Kalau Nak Cepat Bersalin Sebelum Due Date, Amalkan 17 Petua Berguna Ini

lead image

Ada macam-macam petua cepat bersalin sebelum due yang kita dengar. Tapi 17 petua yang disenaraikan ini memang berkesan dan dikongsi sendiri oleh doktor

Berbagai petua cepat bersalin sebelum due yang selalu kita dengar daripada orang berpengalaman. Ada yang suruh makan minyak kelapa dara atau amalkan milo campur mentega. Tapi betul berkesan ke? 

Menurut Prof Dr. Imelda dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, petua cepat bersalin sebelum due yang berkesan adalah menjaga kesihatan diri sebelum hamil lagi

Jom kita teliti satu demi satu petua cepat bersalin sebelum due yang dikongsikan Dr. Imelda ini. 

17 petua cepat bersalin sebelum due date yang dikongsi Dr. Imelda

#1. Kurangkan berat badan 

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/07/exercise during pregnancy healthy weight loss.jpg Kalau Nak Cepat Bersalin Sebelum Due Date, Amalkan 17 Petua Berguna Ini

Jika berat badan anda berlebihan, cuba kurangkan pada tahap yang sihat sekurang-kurangnya BMI 27 sebelum anda mengandung. Ini dapat kurangkan risiko keguguran ketika hamil.

#2. Ambil suplemen asid folik 

Sebelum hamil, amalkan suplemen asid folik sekurang-kurangnya 0.4mg dan tidak lebih 5mg sehari. Ia bukan sahaja untuk merawat kesuburan, tapi juga boleh mengelakkan kecacatan janin.

Ambil sehingga tiga bulan pertama kehamilan kerana asid folik tidak cukup jika diambil dari pemakanan seharian saja kerana kandungan folat ini terlalu cepat dan senang dimusnahkan. 

#3. Kawal pengambilan gula ketika hamil

Jika anda ada penyakit kencing manis semasa kehamilan sebelum ini, sila buat ujian air gula setiap tahun supaya dapat memastikan yang anda tiada kencing manis sebelum hamil lagi. 

Jika sudah ada penyakit diabetes, pastikan kawal gula dengan baik dan bacaan HbA1C kurang daripada 6.5% bagi mengurangkan risiko kecacatan janin. 

#4. Amalkan pemakanan sihat 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/wom.my .jpg Kalau Nak Cepat Bersalin Sebelum Due Date, Amalkan 17 Petua Berguna Ini

Kredit: Wom.My

  • Amalkan makanan sihat tanpa pegawet, tiada tambahan gula, makanan seimbang dan tidak berlebihan (sesuku pinggan).
  • Makanan tinggi zat besi boleh mengelakkan kekurangan darah seperti daging, telur, sayuran hijau, kismis dan aprikot kering.
  • Jangan ambil makan mentah atau separuh masak ketika hamil
  • Ambil iodine dan omega 3 dari makanan laut seperti ikan kembung, ikan selayang, ikan bilis, sotong atau udang setiap hari jika tiada alahan.
  • Jangan lupa minum 2 liter air atau 8 ke 10 gelas sehari.

#5. Jangan makan untuk dua orang 

Hampir setengah wanita Malaysia mengalami berat badan berlebihan atau obes sebelum hamil.  

Jika berat badan anda sihat, anda tak perlu tambah kalori semasa hamil tapi anda boleh tambah 200 kalori sehari selepas 28 minggu kehamilan dan ke atas. 

Tak perlu ambil suplemen protein. Anda juga tak perlu minum susu  yang ada tambahan gula dan kalori. Tapi memadai minum susu lembu segar atau UHT yang sudah banyak khasiat kalsium dan protein.

#6. Pastikan berat badan tidak naik lebih 11 ke 16 kg semasa hamil 

Jika berat badan normal, pastikan berat tidak naik lebih daripada 11-16 kg semasa hamil. Jika berat badan lebih daripada BMI 23, pastikan tidak naik lebih daripada 7-11kg semasa hamil.

Jika anda obes, BMI (BMI > 27.5), sila kawal berat badan supaya tak lebih daripada 5-9kg ketika hamil.

#7. Kerap lakukan senaman 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/diari kurus.jpg Kalau Nak Cepat Bersalin Sebelum Due Date, Amalkan 17 Petua Berguna Ini

Kredit: Diari Kurus

Lakukan senaman dengan kerap sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari atau 150 minit seminggu. 

Antara senaman yang boleh dilakukan seperti low impact aerobic, berjalan pantas, kayuh basikal pegun (stationary bike), berenang dan yoga. 

Seterusnya, senaman kegel semasa hamil boleh mengelakkan masalah tak boleh kawal kencing dan kurangkan risiko masalah rahim jatuh selepas bersalin. Selain itu, ia juga dapat menguatkan faraj seumur hidup. 

#8. Pastikan due date tepat 

Dapatkan ultrasound scan antara 11-14 minggu bagi menentukan due date yang tepat agar dapat mengurangkan keperluan induce sebab overdue

Diingatkan juga untuk buka buku merah seawal 12 minggu kehamilan. Jangan lambat! 

#9. Jangan ambil suntikan VIT C! 

Jangan ambil suntikan Vitamin C yang sangat bahaya untuk kesihatan anda. Bahkan, tambahan Vitamin C dos tinggi dikaitkan dengan kelahiran pramatang

#10. Jangan tinggal temujanji doktor 

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/07/Week 40 Pregnancy  735.jpg Kalau Nak Cepat Bersalin Sebelum Due Date, Amalkan 17 Petua Berguna Ini

Jangan skip temujanji doktor atau jururawat perbidanan. Seterusnya, awasi pergerakan janin selepas 28 minggu kehamilan. Jika janin tidak bergerak atau kurang cergas, segera berkunjung ke hospital. 

#11. Jangan lupa vaksin anti-tetanus 

Jangan lupa ambil vaksin anti-tetanus toxoid bagi ibu yang dinasihatkan untuk mengambilnya. 

#12. Lakukan urutan perineum 

Urutan perineum ini boleh dilakukan pada 36 minggu ke atas. Ia bertujuan untuk melembutkan dan meregangkan kulit supaya dapat mengurangkan koyakan atau episiotomi semasa bersalin.

5 petua cepat bersalin sebelum due yang lain

#13. Aktiviti berjalan kaki

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/maxresdefault 1.jpg Kalau Nak Cepat Bersalin Sebelum Due Date, Amalkan 17 Petua Berguna Ini

Kajian menunjukkan aktiviti berjalan kaki membantu 32% dari 663 wanita supaya dapat mempercepatkan bukaan rahim dan proses bersalin. 

Secara teorinya, berjalan kaki bantu bayi untuk tertarik ke laluan bersalin dengan bantuan graviti. 

Tapi, ia harus dilakukan dengan tenang dan jangan terlalu aktif kerana anda perlu simpan tenaga untuk meneran nanti. 

#14. Rangsang payudara atau “bersama” dengan suami

Ketika merangsang payudara atau melakukan hubungan seks dengan suami, anda akan merembeskan hormon yang dinamakan oxytocin

Sperma suami pula mempunyai prostaglandins yang dapat melembutkan rahim dan membuatnya lebih bersedia untuk proses persalinan. Hormon ini juga bantu proses kontraksi uterus. 

#15. Minum Minyak Castor 

Kaedah ini berasal dari zaman Mesir Kuno bagi mempercepatkan bersalin. Satu kajian dilakukan sekumpulan saintis di mana 60ml minyak castor dicampur bersama 200ml air suam lalu diberikan kepada ibu hamil yang terpilih.

Hasilnya, wanita yang amalkan minyak castor lebih tinggi keberangkalian untuk bersalin dalam tempoh 24 jam selepas minum minyak tersebut. 

Cara ini selamat dan tidak menggunakan sebarang ubatan kimia mahupun sintetik. Namun, rujuk doktor terlebih dahulu sebelum buat sebarang keputusan. 

#16 Amalkan doa mudah bersalin 

Untuk membaca doa mudah bersalin ini, sila klik pautan di bawah: 

#17. Melatih teknik pernafasan 

Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dengan cepat, kemudian tahan dan sebut Allah sebanyak tujuh kali dalam hati. Selepas itu, lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut. Lakukannya tujuh kali sehari.

Ini dapat mengelak ibu letih dan pernafasan tidak terkawal ketika proses meneran nanti. 

Jika ibu tidak obes dan selalu bersenam, maka dapatlah kurangkan masalah darah tinggi, kencing manis dan janin terlalu besar. 

Sekaligus dapat kurangkan keperluan induce, elak dari bersalin czer dan dapat mengurangkan masalah ketika bersalin normal. 

Semoga ibu hamil manfaatkan nota kecil ini semasa bersalin dan mendapat zuriat yang sihat. 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Imelda Balchin, Sirap LimauZuriat.myUmmitiqah

Baca juga:

15 petua mudah bersalin yang dikongsikan oleh ibu-ibu yang baru lepas beranak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!