9 Petua Mudah Bersalin Anak Sulung, No #7 Paling Akan Membantu Ibu

Bersalin anak sulung memang mendebarkan kerana kita tak tahu apa yang nak dijangka. Harapnya 9 petua mudah bersalin anak sulung ini dapat membantu anda!

Nak bersalin anak sulung ni perasaan memang bercampur-baur. Lagi-lagi bila dah dekat due date

Rasa tak sabar, takut, nervous, semualah! Sudahlah tak ada pengalaman, tak tahu apa rasa sakit yang selalu orang ceritakan tu.

Haa… Jangan risau. Hari ini, kami sediakan petua mudah bersalin anak sulung untuk persediaan anda menghadapi hari yang paling bermakna dalam hidup anda.

Jom kita baca!

9 petua mudah bersalin anak sulung – Anda wajib buat!

#1 Petua mudah bersalin anak sulung: Persediaan dari segi mental dan rohani

petua mudah bersalin anak sulung, cara melahirkan anak pertama, petua mudah bersalin, mudah bersalin, cara bersalin normal, cara mudah bersalin normal, cara mudah bersalin, bersalin mudah, petua beranak

Bila bercakap tentang persediaan, bukan saja persediaan fizikal seperti beli barang anak dan pilih hospital bersalin saja yang penting. Persediaan mental dan rohani juga sangat penting untuk memudahkan proses bersalin. 

Yakin pada kemampuan diri anda. Jika orang lain boleh buat, kenapa anda tidak? Selain itu, banyakkan berdoa supaya dipermudahkan urusan. Kuasa doa ini memang tak ada tandingannya. Doa kan senjata?

#2 Cara melahirkan anak pertama: Kekal cergas

petua mudah bersalin anak sulung, cara melahirkan anak pertama, petua mudah bersalin, mudah bersalin, cara bersalin normal, cara mudah bersalin normal, cara mudah bersalin, bersalin mudah, petua beranak

Menurut Tekoa King, bidan dan professor madya Obstetrik dan Ginekologi di Universiti California,

“Kecergasan akan meningkatkan ketahanan, dan jika anda boleh bertoleransi dengan sakit bersalin, risiko untuk anda mendapat bantuan perubatan juga akan berkurang.”

Jadi jangan jadikan mengandung sebagai alasan untuk anda tak bersenam. Banyakkan berjalan, berenang atau mengambil kelas senaman untuk wanita mengandung bagi meningkatkan kecergasan anda.

Tapi jangan lupa minta nasihat doktor dulu!

#3 Petua mudah bersalin anak sulung: Ambil kelas bersalin

petua mudah bersalin anak sulung, cara melahirkan anak pertama, petua mudah bersalin, mudah bersalin, cara bersalin normal, cara mudah bersalin normal, cara mudah bersalin, bersalin mudah, petua beranak

Ramai orang yang tak sedar dengan kebaikan dan faedah kelas bersalin ini. Malah, ramai yang tak tahu ada hospital-hospital yang menyediakan kelas bersalin untuk ibu mengandung.

Kelas bersalin ini akan membantu anda untuk belajar teknik-teknik yang perlu anda tahu untuk memudahkan urusan anda ketika bersalin seperti teknik pernafasan yang betul.

Cari kelas bersalin yang tak ramai orang dan pengajar yang bertauliah dan join kelas ini!

#4 Cara melahirkan anak pertama: Alihkan tumpuan anda

petua mudah bersalin anak sulung, cara melahirkan anak pertama, petua mudah bersalin, mudah bersalin, cara bersalin normal, cara mudah bersalin normal, cara mudah bersalin, bersalin mudah, petua beranak

Untuk ibu yang pertama kali mengandung, sakit kontraksi akan bertahan sehingga 12 ke 14 jam. Jika anda risau dan mula mengira kontraksi serta terlalu memikirkan rasa sakit, ia akan memenatkan anda. 

Jadi apa yang anda boleh lakukan adalah sibukkan diri anda dengan aktiviti seperti berjalan atau mandi, tak pun memasak untuk buat anda lupa tentang kesakitan yang anda rasai.

#5 Petua mudah bersalin anak sulung: Jangan biar perut kosong!

petua mudah bersalin anak sulung, cara melahirkan anak pertama, petua mudah bersalin, mudah bersalin, cara bersalin normal, cara mudah bersalin normal, cara mudah bersalin, bersalin mudah, petua beranak

Pastikan anda makan sedikit sebelum bersalin kerana anda perlukan tenaga untuk meneran!

Jangan lupa untuk minum air yang secukupnya juga sebab sakit kontraksi memang buat kita dahaga.

Tapi, jangan pula makan terlalu banyak, kerana ia akan buat anda rasa nak muntah apabila sakit semakin kuat.

#6 Cara melahirkan anak pertama: Mandi

petua mudah bersalin anak sulung, cara melahirkan anak pertama, petua mudah bersalin, mudah bersalin, cara bersalin normal, cara mudah bersalin normal, cara mudah bersalin, bersalin mudah, petua beranak

Sakit akan buatkan otot badan anda tegang. Cara yang paling mujarab untuk mengurangkan ketegangan otot adalah dengan mandi air suam. 

Halakan kepala shower pada bahagian yang sakit untuk mendapat kelegaan seperti berurut.

#7 Petua mudah bersalin anak sulung: Berurut

petua mudah bersalin anak sulung, cara melahirkan anak pertama, petua mudah bersalin, mudah bersalin, cara bersalin normal, cara mudah bersalin normal, cara mudah bersalin, bersalin mudah, petua beranak

Bila lagi nak buli cik abang kalau bukan masa sakit nak bersalin ni? Kajian juga mengatakan wanita yang mendapat urutan dari pasangan mereka merasa kurang sakit dan cemas semasa bersalin. 

Jadi suruh suami berikan urutan pada tempat yang sakit.

Anda mungkin perlukan urutan semasa peringkat awal kontraksi. Tapi bila dah makin sakit, suami jangan berani sentuh pula!

#8 Cara melahirkan anak pertama: Jangan baring

Buat banyak gerakan semasa hendak bersalin akan membantu anda untuk mengurangkan ketidakselesaan dan juga mempercepatkan bukaan servik.

Berdiri, melutut dan mencangkung akan sangat membantu anda memudahkan proses bersalin.

#9 Petua mudah bersalin anak sulung: Bernafas

petua mudah bersalin anak sulung, cara melahirkan anak pertama, petua mudah bersalin, mudah bersalin, cara bersalin normal, cara mudah bersalin normal, cara mudah bersalin, bersalin mudah, petua beranak

Bernafas dengan teratur bukan saja boleh mengurangkan sakit, ia juga boleh membantu anda untuk kekal tenang. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. 

Fikirkan kenangan yang indah atau tempat yang cantik untuk buat anda kekal tenang.

Harapnya petua mudah bersalin anak sulung ini dapat membantu anda untuk memudahkan urusan bersalin. Jika ada nak tambah petua, boleh kongsikan di ruangan komen. Selamat bersalin!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-cepatkan-bukaan-rahim

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!