Melegakan Batuk Anak Dalam Masa Hanya 3 Hari, Ibu Ini Kongsi Petua

Anak-anak anda dah batuk lama tapi masih tak baik-baik? Apa kata anda cuba petua daripada ibu ini. Beliau berjaya merawat batuk anaknya dalam masa 3 hari saja!

Musim sejuk di luar negara

Anda mesti tahu, di luar negara, musim sejuk merupakan musim paling ramai anak kecil malah orang dewasa dijangkiti selesema dan batuk

Carol Heaton, seorang ibu kepada dua orang anak, merasakan yang beliau telah mencuba segalanya untuk merawat selesema dan batuk anak-anaknya.

Namun tiada apa yang berkesan!

Menurut Carol, beliau telah mencuba pelbagai ikhtiar!

Beliau pernah guna balm bayu, semburan saline dan memastikan anaknya minum cukup air.

Namun anaknya masih tidak sihat malah mendapat jangkitan telinga dan terpaksa mengambil antibiotik pula!

Di saat Carol rasa tidak berdaya untuk membantu menyembuhkan anaknya, ahli keluarganya mencadangkan satu petua semula jadi ini.

Tanpa berfikir panjang, Carol terus mencubanya.

Petua tersebut adalah sirap gula bawang yang telah digunakan keluarganya bertahun lamanya.

Penawar magik 

Selepas beberapa jam memberikan ubat tersebut pada anaknya, Zavier – sesak nafas anaknya semakin hilang! 

Zavier juga tidur lebih nyenyak dengan batuk semakin berkurang.

Carol sangat terkejut melihat dengan matanya sendiri bagaimana Zavier semakin pulih. 

Anda hanya memerlukan dua bahan semulajadi ini dari dapur! Paling penting, ianya berkesan.

Bagaimana membuat “Sirap Gula Bawang”

Tujuan: Untuk batuk dan sesak nafas (sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas)

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk besar bawang dikupas
  • 3 sudu besar penuh gula putih
  • piring kecil

Cara-cara:

  1. Potong bawang besar-besar
  2. Tabur gula di atas bawang
  3. Biarkan di atas piring kecil untuk beberapa jam sehingga kelihatan jus dari bawang di atas pinggan.
  4. Berikan sesudu penuh kepada anak setiap satu jam

Nota: Adalah lebih baik untuk membuat sirap ini segar setiap hari

Bagaimana ia berkesan?

Anda pelik bagaimana bawang boleh membantu melegakan batuk?

Ha… Mari kita lihat beberapa info mengenai bawang yang mungkin anda tidak tahu;

  • bawang tinggi dengan sulfur yang membuatkan baunya kuat. Sulfur ialah bahan yang sangat bagus untuk menyahtoksin  badan. Makanan tinggi sulfur terbaik untuk menyingkirkan logam berat seperti plumbum, arsenik dan kadmium.

  • bahan makanan yang paling tinggi dengan quercitin. Bahan antioksidan yang membantu mencairkan darah, menurunkan kolesterol, mengurangkan darah beku, melawan asma, bronchitis, demam alergi, diabetis, arterosklerosis dan jangkitan.

  • bawang secara semula jadi ialah anti radang, antibiotik dan anti viral jika di makan.

  • bahan ‘expetorant’ semula jadi yang membantu mengurangkan kahak dan melegakan sesak nafas. Ia membantu dengan menipiskan pengeluaran kahak.
  • bawang juga adalah peransang sistem imunisasi semula jadi yang mengandungi vitamin C dan phytochemical yang meningkatkan fungsi vitamin C di dalam badan.

Nota: bawang kuning dikatakan lebih berkesan dari bawang besar merah manakala bawang besar putih dikatakan lebih berkesan dari bawang kuning.

Sekarang musim jerebu dan ramai sangat yang sakit bukan? Bolehlah cuba petua ni. Kongsikan pengalaman anda.

Baca juga fakta menarik tentang bawang putih!

Sumber: kidspot, healthybliss

Kredit gambar: Kidspot

Baca juga:

Rawat Selesema Dengan 7 Bahan Semulajadi Yang Disarankan Doktor Pakar