatkan kuantiti susu yang lebih banyak

Ada ibu yang tak buat apa pun, susu badan keluar dengan banyak sehingga usia anak dua tahun. Ada juga yang susu keluar sedikit saja dan ada yang tak keluar langsung. Jika anda salah seorang ibu yang menghadapi masalah ini, pasti anda mahu tahu petua banyakkan susu badan, kan?

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan juga bahawa menyusu badan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Para ibu berjuang serta berkorban untuk memastikan bayi diberikan sumber susu yang mencukupi setiap masa.

Namun, kadang-kala mereka turut mengalami masalah kekurangan susu badan di atas faktor-faktor tertentu.

Itu normal. Jadi janganlah marah-marah kepada si ibu ya?

Mengapa Susu Badan Kering?

Kajian klinikal menunjukkan 1.5% wanita dunia tidak dapat menghasilkan susu yang cukup secara semulajadi disebabkan oleh beberapa perkara termasuklah:

  • Ganguan hormon semasa atau selepas melahirkan.
  • Kekurangan tisu grandular yang berpunca daripada hypoplastic breast (payudara kekurangan tisu) dan pembedahan payudara seperti mastektomi, mengurangkan saiz atau pembuangan cyst.
  • Pembedahan payudara yang mengganggu laluan saraf dan duktus.
  • Sakit teruk seperti pendarahan melampau selepas bersalin beserta sindrom Sheehan, jangkitan kuman dan hipertensi.
  • Serpihan plasenta yang tertinggal yang mengekalkan tahap hormon progesterone yang cukup untuk melambatkan atau menghalang pengaktifan rembesan.

Oleh itu, kami berharap supaya perkongsian 9 petua banyakkan susu ibu selepas bersalin dari pihak theAsianparent ini dapat membantu ibu yang mengalami masalah-masalah ini.

9 Petua Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin

#1. Anda Perlu Kerap Menyusu

petua banyakkan susu badan selepas bersalin, petua banyakkan susu badan, petua banyakkan susu badan selepas bersalin, petua banyakkan susu ibu, cara penyusuan bayi, cara susukan bayi, cara penyusuan yang betul, ibu menyusu anak, menyusu anak, penyusuan bayi, teknik penyusuan yang betul

Yang paling utama dalam perbanyakkan susu badan adalah ibu perlu memastikan bayi minum susu dengan lebih kerap sebanyak 10 ke 12 kali sehari dalam tempoh 24 jam. 

Hal ini kerana, ia mampu merangsang hormon prolaktin yang boleh menghasilkan lebih banyak susu. 

Selepas bersalin dan dihantar ke wad, terus susukan bayi secara langsung bagi merangsang bonding dan penghasilan susu. Kalau susu keluar sedikit saja, jangan give up. Biarkan bayi tetap terus menghisap puting.  

#2. Pilih posisi dan kedudukan menyusu yang betul

Seterusnya ialah anda harus memastikan posisi ibu menyusu dan bayi dalam keadaan yang betul, tenang dan selesa. 

Selepas pastikan posisi betul, angkat bayi dan lekapkan mulut bayi ke arah puting payudara. Pastikan ada ruang antara hidung dan mulut bayi dengan dada anda. 

Kalau nak lebih selesa, ketika menyusu itu, ibu pasanglah lagu-lagu syahdu yang bila dengar rasa lentok saja. Bayi pun rasa seronok dan nyaman bila tengah menyusu.

#3. Jangan lupa minum banyak air kosong

petua banyakkan susu badan selepas bersalin, petua banyakkan susu badan, petua banyakkan susu badan selepas bersalin, petua banyakkan susu ibu, cara penyusuan bayi, cara susukan bayi, cara penyusuan yang betul, ibu menyusu anak, menyusu anak, penyusuan bayi, teknik penyusuan yang betul

Kredit: Apekecoh

Ini adalah antara cara meriahkan susu ibu yang paling berkesan. Jangan mengelat tak mahu minum air kosong. Kalau tak macam mana susu nak jadi banyak?

Untuk hasil yang optimum, minum 2 ke 3 liter air kosong sehari. Walaupun anda rasa mual, susah atau tak sedap, anda perlu ingat ia adalah untuk kebaikan bayi.

Kasihan si kecil itu, kalau ibu asyik minum yang manis-manis dan berkafein saja, nanti anak pun dapat khasiat yang tak bagus ke dalam tubuhnya. Janganlah macam itu ya ibu…

#4. Menyusu tak perlu jadual

Ada ke ibu yang confuse dengan jadual penyusuan atau jadual mengepam susu? Yang betulnya adalah jadual mengepam susu.

Penyusuan tak payah ikut sangat jadual. Yang penting ialah kekerapan memberi susu pada bayi baru lahir

Anda kena faham konsep demand and supply. Malah tanda bayi lapar pun senang nak tengok seperti menangis, merengek atau meronta. Itu tanda dia nak menyusu.

#5. Amalkan makan herba

Petua banyakkan susu ibu selepas bersalin juga anda boleh buat dengan cara makan herba seperti halba. 

Halba merupakan herba yang berkhasiat untuk pemulihan dalaman badan. Caranya anda boleh makan sesudu halba setiap hari atau campurkan halba ke dalam minuman teh setiap pagi. 

Selain halba, jintan hitam juga mampu tambahkan susu badan.

#6. Mengurut payudara

petua banyakkan susu badan selepas bersalin, petua banyakkan susu badan, petua banyakkan susu badan selepas bersalin, petua banyakkan susu ibu, cara penyusuan bayi, cara susukan bayi, cara penyusuan yang betul, ibu menyusu anak, menyusu anak, penyusuan bayi, teknik penyusuan yang betul

Kredit: Sirap limau

Urut payudara juga merupakan petua banyakkan susu badan selepas bersalin yang bagus untuk dilakukan. Caranya anda urut lembut di kawasan payudara dan belakang badan. 

Ia memberi peluang penghasilan susu badan jadi lebih baik. Kalau rasa susah nak urut sendiri, mintalah bantuan suami atau ibu anda. Tak pun, panggil tukang urut yang tahu letak kedudukan urat untuk banyakkan susu. 

#7 . Tolong jangan stres

Stress boleh menyebabkan susu susah nak keluar. Yalah, biasanya selepas bersalin ada macam-macam perkara ganggu pemikiran ibu hingga rasa tertekan lantas mengganggu penghasilan susu badan.

Jadi ibu jangan selalu stres ya.

Biarkan pemikiran dan emosi dalam keadaan aman dan tenang. Ketepikan dahulu masalah yang menyelubungi diri ke tempat lain. 

#8. Makanan rangsang pengeluaran susu dan jaga pemakanan ketika hamil

Petua banyakkan susu badan selepas bersalin juga adalah mengamalkan makanan yang boleh menghasilkan susu dengan banyak seperti lobak putih, kurma, susu dan oat. 

Selain itu, semasa mengandung, jaga pemakanan dan banyakkan makanan berkhasiat dalam menu hidangan seharian. Lebihkan sayur dan buah-buahan.

Makan juga vitamin semasa mengandung seperti asid folik dan zink cooper. 

#9: Check keadaan puting payudara dan teknik penyusuan

Semasa hamil, sila check keadaan puting payudara anda sama ada timbul, tenggelam atau meleper. Ia boleh dilakukan ketika 38 minggu ke atas. Anda sudah boleh mula tarik puting supaya keluar bagi mudahkan bayi menyusu nanti. 

Selain itu, hafal dan fahamkan teknik penyusuan yang betul. Kalau rasa ragu-ragu minta jururawat di wad bersalin itu tengok sama ada betul atau tak cara anda itu.

Ini Merupakan Tanda Bayi Anda Sudah Kenyang Makan & Cukup Susu

Kerisauan para ibu akan mula mencanak apabila tidak dapat memastikan sama ada bayi cukup susu atau tidak. Ye lah, ibu mana boleh dapat jumlah susu yang keluar dari badan. Persoalan yang sering timbul adalah, “Adakah si kecil benar-benar minum susu ataupun kita nampak dia rajin menghisap tetapi tiada susu yang keluar?”

Ha, untuk memastikan persoalan itu, anda boleh perhatian tanda-tanda bayi cukup susu atau tidak.

Oleh itu, di sini kami sediakan beberapa tanda bayi anda lapar dan kurang minum susu:

  • Berat bayi tidak meningkat seperti sepatutnya iaitu 28 – 30gm sehari dalam masa 3 bulan sejak dilahirkan dan 14 – 15gm dari umur 3 hingga 6 bulan.
  • Membuang air besar kurang daripada dua kali sehari dalam bulan pertama.
  • Menyusu kurang daripada 8 kali sehari (penyusuan minima).
  • Air kencing bayi berwarna kuning pekat.
  • Kurang buang air – kurang daripada 7 atau 8 lampin kain sehari atau 6 lampin pakai buang.
  • Bayi kelihatan mengantuk dan sukar dibangunkan pada waktu menyusu.

Manakala, di bawah merupakan tanda-tanda bayi anda cukup minum susu:

#1. Kenaikan Berat Badan Bayi

Biarpun berat badan bayi baru lahir mungkin turun sedikit beberapa hari selepas kelahiran, pastikan berat badan tersebut tidak turun lebih dari 10%.

Penurunan berat badan lebih dari 10% mungkin tanda si kecil tidak mendapat susu ibu yang cukup. Dapatkan bantuan doktor atau pakar laktasi ataupun ibu-ibu boleh memberi formula tambahan agar anak tidak kebuluran atau dehidrasi.

Tanda bayi cukup susu adalah kenaikan berat badan sebanyak 400 gram hingga 1 kg setiap bulan.

#2. Jumlah Lampin Kotor

Satu lagi tanda bayi cukup susu ialah jumlah air kencing yang dibuang setiap hari. Seorang bayi baru lahir harus menghasilkan sekurang-kurangnya 6 lampin basah sehari.

Walaubagaimanapun, guna cara ini bersama dengan cara lain untuk memastikan si kecil mendapat susu yang mencukupi kerana jumlah air kencing yang diserap ke dalam lampin tidak dapat diukur.

#3. Jumlah dan Warna Najis Bayi

Bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif akan mempunyai warna najis yang kuning cerah dan  cair. Warna najis bayi yang diberi formula pula akan kelihatan sedikit hijau kerana formula biasa diperkayakan dengan zat besi.

Tanda bayi cukup susu adalah sekurang-kurangnya 1 lampin kotor sehari. Jika bayi tidak membuang air besar dan kehilangan berat badan, in mungkin tanda jumlah susu yang didapati tidak mencukupi.

#4. Perhatikan Gerakan Dagu Bayi

Satu cara lagi untuk menunjukkan tanda bayi cukup susu ialah untuk memerhati gerakan dagu bayi apabila mereka sedang menyusu.

Cuba lihat bahagian antara leher dengan dagu. Apabila bayi sedang menghisap, dagunya akan bergerak turun naik. Setelah beberapa kali turun naik, dagu bayi akan kelihatan turun lebih jauh ke bawah untuk beberapa saat sebelum kembali ke posisi asal.

Ini menunjukkan bayi anda sedang mendapatkan susu.

Gerakan naik turunnya dagu berlaku apabila si kecil sedang merangsangkan payudara dengan menghisap. Ketika dagu bayi anda turun ke bawah dan berhenti beberapa saat, ini menunjukkan susu ibu sedang mengisi mulutnya. Maka, jika dagu bayi hanya turun naik tanpa berhenti, ada kemungkinan bayi anda tidak mendapat susu ibu.

#5. Keluar Bunyi Ketika Menghisap Payudara

Tidak semua bayi akan mengeluarkan bunyi ketika menyusu.

Namun bunyi bayi menelan susu kadang-kadang jelas kedengaran misalnya bunyi, “he, he, he…”, “glug, glug, glug…” atau “slurp, slurp…..”. Lucu dan comel, bukan?

#6. Tekan Payudara Ketika Bayi Menyusu

Apabila ingin memastikan anak sedang mendapatkan susu, ibu boleh cuba pula teknik ini sambil menyusu anak. Perah dan urut perlahan-lahan payudara ke arah puting.

Ini akan menyemburkan susu ibu ke dalam mulut dan mengganggu si kecil yang sedang menyusu Tindak balas dari si kecil adalah tanda bayi cukup susu.

Sebaliknya jika dia tidak menunjukkan sebarang tindak balas, ini bererti semburan susu ibu tidak berlaku!

#7. Sisa Susu Ibu Di Sekitar Bibir Bayi

Walaupun tidak semua ibu mempunyai aliran susu ibu yang deras, kadang-kadang kita boleh  melihat sisa-sisa susu ibu pada sudut bibir bayi ketika ia sedang menyusu.

#8. Payudara Lembut dan Kempis

Sebelum menyusu anak, payudara akan rasa penuh dan kembung. Payudara anda sepatutnya rasa lembut dan sedikit kempis selepas menyusukan anak.

Ini tanda bayi cukup susu dan si kecil anda sedang aktif menyusu. Tapi jika payudara anda masih rasa penuh, mungkin si kecil tidak mendapat susu yang banyak.

#9. Bayi Tidur Lena, Kenyang…

Ibu pernah tengok si kecil mabuk susu? Tidur sampai mulut pun ternganga selepas kenyang menyusu. Ini adalah tanda bayi cukup susu yang paling comel. Bayangkan telalu kenyang sehingga tidak dapat menahan tidur. Cute betul! Enjoylah rupa muka yang tidur nyenyak.

Ibu baik berehat juga kerana dalam 2-3 jam nanti si kecil dan menangis meminta susu lagi dan ini akan berterusan sehingga bayi itu berusia beberapa bulan.

Makanan Yang Dapat Membantu/Petua Banyakkan Susu Badan.

Rata-rata para ibu di Malaysia mengamalkan beberapa makanan untuk menambah susu badan. Antara yang paling diamalkan termasuk jantung pisang, lobak putih, air rebusan kucai, horlicks, sawi, sup ikan, pucuk betik dan pucuk manis dengan kadar keberkesanan yang berbeza.

Beberapa jenis herba juga disarankan sebagai peningkat pengeluaran susu yang dikenali sebagai galactogogues. Antaranya termasuk:

  • Halba (fenugreek)
  • Goat’s Rue (bunga ungu)
  • Basil
  • Milk Thistle
  • Jintan manis
  • Alfalfa

Halba terbukti berkesan secara saintifik dalam masa 7 hari dan berkekalan selama 6 minggu. Halba terkenal dengan fungsinya menggalakkan peluh dan memandangkan sistem payudara adalah sama seperti kelenjar peluh, maka ia membantu penghasilan susu.

Bagi herba lainnya, tiada kajian saintifik yang cukup bagi membuktikan keberkesanan dan keselamatan penggunaanya malahan ada kajian yang menunjukkan kesan negatif herba tertentu terhadap sesetengah keadaan pengambilnya.

Begitu juga dengan teh herba. Sesetengah herba mempunyai kesan yang kuat dan berfungsi seperti dadah serta merbahaya terutama kepada wanita hamil. Antara herba yang selamat diambil sebagai teh termasuk:

  • Halia
  • Rose Hip
  • Lemon

Semoga artikel ini dapat memberikan manfaat kepada para ibu di luar sana.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cabaran Penyusuan Badan & Cara Mengatasinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!