Petua hilangkan batuk dan selsema anak guna kentang ini sungguh mujarab!

lead image

Jika sebelum ini ada ibu yang kongsi tip guna gula dan bawang sebagai petua menghilangkan batuk anak, kali ini ada ibu yang guna kentang pula!

Petua hilangkan batuk bayi

Kaum ibu memang tidak asing lagi dengan pelbagai jenis petua. Lebih-lebih lagi dalam usaha hendak mengurangkan sakit anak-anak. Dan itu juga yang dikongsikan ibu ini, petua hilangkan batuk bayi yang diguna pakai untuk anaknya.

Bila anak sakit, ibulah yang paling tidak keruan. Jadi, memang segala jenis tip dan petua akan dicuba. Dari nasihat doktor hinggalah ke petua nenek moyang.

petua menghilangkan batuk, petua hilangkan batuk bayi

Kredit: New Kids Center

Berjumpa doktor tentulah menjadi keutamaan jika anak sakit. Tapi tidak salah juga untuk mencuba petua yang boleh dibuat di rumah (selepas berjumpa doktor), kan? Asalkan ianya tidak memudaratkan anak.

Petua hilangkan batuk bayi dengan kentang

Seperti petua menggunakan gula dan bawang oleh yang pernah dikongsikan sebelum ini, kini seorang ibu di California telah berkongsi petuanya yang menggunakan kentang pula!

Menurut Debbie, sebelum ini dia pernah terbaca tentang petua meletakkan kentang di dalam stokin bayi apabila mereka jatuh sakit.

Dan semasa anak kecilnya, Deairres terkena selsema dan batuk, Debbie meletakkan kentang selama 1 jam dalam stokin anaknya itu.

Selepas melakukan petua itu, Debbie mendapati anaknya tidak lagi sakit! Tiada batuk atau selesema. Malah tidur tanpa gangguan sepanjang 12 jam.

Perkongsian Debbit telah dikongsikan hampir 300,00 kali oleh ibu bapa lain hanya selepas seminggu. Kaki kentang menjadi petua yang sangat popular.

petua menghilangkan batuk, petua hilangkan batuk bayi

Dari Facebook milik Debbie

Petua hilangkan batuk bayi dengan kentang: betul atau kebetulan?

Penyelidik perubatan, Jenny Hill, melalui kajiannya dalam Healthy and Natural World, juga menyokong petua menghilangkan batuk anak seperti yang dilakukan oleh Debbie ini.

Menurutnya, kentang dipercayai mempunyai sifat anti-toksik yang boleh membunuh bakteria dan virus. Dan pengetahuan ini telah diguna pakai sejak zaman purba Cina dan Mesir. 

Jadi, adalah tidak mustahil untuk ibu bapa menggunakan petua ini dalam merawat anak-anak. Walaubagaimanapun, kalau keadaan anak masih tiada perubahan atau semakin teruk, pantas bawa mereka ke hospital, ya!

Jika anda ingin mencuba petua hilangkan batuk bayi ini, begini caranya:

  • hiris sebiji kentang lebih kurang 1/8 inci
  • letakkan dalam stokin yang anak anda sedang pakai
  • biarkan semalaman

petua menghilangkan batuk, petua hilangkan batuk bayi

Menurut ibu-ibu yang telah mencuba, bukan saja cara ini mengurangkan batuk dan selsema, ia juga dapat menurunkan demam anak!

Laman WebMD, telah memaparkan yang kentang mempunyai sifat anti bakteria. Dan kentang mentah amat terkenal sebagai membantu mengurangkan simptom artritis, jangkitan, melecur dan sakit mata.

Jika digunakan untuk membuat jus, kentang boleh membantu masalah perut tidak selesa dan kembung. Jika dijadikan serbuk dan dicampurkan dengan air, ia boleh membantu mengurangkan berat badan.

Menarik bukan? Walaupun awalnya petua menghilangkan batuk selsema ini hanya dengan sepotong kentang di dalam stokin.

Namun begitu, janganlah menggunakan asalan ini untuk menidakkan anak anda mendapat rawatan doktor.

Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu tentang keadaan anak anda. Jika bukan apa-apa yang serius, sokong pemulihan anak anda dengan petua seperti ini.

Anda boleh membaca perkongsian penuh dari Debbi Vigan’s di pautan ini.

 

 

 

Sumber: theAsianparent SingaporeWebMDHealthy and Natural World

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

Petua Tradisi Nenek Saya Ini Akan Bantu Anak Anda Atasi Jangkitan Penyakit di Daycare