Pewarna Rambut Halal Terbaik! Ini Senarai Pewarna Rambut Yang Boleh Digunakan Tanpa Was-Was, Ibu Hamil Pun Boleh Cuba
Ibu hamil yang ingin mewarna rambut untuk menaikkan penampilan diri, kami ada senaraikan pewarna rambut halal yang selamat untuk ibu di sini.
Sebagai wanita, menjaga penampilan adalah sesuatu yang perlu dititikberatkan. Tidak hairanlah mengapa ramai wanita seringkali mengubah penampilan diri dari segi fesyen, solekan wajah, dan dandanan serta warna rambut! Tapi ramai yang gusar kalau mewarna rambut ni, mana nak cari pewarna rambut halal bukan?
Pastinya ada dalam kalangan wanita terdetik untuk mewarnakan rambut, dan sebenarnya terdapat banyak pilihan pewarna rambut halal ada di pasaran. Pewarna rambut halal yang dimaksudkan adalah bukan sekadar bebas dari unsur-unsur kekejaman, ia juga tidak mengandungi bahan-bahan berasal dari haiwan. Selain itu, ia lut air untuk memastikan ianya mesra wuduk.
Namun masih ramai wanita tidak berani mewarna rambut mereka kerana tidak tahu bagaimana untuk memulakannya terutamanya dari segi pemilihan produk dan colour rambut.
Mewarna Rambut Dengan Selamat Ketika Hamil
Walaupun anda sedang hamil, keadaan ini bukanlah halangan untuk mengubah warna dan rambut agar lebih kelihatan menawan. Namun, sebelum memutuskan untuk mewarna rambut ada baiknya anda pastikan bahan-bahan yang ada pada color rambut itu selamat untuk ibu hamil ya.
Ibu juga boleh menggunakan color rambut yang menggunakan bahan semula jadi yang pastinya terjamin akan keselamatannya misalnya, ibu boleh menggunakan color rambut berasaskan inai atau henna. Terdapat beberapa panduan lain yang boleh ibu ikuti sebelum mewarna rambut seperti di bawah;
- Mewarna rambut sebaiknya dilakukan pada trimester ke-2. Ini disebabkan di bawah usia kehamilan 12 minggu janin sedang mengalami perkembangan yang pesat di dalam tubuh ibu, oleh itu ia lebih selamat dan tidak mengganggu perkembangan janin ketika trimester kedua.
- Lakukan ujian pada kulit terlebih dahulu sebelum melakukan color rambut secara keseluruhan. Tujuannya untuk melihat adanya kemungkinan alergi.
- Pilih pewarna rambut halal yang selamat untuk ibu hamil dengan komposisi bebas ammonia dan paraben.
- Pilih warna yang lembut dan serasi untuk kulit ibu. Jangan sampai menyesal setelah mewarna rambut hanya kerana cat rambutnya tidak sesuai untuk kulit ibu ya.
- Apabila anda memulakan proses mewarnakan rambut, pastikan ibu berada di ruang persekitaran yang terbuka. Buka tingkap untuk memastikan udara dapat masuk dan toksik dapat keluar.
- Jika anda mewarnakan rambut secara sendiri, pastikan anda memakai sarung tangan dan baju lengan panjang. Pastikan anda mencuci rambut dengan sebersihnya apabila selesai warnakan rambut.
- Pastikan salon yang membantu ibu untuk colour rambut memiliki peralatan yang selamat digunakan untuk ibu hamil.
- Jika perlu, sebelum colour rambut dapatkan nasihat daripada doktor anda.
Panduan Memilih Pewarna Rambut Halal
Sebelum mewarnakan rambut baca dulu ya panduan di bawah ini:
1. Sesuaikan warna dengan rambut
Sebelum mewarna rambut, pilih warna yang bersesuaian dengan karakter dan warna kulit anda. Anda boleh melihat dahulu foto-foto selebriti yang warna kulitnya sama dengan anda dan lihat warna rambut apa yang sesuai dengan mereka. Kemudian anda boleh mencuba dahulu di bahagian rambut yang tidak terlalu nampak. Dengan cara ini, anda tidak akan terkejut dengan hasilnya nanti.
2. Kenali jenis rambut anda
Setiap wanita pastinya tahu jenis rambut masing-masing. Jika anda mempunyai jenis rambut normal, tidak ada masalah untuk anda mengenakan apa jua warna namun jika anda mempunyai rambut jenis kering, ada kalanya warna yang dipilih kelihatan berbeza dengan warna rambut asli.
Untuk anda yang pertama kali mahu mewarna rambut, seeloknya pilih warna yang natural atau tidak terlalu menyerlah ya!
3. Pilih produk pewarna rambut halal yang mengandungi vitamin
Rambut yang diwarnakan umumnya mudah mengalami masalah kekeringan. Jadi lebih baik jika anda memilih pewarna rambut halal yang mempunyai kandungan vitamin yang boleh menjaga kelembapan rambut dan kulit kepala supaya rambut kekal sihat.
Jangan sembarangan memilih produk tanpa menyemak sama ada kandungannya selamat digunakan ataupun tidak. Jika pilih produk pewarna rambut halal yang betul, tidak akan ada masalah rambut rosak selepas diwarnakan!
8 Pewarna Rambut Halal Terbaik
Jika anda masih was-was jangan bimbang, di sini kami senaraikan 8 warna rambut halal terbaik untuk anda jadikan rujukan, kalau yakin, boleh terus klik dan beli!
[product-comparison-table title="10 Pewarna Rambut Halal Terbaik"]
Garnier Color Naturals Hair Color
Pewarna Rambut Halal Terbaik Variasi Warna Orang Asia
Hadir dengan 11 jenis warna, anda tak perlu pening lagi memilih warna kerana hampir kesemuanya bersesuaian dengan anda kerana ia direka khas untuk warna kulit wanita di Malaysia.
Anda boleh memilih dari warna hitam semulajadi, coklat gelap, coklat, coklat caramel, coklat keemasan, atau tampil kelainan dengan warna-warna berani seperti burgundy, red berry, midnight blue, plum red, cranberry red, atau raspberry red.
Pewarna rambut dari jenama Garnier Hair Color ini mengandungi tiga jenis minyak semula jadi iaitu minyak zaitun, minyak avocado dan minyak badam yang memberikan anda rambut yang lembut dan berkilat.
Tambahan pula, Garnier Hair Color ini tidak mengandungi ammonia yang boleh merosakkan rambut anda dan paling penting, ia telah disahkan halal dan telus air, jadi wanita muslimah boleh mewarnakan rambut dengan hair coloring ini dan boleh dibawa bersolat. Usah ragu-ragu ya!
Apa yang kami suka:
- Garnier Hair Color mudah didapati di drugstore berdekatan pada harga yang cukup berpatutan
- Bancuhan pewarna berbau wangi
- Warna bertahan sehingga 8 minggu
Shurah Hair Color
Pewarna Rambut Halal Terbaik Mesra Pengguna
Jenama kecantikan halal ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah lama bertapak di negara kita malah produk pewarna rambutnya amat mendapat tempat di hati pengguna kerana tertarik dengan trademark yang digunakan iaitu ‘yakin dan suci’ iaitu pewarna rambut Shurah.
Shurah pewarna rambut menggunakan ekstrak inai sebagai bahan utamanya. Ia juga mengandungi susu kambing yang dapat membekalkan khasiat pada kulit kepala anda untuk melembap dan menyuburkan rambut agar lebih sihat, lembut dan mudah diurus. Menarik bukan? Di kala mewarna rambut, malah rambut juga akan tumbuh subur dengan sihat.
Bukan itu sahaja, pati sari botani pula dapat memelihara kutikel rambut anda untuk rambut yang lebih sihat dan licin agar menyerlahkan penampilan diri anda. Malah, rambut anda juga akan terlindung daripada sinaran UV, jadi mahkota wanita akan tetap terpelihara dengan Shurah pewarna rambut ini.
Kalau rasa baru ingin mencuba, pewarna rambut Shurah ini turut dijual dalam bentuk pek kecil. Pewarna rambut Shurah ini juga didatangkan bersama pelembap, milk activator dan sarung tangan bersama manual penggunaan. Mudah kan bila semuanya disertakan sekaligus?
Apa yang kami suka :
- Turut mengandungi panthenol yang mampu memberikan anda rambut yang licin, tidak kusut dan kuat!
- Terdapat 7 pilihan warna. Semua pun cantik
- Harganya murah sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet terhad
- Kepala terasa sejuk dan nyaman selepas memakainya kerana kandungan inai
- Selamat untuk ibu hamil
Gumash Nourishing Hair Color
Pewarna Rambut Halal Terbaik Jenama Lokal
Antara pewarna rambut premium halal yang cukup dikenali ramai, Gumash diiktiraf oleh 2 panel syariah yang dilantik khas bagi produk ini untuk meneliti keseluruhan kandungan pewarna rambut ini. Jadi, ibu jangan bimbang akan keselamatannya.
Menggunakan minyak argan sebagai kandungan utama, ia dapat meningkatkan keanjalan rambut serta menjadikan rambut lebih bersinar dan cantik. Produk ini juga mengandungi cocoa butter yang dapat membantu melembapkan rambut, memudahkan pengurusan rambut, dan menghalang sebarang kerosakan pada rambut.
Yang bestnya lagi, ia hadir dengan 6 warna yang menarik iaitu hitam, coklat, merah gelap, burgundy, chestnut dan copper, serta jika anda seorang yang kreatif anda boleh menggabungkan dua warna untuk hasil yang lebih trendy. Jika ragu-ragu, anda boleh menggunakan khidmat salun rambut.
Harganya lebih mahal berbanding jenama-jenama lain kerana pewarna rambut ini didatangkan bersama set lengkap penjagaan rambut ketika dan selepas mewarna rambut iaitu krim pewarna, losyen rambut, repairing mask, penutup kepala dan sarung tangan plastik. Berbaloi bukan dapat semua ini?
Apa yang kami suka:
- Pewarna rambut paling sesuai untuk menutup uban
- Sentiasa mendapat review yang baik dalam kalangan pengguna di media sosial
- Dihasilkan tanpa paraben dan ammonia yang berbahaya
Inai Rambut Premium InaiDamia
Pewarna Rambut Halal Terbaik Berasaskan Inai
Sejak dahulu lagi nenek moyang kita menggunakan daun inai untuk merawat pelbagai masalah rambut.
Bukan sekadar pewarna rambut semula jadi, daun inai dapat menyihatkan, menguatkan rambut, dan juga sangat berkesan untuk mengawal kelemumur, disamping memberi warna yang menarik pada rambut.
Agak sukar mencari pokok inai di bandar kan? Jika ada pun, proses membuat inai untuk diletakkan di kepala agak rumit. Jadi apa kata anda cuba sahaja produk keluaran InaiDamia ini yang menggunakan 100 peratus daun inai asli yang diimport dari India.
Untuk mengekalkan keaslian dan khasiat daun inai, inai rambut keluaran InaiDamia ini hanya menambah kandungan air teh dan air limau sahaja untuk memberi lebih nutrisi kepada rambut.
Hadir dalam pouch dengan berat 250 gram, inai untuk mewarnakan rambut ini juga boleh digunakan pada jari. Justeru, anda tak perlu beli inai berasingan untuk mencantikkan kuku ketika di hari bahagia.
Selain tidak mengandungi sebarang bahan pewarna yang tidak elok untuk rambut dan kulit kepala, ia juga telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) dan paling bagus, ia tidak akan menyebabkan pengelupasan pada kulit kepala.
Apa yang kami suka:
- Tiada pewarna tambahan, warna asli dari daun inai
- Selamat untuk ibu hamil
- Halal dan sah wuduk
- Mempunyai aroma inai
- Kuantiti 1 pek cukup untuk rambut paras bahu
- Jangka hayat selama setahun jika disimpan dalam peti sejuk bahagian sejuk beku
L’Oreal Professionnel Majirel
Pewarna Rambut Halal Terbaik Pilihan Penggaya Rambut Di Salon
Pasti anda pernah melalui situasi ingin mendapatkan khidmat pendandan rambut untuk mewarna rambut tetapi akhirnya anda mengambil keputusan untuk mewarna sendiri di rumah kerana memikirkan produk yang digunakan di salun tidak halal dan tidak telap air.
Jangan risau kerana kebanyakan salun kini menggunakan pewarna rambut L’Oreal Professional Majirel yang bebas daripada bahan berasaskan haiwan, bahkan telah diuji ketelapannya. Jadi ianya adalah pewarna rambut halal!
Mempunyai lebih daripada 40 pilihan warna, jenama ini menawarkan kepada pendandan rambut pilihan palet dan pigmen yang tinggi bagi memudahkan mereka untuk menghasilkan warna yang menawan dan unik kepada pelanggan.
Jika anda mahukan warna rambut grey atau warna rambut brown, pewarna rambut ini adalah pilihan terbaik!
Pewarna rambut ini memberikan hasil warna yang mewah serta mampu bertahan lama dengan memberi litupan sempurna walaupun rambut beruban.
Apa yang kami suka:
- Rambut tidak berasa kering, keras dan lembut
- Kebanyakan salon menggunakan jenama ini
- Warna tahan lama
- Boleh bereksperimentasi dengan warna kerana pilihan warna yang banyak termasuklah warna rambut grey dan warna rambut brown
Hennis Premium Henna Paste
Pewarna Rambut Halal Terbaik Rawat Masalah Rambut
Inai rambut asli dari jenama Hennis ini diperbuat daripada 100 peratus daun inai asli tanpa campuran bahan pewarna tiruan serta bahan-bahan kimia yang berbahaya.
Diyakini suci dan halal serta mesra wuduk kerana telah terbukti telap air, Henna Paste ini telah dibancuh dengan air teh dan air perahan limau sahaja jadi ia amat selamat digunakan oleh wanita hamil.
Bukan sekadar mewarna rambut, inai rambut Hennis Premium Henna Paste juga mampu merawat pelbagai jenis masalah rambut dan kulit seperti kelemumur, rambut gugur, rambut bercabang, rambut kering, rambut rosak serta merawat kulit kepala berminyak. Menarik kan?
Apa yang kami suka :
- Boleh disapu pada kulit untuk merawat luka, kuku bercagu atau kuku rapuh
- Boleh dijadikan inai di jari
- Percuma topi mandian dan sarung tangan
BSY Noni Black Hair Magic
Pewarna Rambut Halal Terbaik Untuk Masalah Uban
Noni Black Hair Magic ini sangat baik untuk anda yang mengalami masalah uban di mana penggunaan berterusan sebanyak 4 kali sebulan dapat mengekalkan rambut hitam dan sihat.
Yang penting ia diformulasikan selamat dan sihat untuk digunakan ibu hamil kerana ia diekstrak daripada khasiat buah mengkudu. Selain itu, kandungan Ginseng dalam pewarna rambut ini akan meresap masuk ke dalam kulit kepala dan mengaktifkan sel melanocyte yang menghasilkan melanin yang akan menumbuhkan rambut baru yang hitam berkilau.
Formula saintifik tanpa bahan kimia ini tidak akan merosakkan rambut serta mengekalkan rambut agar hitam dan sihat.
Apa yang kami suka :
- Dapat mengatasi masalah kelemumur dan gatal kulit kepala
- Menguatkan akar rambut untuk mengatasi masalah keguguran rambut
- Hanya dengan cucian selama 7 hingga 10 minit, rambut akan terus hitam
- Harganya yang sangat murah
- Selamat untuk ibu hamil
Revlon ColorSilk Beautiful Color
Pewarna Rambut Halal Terbaik Tahan Lama
Produk ini direka khas untuk mereka yang ingin memiliki rambut dengan warna semula jadi. Dengan teknologi gel warna 3D daripada Revlon, warna kelihatan semula jadi dan lebih tahan lama.
Warna rambut anda juga tidak akan cepat pudar setelah menggunakan pewarna rambut ini. Dengan diformulasikan daripada protein sutera sekaligus dapat memperbaiki kerosakan pada helaian rambut anda yang sering terjadi pada rambut yang telah diwarnakan.
Yang bestnya lagi, rambut akan jadi lebih lembut kerana ia tidak mengandungi amonia yang boleh mengeringkan rambut. Terdapat pelbagai pilihan warna yang menarik seperti coklat sederhana, hitam, auburn dan burgundy.
Jangan risau bahan yang terkandung dalam color rambut ini telah disahkan halal.
Apa yang kami suka :
- Terdapat perlindungan UV
- Mempunyai kandungan keratin untuk mengelak rambut menjadi kering
Perbandingan Harga Pewarna Rambut Halal Terbaik
Jenama | Harga |
Garnier Color Naturals Hair Color | RM16.88 |
Shurah | RM15.39 |
Gumash Nourishing Hair Color | RM32.00 |
Inai Rambut Premium InaiDamia | RM17.00 |
L’Oreal Professional Majirel | RM27.00 |
Hennis Premium Henna Paste | RM42.00 |
BSY Noni Black Hair Magic | RM2.50 |
Revlon ColorSilk Beautiful Color | RM14.95 |
Cara Mewarna Rambut Dengan Selamat Di Rumah
Bereksperimen dengan variasi warna rambut memang boleh membuatkan penampilan tampak lebih menarik tetapi mewarna rambut sendiri di rumah mungkin merumitkan bagi sebahagian orang sedangkan ia sama sekali tidak sukar. Berikut adalah cara-cara mewarna rambut dengan selamat di rumah:
1. Pilih produk rambut yang betul
Langkah pertama yang boleh dilakukan sebelum mewarna rambut sendiri di rumah adalah memilih produk pewarna rambut yang tepat. Pilih produk yang memiliki formula yang tidak mudah tumpah atau comot kerana aplikasinya akan menjadi lebih mudah walaupun dilakukan sendiri di rumah.
2. Siapkan kelengkapan yang diperlukan
Selanjutnya, siapkan segala peralatan yang diperlukan untuk mewarna rambut sendiri di rumah. Bermula dari produk pewarna rambut pilihan, mangkuk bukan logam sebagai bekas pewarna, brush atau sikat untuk mengaplikasikan pewarna rambut, beberapa penyepit rambut, sarung tangan dan kain yang diletakkan di atas bahu untuk melindungi pakaian dari pewarna yang menitis.
3. Pisahkan rambut menjadi beberapa bahagian
Teknik yang tepat sangat penting untuk membuat hasil pewarnaan jadi lebih maksimum. Tekniknya, pisahkan rambut menjadi beberapa bahagian dan gunakan penyepit untuk menahan rambut agar tidak jatuh. Hal ini sangat penting untuk memudahkan aplikasi pewarna rambut agar lebih merata.
4. Cara mengaplikasikan pewarna rambut
Campurkan pewarna rambut dalam sebuah bekas dan gunakan brush khusus sebagai aplikatornya. Fokus pada satu bahagian rambut dan mulailah proses aplikasinya hingga merata. Jangan lupakan bahagian hujung rambut.
Lakukan sedikit demi sedikit pada helaian rambut agar pewarnaan lebih serata dan hasilnya menjadi.
5. Membersihkan pewarna rambut di pelipis
Mewarna rambut sendiri di rumah pastinya sedikit huru hara. Misalnya pewarna rambut yang comot di sekitar pelipis rambut. Anda boleh membersihkan sisa pewarna rambut pada kulit dengan menyapu air suam dan sabun biasa.
Usapkan dengan lembut di sekitar pelipis hingga sisa pewarna yang melekat hilang dari pelipis. Mewarna rambut sendiri di rumah lebih praktis jika memilih produk pewarna rambut yang memiliki formula non drip.
Tip Merawat Rambut Yang Diwarna Agar Kekal Sihat
1. Elakkan terkena sinaran matahari
Kalau boleh, elakkan rambut anda dari terkena sinaran matahari kerana ia boleh membuatkan warna cepat pudar dan kelihatan kusam. Buat wanita yang berhijab, bonus untuk anda namun untuk anda yang tidak berhijab boleh mengenakan topi atau lindung dengan selendang apabila berjalan di tengah panas ya!
2. Jangan keringkan rambut dengan pengering rambut
Hair dryer adalah musuh ketat anda yang membuat hair coloring! Ia boleh membuatkan rambut anda menjadi sangat kering. Keringkan rambut secara alami dan jika terpaksa menggunakannya elakkan tahap kepanasan yang tinggi.
3. Pilih syampu yang sesuai
Tiba masa untuk menukar syampu lain kerana rambut berwarna tidak boleh memakai syampu biasa kemungkinan formulanya seperti anti kelemumur boleh menyingkirkan warna rambut dengan kandungan sulfat dan bahan kimia lain. Pilih syampu yang dirumus khusus untuk rambut berwarna ya!
4. Wajibkan penggunaan pelembap rambut
Jadikan conditioner sebagai rakan karib anda ketika mencuci rambut yang berwarna kerana rambut anda memerlukan nutrisi yang cukup untuk mengelakkan kerosakan.
5. Cuci rambut dengan air sejuk
Air panas boleh menyebabkan rambut menjadi kering dan mudah berminyak. Dengan menggunakan air sejuk, anda dapat menjaga kutikel rambut, menjadikannya lebih lembut malah semakin bersinar!
6. Manfaatkan serum rambut
Salah satu cara untuk merawat rambut yang telah diwarnakan adalah dengan menggunakan serum rambut. Ini bagi mengembalikan kelembapan kepada rambut dan menambah nutrisi-nutrisi penting yang lain bagi menguatkan lagi rambut anda.
Diharap artikel ini dapat membantu anda mencari pewarna rambut halal terbaik. Lepas ni boleh la anda bergaya dengan rambut baru kan!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ingin Mewarna Rambut Semasa Hamil? Boleh Saja Kalau Gunakan 5 Jenis Pewarna Selamat Ini
Baca juga: Bolehkah Wanita Rebonding Rambut Ketika Mengandung? Adakah Ia BOLEH Jejas Kesihatan?
- Malu Dan Rasa Rendah Diri Rambut Banyak Kelemumur? Ini 8 Shampoo Kelemumur Terbaik Untuk Atasi Masalah Kelemumur
- 8 Supplement Untuk Kulit Terbaik Di Pasaran, Kulit Jadi Glowing & Awet Muda
- Baru Nak Cuba Ambil Suplemen Kesihatan? Ambil Multivitamin Terbaik Ini Dengan Pelbagai Mineral Tambahan, Sesuai Untuk Lelaki Dan Wanita!