13 Gerakan Mudah Untuk Lebih Cepat Bersalin, Ibu Sarat WAJIB Cuba!

Jangan menjerit dan memukul-mukul suami ketika nak bersalin. Sebaliknya, cuba buat 13 gerakan mudah ini untuk petua cepat bersalin. Moga selamat semuanya!

Ibu hamil, saat kontraksi semakin terasa, anda pasti fikir mahu cepat bersalin, kan? Sebab itu semua ibu hamil akan sibuk mencari tips cepatkan bersalin kerana tidak mahu terlalu lama menahan sakit nak beranak dan mahu cepat-cepat jumpa bayi tersayang.

Tapi kebanyakan ibu hamil melakukan perkara salah untuk mengalih rasa sakit itu. Anda tak sepatutnya memukul-mukul suami, berteriak atau meramas benda yang tak berguna.

Sebaliknya, mari ikut petua cepat bersalin dari doktor pakar ini. Doktor menggalakkan ibu hamil buat 13 gerakan mudah di bawah agar cepat bersalin.

Ia sangat efektif, lebih-lebih lagi kalau anda sudah mengalami kontraksi dan pintu rahim telah terbuka. Jadi sementara menunggu itu, apa kata anda gilir-gilir buat 13 gerakan berikut?

13 Gerakan Tips Cepatkan Bersalin Ibu Sarat Hamil Boleh Cuba

#1 Berdiri tegak dengan satu kaki letak di atas kerusi

tips cepatkan bersalin

Kredit: Pinterest

Posisi ini amat bermanfaat untuk dijadikan sebagai petua cepat bersalin. Ia membuatkan janin dalam kandungan anda boleh berpusing dan cepat turun ke laluan beranak.

#2 Duduk atas toilet 

Duduk atas toilet (duduk) membantu proses meneran kerana gerakan usus semakin ke bawah. Ia membantu perineum terdorong ke bawah. Perineum adalah satu kawasan di antara bahagian dubur dan vagina yang seringkali terkoyak teruk selepas bersalin.

Kalau anda tak mahu ia terkoyak dengan teruk, lakukan urutan sejak kandungan masuk minggu ke 32 hingga 34.

#3 Berdiri dengan dua kaki terkangkang

tips cepatkan bersalin

Kredit: New Kids Center

Posisi ini cukup mudah. Namun, kalau ibu hamil rasa tidak seimbang, cuba lakukannya sambil bersandar pada dinding. 

Daya graviti akan membantu bayi dalam kandungan anda semakin cepat turun ke saluran peranakan. 

#4 Setengah duduk

Posisi ini biasanya kita lihat ia dibuat dan diajar oleh doktor semasa pemeriksaan, kan? Ia sebenarnya amat berfaedah untuk membantu bayi turun lebih cepat. Jadi cuba tips cepatkan bersalin ini ya!

#5 Duduk bersandar ke depan

tips cepatkan bersalin

Kredit: BabyCentre

Jangan duduk bersandar ke belakang, sebaliknya cuba lunjurkan badan anda ke hadapan. Duduk atas kerusi untuk memudahkan gerakan.

Gerakan ini bagus untuk mengurangkan rasa sakit pinggang.

#6 Merangkak

Gerakan merangkak sebenarnya amat berkesan untuk meredakan sakit pinggang. Malah, merangkak juga boleh membantu bayi yang ada masalah dengan tali pusat. 

Ibu hamil yang kesakitan kerana asyik meneran juga boleh mencuba gerakan merangkak ini. Ia akan mengurangkan kesakitan anda.

#7 Berdiri sambil pegang sesuatu

petua cepat bersalin

Ibu hamil juga boleh berdiri dengan relaks sambil memegang sesuatu, contohnya kepala katil atau suami anda. 

Dengan berdiri, bayi anda akan mendapat daya graviti yang diperlukan, maka kontraksi anda juga tidak akan terlalu sakit. Cara ini paling biasa digunakan sebagai petua cepat bersalin.

#8 Menungging

Jika penat dengan posisi merangkak, cuba menungging pula. Gerakan ini membantu mendorong kaki bayi keluar sepanjang kontraksi dan mengurangkan tekanan pada leher rahim yang bengkak.

#9 Berjalan

petua cepat bersalin

Kredit: Livestrong.com

Berjalan perlahan-lahan, satu tips cepatkan bersalin paling senang sebenarnya dapat membantu membentuk perubahan pada sendi punggung. Ia akan mendorong bayi cepat turun. 

Tapi, jangan terlalu lama sangat berjalan. Ia akan buat anda kepenatan. Anda perlu tenaga untuk bersalin!

#10 Slow dance

Slow dancing dengan suami tercinta akan buat anda lebih tenang. Cuba pasang lagu kegemaran anda juga. 

Menari secara perlahan-lahan akan mendorong perubahan pada sendiri punggung, menggalakkan bayi turun lebih cepat. Sambil menari itu, apa kata anda suruh suami urut sikit pinggang anda itu.

#11 Duduk atas kerusi berayun

petua cepat bersalin

Jika anda ada kerusi berayun, ambil peluang ini untuk duduk di atasnya! Sama seperti posisi berdiri dengan satu kaki di atas kerusi, ia memudahkan bayi keluar. 

#12 Berdiri sambil bongkok ke depan

Cuba anda membongkok ke depan. Biar berat badan anda diletakkan di atas katil, suami atau bola senaman bersalin. Sama seperti posisi nombor 7, posisi ini boleh mengurangkan sakit pinggang dan punggung yang kebas.

#13 Baring mengiring

13 Gerakan Mudah Untuk Lebih Cepat Bersalin, Ibu Sarat WAJIB Cuba!

Saat anda kepenatan, anda boleh cuba posisi baring mengiring ini. Walaupun nampak macam sekadar satu posisi untuk berehat saja, tapi sebenarnya posisi ini ada banyak faedah!

Ia boleh mengurangkan rasa sakit pinggang, membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan buasir.

Kalau anda selang selikan posisi baring secara mengiring dengan berjalan-jalan, proses bersalin anda juga akan makin cepat.

Semoga petua cepat bersalin ini bermanfaat untuk anda. Selamat berjaya, ibu-ibu hamil semua! Jangan lupa untuk kongsi tips ini dengan ibu hamil lain, ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 8 tips cepatkan bukaan rahim untuk memudahkan proses bersalin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!