Cara mudah bersalin untuk ibu hamil, jom amalkannya dari sekarang!

Tahukah anda terdapat banyak cara mudah bersalin yang boleh diamalkan supaya mendapat proses bersalin yang mudah dan lancar? Mungkin anda boleh mencubanya!

Banyak kisah bersalin yang kita dengar melalui pengalaman orang sekiling. Ada yang berjam-jam di dalam bilik bersalin, ada yang tidak sampai satu jam. Pengalaman yang berbeza-beza itu membuatkan anda terfikir, ada ke cara mudah bersalin?

Saya yakin, semua ibu mengandung mahukan proses melahirkan yang lancar dan selamat.

Memang saat melahirkan itu sendiri di luar kawalan kita. Tetapi, tahukah anda terdapat banyak petua yang boleh diamalkan supaya mendapat proses melahirkan yang mudah dan lancar.

10 Cara Mudah Bersalin Yang Patut Anda Amalkan Sekarang!

Berikut adalah antara petua yang boleh anda amalkan:

  • Bersujud

Tahukah anda posisi sujud bagus untuk memudahkan bukaan bersalin? Selain itu, posisi ini juga bagus untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi.

  • Zikir nabi Yunus A.S

Antara zikir yang disarankan untuk diamalkan ketika hendak bersalin. Zikir nabi Yunus a.s di dalam perut ikan.

cara mudah bersalin, petua mudah bersalin

Foto ehsan ummuzuhayr

  • Surah Maryam

Salah satu surah yang sangat sesuai diamalkan bagi tujuan memudahkan proses bersalin.

  • Mencangkung

Banyakan pergerakan mencangkung. Perbuatan ini akan membantu memudahkan bukaan bersalin terbuka.

  • Banyak berjalan

Ini antara petua yang kita sering dengar bukan? Banyak berjalan juga merupakan salah satu cara memudahkan bukaan bersalin terbuka.

  • Bekalan tenaga

Proses bersalin merupakan satu proses yang sangat memenatkan dan memerlukan tenaga yang banyak. Minum air yang memberi tenaga seperti susu badam atau makan makanan yang banyak memberi tenaga seperti kurma.

  • Teknik pernafasan

Menguasai teknik pernafasan adalah sangat-sangat penting. Teknik pernafasan beritma boleh membantu anda bertenaga semasa proses melahirkan.

  • Meneran

Meneran semasa bersalin sangat memerlukan tenaga yang banyak. Cara meneran dengan betul akan membantu mengurangkan risiko terkoyak dan luka. Antar yang anda perlu ingat ialah jangan mengangkat punggung ketika meneran.

  • Kurangkan berehat

Anda mungkin pelik dengan petua ini. Sebenarnya, bukan tidak boleh berehat, cuma, semasa hamil elok perbanyakan senaman ringan bagi memudahkan proses melahirkan. Banyak berehat akan mengurangkan stamina anda untuk menghadapi proses bersalin.

  • Urutan perineum 

Urutan perineum ini dapat membantu memudahkan proses kelahiran dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Urutan ini digalakan dilakukan di antara bahagian dubur dan faraj bermula dari kandungan berusia 34 minggu sehinggalah ke saat kelahiran. 

cara mudah bersalin, petua mudah bersalin

Foto ehsan maziahismail

Cara-cara urutan perineum untuk cara mudah bersalin:

– pastikan kuku dipotong pendek dan bersih, cuci dahulu tangan denagn sabun dan bilas hingga bersih.

– gunakan minyak kelapa dara.

– letakkan beberapa titis minyak di atas ibu jari.

– duduk dalam keadaan mencangkung atau posisi yang selesa.

– masukkan ibu jari dalam 1 inci kedalam vagina dan urut bahagian seperti di gambar di atas sambil menekan kebawah sedikit.

– tekan otot perineum kebawah dalam bentuk pusingan U selama beberapa minit.

– lakukan setiap hari atau selang sehari, otot bahagian ini akan menjadi lebih lembut dan elastik serta akan memudahkan baby keluar tanpa koyakan.

Demikianlah beberapa petua yang disarankan untuk diamalkan bagi mendapat proses kelahiran yang mudah.

Apakah petua yang anda amalkan? Kongsikan dengan kami agar boleh dimanfaatkan oleh ibu-ibu lain.

Sumber: Soleh

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!