7 Makanan Ini Buat Anda Cepat Kontraksi Dan Bersalin Sebelum Due Date!

lead image

Jika anda dah sampai tempoh 40 minggu dan masih tak ada tanda-tanda nak bersalin, anda boleh cuba petua cepat bersalin ini .

Bila rasa bersalin tak datang secara semula jadi, ramai doktor mencadangkan induceTapi, anda sebenarnya boleh induce secara semula jadi kalau ikut petua cepat bersalin ini.

Petua cepat bersalin: 7 makanan cepat bersalin

Petua cepat bersalin #1 Makanan pedas

Makanan pedas seperti kari atau tom yam dipercayai boleh cepatkan proses bersalin.

Apabila anda makan makanan pedas, ia akan merangsang prostaglandins yang akan menyebabkan kontraksi pada dinding rahim.

Petua cepat bersalin #2 Nanas

src=https://media.istockphoto.com/photos/fresh pineapple isolated on white background picture id869246292?k=6&m=869246292&s=612x612&w=0&h=VgsomEuEbyKepyefbjiKu3UPY19Ua74 zd9mPmg alQ= 7 Makanan Ini Buat Anda Cepat Kontraksi Dan Bersalin Sebelum Due Date!

Nanas mengandungi bromelain, enzim aktif yang diketahui boleh melembutkan serviks dan merangsang kontraksi untuk bersalin

Nanas segar lebih berkesan dari nanas dalam tin kerana kandungan bromelain dalam tin biasanya dikurangkan. Tapi jangan makan terlalu banyak, nanti boleh kena cirit birit.

Petua cepat bersalin #3 Betik muda

Betik muda mengandungi enzim yang dipanggil papain, yang boleh merangsang kontraksi dalam rahim.

Lateks ini bertindak sebagai oxytocin dan prostaglandins untuk mempercepatkan persalinan. 

 #4 Teh jintan

Teh jintan biasanya dikenali untuk merawat kembung perut atau masalah pencernaan yang lain. Ia juga boleh membantu untuk cepatkan bersalin.

Hanya ambil satu sudu jintan dan letakkan dalam air panas sudah boleh merangsang kontraksi.

Petua cepat bersalin #5 Daun teh rasberi

src=https://media.istockphoto.com/photos/process brewing tea tea ceremony cup of freshly brewed fruit and tea picture id1015308848?k=6&m=1015308848&s=612x612&w=0&h=qoe390wntXeUsSj6dO8GK6YsDbFmR88QPOfeLMl3A4c= 7 Makanan Ini Buat Anda Cepat Kontraksi Dan Bersalin Sebelum Due Date!

Kajian mendapati pengambilan teh ini boleh mengurangkan peluang anda untuk bersalin melebihi tempoh. Ia juga dipercayai boleh merangsang kontraksi dan melembutkan otot rahim.

Petua cepat bersalin #6 Kurma

Kurma dikenali sebagai makanan pembekal tenaga. Kurma juga dikatakan boleh pengaliran darah semasa bersalin serta mempercepatkan proses pengecutan rahim.

Petua cepat bersalin #7 Kelapa Muda

src=https://dynamic cdn.tinystep.in/image/admin panel image c34f2c49 013d 4da6 88cc 31ea3f38f09c 1519125259146.jpeg 7 Makanan Ini Buat Anda Cepat Kontraksi Dan Bersalin Sebelum Due Date!

Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan.

Pengambilan air kelapa sepanjang tempoh kehamilan akan dapat membantu dalam menjaga kesihatan ibu dan juga janin.

Tapi ingat, makanan cepat bersalin ini bukan dicadangkan oleh doktor pakar. Mungkin ada yang berkesan untuk anda atau ada yang tidak.

Kalau ibu-ibu pernah mencuba buah-buah di atas atau tahu makanan lain yang boleh mempercepatkan proses bersalin, jom kongsi di ruangan komen.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: MomJunction

Baca juga:

Cara cepat bersalin dengan membrane sweep untuk ibu hamil overdue

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!