Batuk Berkahak Hilang Hanya Dengan Buah Oren? Ini Petua Pasti Menjadi!

Berhari-hari batuk tak nak hilang? Ini cara hilangkan batuk berkahak mujarab yang mungkin boleh membantu anda mengatasi masalah ini.

Aduh, memang tak selesa bila selalu sangat batuk sampai nak buat aktiviti apa pun rasa tak selesa hingga menyebabkan orang sekeliling rasa kurang senang. Namun, kalau anda nak tahu sebenarnya ada banyak cara hilangkan batuk berkahak.

Bukan hanya makan ubat saja terus baik, tapi ia boleh dirawat dengan bahan yang ada dalam peti ais di rumah sahaja.

Tapi, biasalah satu petua tak jadi, maka kita akan rasa malas nak cuba pula cara hilangkan batuk berkahak yang lain takut jadi lebih teruk dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tak salah jika anda nak mencubanya dengan menggunakan buah oren dan garam ini.

Sebab ada yang dah cuba kata memang menjadi!

Cara hilangkan batuk berkahak dengan oren dan garam

cara hilangkan batuk berkahak

Kredit: themotherinlawskitchen.wordpress.com

 

Petua ini sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang mengalami batuk selama berbulan-bulan setelah anda puas mengambil semua jenis ubat batuk, antibiotik dan sebagainya tapi batuk tetap tak nak pulih.

Jadi, anda boleh mencuba cara hilangkan batuk berkahak ini yang merupakan amalan pengamal ubatan cina bagi mengurangkan masalah batuk berpanjangan. 

Baca juga: 6 Jenis Kahak Kanak-Kanak & Dewasa, Rupanya Ia Berkait Masalah Kesihatan Serius!

Cara hilangkan batuk berkahak: Langkah demi langkah

tips hilangkan batuk

1. Rendam buah oren atau limau di dalam mangkuk yang berisi air garam sekurang-kurangnya selama 15 minit. Proses ini dilakukan dengan tujuan untuk membersihkan buah tersebut.

2. Kemudian, potong bahagian atas oren dan tambahkan lebih kurang 1/2 hingga 1 sudu teh garam di atas permukaan yang telah anda potong tadi. Kalau boleh cucuk gunakan garfu supaya garam boleh masuk dalam buah oren ini.

3. Setelah itu letakkan oren dalam bekas kemudian masukkan dalam pengukus. Jika anda tidak anda pengukus di rumah, boleh juga letak dalam periuk belanga yang mempunyai penutup dan stim selama 15 minit.

4. Selepas dikukus, air akan terkumpul dalam oren tersebut yang boleh anda perah dan kemudian minum ketika masih panas.

Manfaat buah oren atau limau

cara hilangkan batuk berkahak

Kredit: Unsplash

 

Buah oren ini memiliki banyak kebaikan pada tubuh badan manusia yang dapat meningkatkan aliran air liur, melembapkan mulut, manfaat pada paru-paru malah oren dan limau juga berfungsi membuatkan mulut dan tekak berasa lembap. Secara tak langsung, oren ini dapat mengurangan kerengsaan yang menyebabkan gatal atau batuk.

Malahan, buah oren dalam Perubatan Cina juga sangat natural dan manis yang memberi banyak manfaat kepada perut dan limpa sekaligus ia bermaksud oren ini dapat memulihkan batuk kering yang sering menyerang anda. Selain itu, ia juga selamat untuk kegunaan dalam jangka masa yang panjang.

Pun begitu untuk limau pula, walaupun rasanya lebih berasid dan pahit namun ia masih berfungsi untuk melembapkan paru-paru, menghentikan batuk sekaligus membantu mengurangkan kahak di tekak. Walaubagaimanapun, jangan guna dalam tempoh masa yang panjang kerana mungkin menimbulkan ketidakselesaan pada perut.

Kelebihan buah oren yang ramai tidak tahu

cara hilangkan batuk berkahak

Kredit: Unsplash

#1. Diperkaya dengan Vitamin C

Buah oren merupakan sumber vitamin C terbaik di mana penting dalam penghasilan kolagen, protein dalam struktur tulang, otot dan saluran darah.

#2. Cantikkan kulit

Dengan kandungan Vitamin C yang tinggi dalam oren, ia dapat menggalakkan penghasilan kolagen untuk kulit yang bertindak sebagai pembuang pengoksidaan akibat pencemaran persekitaran atau sinaran UV.

#3. Mencegah Anemia

Meskipun buah oren tidak mempunyai zat besi yang baik namun kandungan asid askorbik dan asid sitrik yang tiggi boleh juga membantu badan untuk menyerap zat besi dalam sistem penghadaman.

#4. Kurangkan risiko strok

Dalam satu kajian yang dilakukan selama 14 tahun mendapati, pengambilan buah oren ini boleh mengurangkan risiko strok kerana kandungan flavanon dalam buah tersebut.

#5. Baik untuk mata

Buah oren kaya dengan beta-kriptoxantin dan Vitamin A kerana apabila kekurangan Vitamin ini ia boleh menyebabkan rabun malam.

#6. Menjaga kesihatan jantung

Oren mengandungi serat, kalium, potassium, kolina dan Vitamin C yang bagus untuk kesihatan jantung

#7. Mengelakkan sembelit

Kandungan pektin dalam buah oren dapat membantu mengawal masalah sembelit.

Semoga bermanfaat.

Batuk Berkahak Hilang Hanya Dengan Buah Oren? Ini Petua Pasti Menjadi!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Sirap Limau 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Rawatan Batuk Yang Mudah dan Berkesan – Ibu Hamil Mesti Cuba Ini Untuk Baik Dengan Segera!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!