Petua Pelik Mengesan Jantina Bayi Di Dalam Kandungan Anda

undefined

Selain menceritakan pengalaman hamil yang menarik dan kadang-kala pelik, salah satu perkara yang mengujakan ialah meneka jantina bayi di dalam kandungan kita.

Bagi kebanyakan orang, cara paling mudah mengesan jantina anak ialah melalui ultrasound.

Namun,petua pelik orang dahulu tentang bagaimana mengesan jantina bayi yang dikandung juga sangat menarik. Memandang ianya hanyalah petua orang dahulu, ia tidak semestinya tepat. Tetapi, jangan terkejut jika ada yang menepati dengan apa yang anda lalui 🙂

Cara mengesan jantina anak: #1. Kulit

jantina anak

Adakah cara mengesan jantina anak boleh dilakukan dengan melihat perubahan kulit ketika hamil? Ada yang mengalami kulit kering, ada yang mengalami kulit lebih berminyak. Menurut kata orang-orang tua, jika anda mengalami kulit yang berminyak dan kadang-kala hingga menyebabkan pertumbuhan jerawat yang banyak, anda sedang hamil bayi perempuan.

Sebaliknya, jika anda mengalami kulit kering atau tidak banyak perubahan pada kulit anda, anda bakal menimang bayi lelaki. Bak kata orang dahulu, bayi perempuan mengambil seri ibu manakala bayi lelaki memberi ibu seri.

2. Berat badan
Memang normal untuk wanita yang hamil mengalami pertambahan berat badan. Namun, sebaliknya untuk pasangan kita. Bagi pasangan yang turut mengalami pertambahan berat badan, anda mungkin bakal mendapat bayi perempuan dan sebaliknya jika pasangan tidak bertambah berat badan.

3. Ketinggian perut
Jika anda perhatikan perut anda di hadapan cermin, anda akan dapat lihat ketinggian perut anda. Kedudukan perut yang tinggi ialah apabila ia hampir dengan payu dara, anda mungkin sedang menghamilkan bayi perempuan. Dan jika perut anda di kedudukan yang rendah, bayi lelaki sedang menunggu.

4. Pengalaman mengandung anak lelaki suka makan masam

pengalaman mengandung anak lelakiSemasa hamil si ibu akan lebih cenderung menggemari sesuatu makanan atau masakan. Cuba fikir kembali, anda lebih menggemari sesuatu yang manis seperti kek atau biskut, atau sesuatu yang masin, masam atau lebih banyak protein?

Selalunya, mereka yang hamil bayi perempuan lebih menggemari manis dan jika anda menggemari makanan masin dan masam, anda bakal mempunyai bayi lelaki. 

5. Ujian serbuk penaik
Ujian ini dikatakan mempunyai ketepatan 80%. Selepas membuang air kecil, letakan dua sudu besar serbuk penaik ke dalam air tersebut. Jika ia berbuih, anda bakal melahirkan bayi lelaki dan sebaliknya, bayi perempuan.

6. Tekstur rambut
Perubahan ini jarang diperhatikan. Tetapi, jika rambut anda seakan kusut dan kusam, anda bakal melahirkan bayi perempuan. Dan jika rambut anda tebal dan berkilat, anda bakal melahirkan bayi lelaki.

7. Degupan jantung
Cuba anda perhatikan degupan jantung bayi anda di ultra scan yang seterusnya. Jika degupan jantungnya melebihi 140, anda bakal mendapat bayi perempuan. Dan jika degupan kurang dari 140, ianya bayi lelaki.

8. Bulu roma
Seperti rambut anda, perubahan juga boleh berlaku pada bulu roma di tubuh anda. Pertumbuhan bulu roma yang cepat dan tebal menunjukkan yang anda bakal melahirkan bayi lelaki. Jika tiada perubahan, maka anda mungkin bakal mendapat bayi perempuan.

9. Saiz kaki
Pertambahan saiz kaki menunjukkan yang anda mungkin bakal mendapat bayi lelaki. Namun jika saiz kaki anda masih sama seperti sebelum anda hamil, ia mungkin bayi perempuan.

10. Bentuk badan
Berat badan yang bertambah ketika hamil adalah normal. Namun, jika berat badan anda naik dan boleh dilihat secara menyeluruh, anda mungkin hamil bayi perempuan. Sebaliknya jika badan anda tidak mengalami perubahan yang ketara kecuali perut anda, anda mungkin bakal mendapat bayi lelaki.

Ini semua hanyalah sekadar petua orang dahulu dan ianya mengujakan untuk dilakukan. Pernahkah anda melakukan salah satu daripadanya? Bagaimanakah keputusannya? Kongsikan dengan kami.

Sumber: parenting, todays parent, little things

 

Baca juga:

my.theasianparent.com/perkara-yang-harus-diketahui-sebelum-menjadi-ibu-atau-ayah

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!