Apa Jadi Pada Tubuh Jika Anda Berhenti Ambil Pil Perancang?

lead image

Sebelum ambil keputusan untuk menghentikan pengambilan pil perancang, lihat dulu kesan yang bakal terjadi pada diri anda sama ada secara fizikal mahupun emosi ini.

Jika anda cadang untuk berhenti makan pil pencegah kehamilan, anda harus bersedia dari segi fizikal dan psikologi. 

Hal ini kerana, akibat berhenti makan pil perancang, ia boleh mendatangkan kesan yang tak dijangka

Sebab itu, anda harus tahu akibatnya jika ingin menghentikan pengambilan pil pencegah kehamilan. 

7 kesan berhenti guna pil pencegah kehamilan 

Kesan pil cegah hamil#1 Mengandung dengan lebih cepat 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/mstar.com my.jpg Apa Jadi Pada Tubuh Jika Anda Berhenti Ambil Pil Perancang?

Kredit: Mstar.com.my

Pil perancang adalah bagi mengelak kehamilan. Jadi, bila anda berhenti ambil pil tersebut, ia akan memulakan proses ovulasi dalam masa seminggu.

Apabila anda berhenti mengambilnya, tubuh akan mula menghasilkan telur. Jika anda tidak mengambil langkah berjaga-jaga ketika melakukan hubungan seksual, kemungkinan untuk hamil adalah tinggi!

Kesan pil cegah hamil#2 Mood berubah dan tak menentu 

Kesan menghentikan pil pencegah kehamilan kedua berkaitan dengan perubahan mood. 

Hal ini kerana, pil tersebut mengandungi satu atau dua jenis hormon wanita sintetik (buatan manusia), iaitu estrogen dan progestin. Ia adalah tambahan sintetik bagi menstabilkan hormon. 

Sebaik saja anda menghentikan pil ini, hormon tersebut mungkin lebih teratur dan ada ketikanya menjadi lebih teruk.

Barangkali anda boleh mengalami kemurungan, nafsu seks rendah dan kemarahan.

Kesan pil pencegah kehamilan#3 Kekejangan ketika haid 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/sirap limau 2.jpg Apa Jadi Pada Tubuh Jika Anda Berhenti Ambil Pil Perancang?

Kredit : Sirap Limau

Satu lagi kesan menghentikan pil pencegah kehamilan ini adalah akan berlaku senggugut atau kekejangan haid yang muncul kembali. 

Kesan pil pencegah kehamilan #4 Aliran haid yang lebih teruk 

Jika menghentikan pil perancang ini, anda mungkin mendapati tempoh haid anda menjadi lebih teruk dan berat

Menurut Dr. Sherry Ros, lapisan rahim boleh menjadi nipis lalu menyebabkan pendarahan haid lebih banyak. 

#5. Payudara sakit 

Disebabkan perubahan hormon, anda mungkin akan mengalami rasa sakit di bahagian payudara. 

#6. Tahap zat besi semakin berkurang 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/pil kb 1 20150714 063646.jpg Apa Jadi Pada Tubuh Jika Anda Berhenti Ambil Pil Perancang?

Sesetengah pil ini mengandungi zat besi. Oleh itu, tempoh haid akan mempunyai aliran biasa yang lebih ringan dan badan tetap merasa bertenaga.

Sebab itu, salah satu kesan berhenti makan pil perancang ini adalah terdedah kepada kekurangan zat besi. Hal ini kerana badan akan kembali kepada proses ovulasi yang biasa dan kehilangan jumlah darah yang sama. 

#7. Nafsu seks berkurangan atau rendah

Apabila menghentikan pil perancang, nafsu seks menjadi kurang dan boleh menyebabkan kesan sampingan yang lain. 

Dalam beberapa kes, testosteron tidak kembali ke tahap normal. Oleh itu, sesetengah wanita tidak dapat menikmati seks seperti yang biasa dilakukan sebelum ini. 

Semua perubahan ini tidak membawa maut tapi memberi impak terhadap hormon tubuh wanita. 

Pil pencegah kehamilan: Cara mengimbangi hormon badan

Jadi amatlah penting untuk mengimbangi tahap hormon anda. Ini antara dua cara yang boleh dilakukan. 

  • Elak sumber estrogen yang berlebihan 

Jika tidak mahu perubahan mood kembali, pastikan anda kurang ambil estrogen agar tidak berlebihan. Biasanya, estrogen ditemui dalam produk kosmetik, produk penjagaan badan dan bekas makanan plastik. 

Sebaliknya, pilih kosmetik yang menggunakan bahan semula jadi dan begitu juga dengan produk lain. Produk yang digunakan itu tidak boleh mengandungi parabens, oxybenzone dan phalates.

  • Menambah kekurangan nutrien 

Bagi memastikan tubuh mendapat nutrien yang mencukupi dalam diet seharian selepas menghentikan pil perancang, anda boleh menstabilkan hormon dengan mengamalkan sup tulang yang kaya dengan mineral. 

Selain mencuba makan hati ayam dan masukkan garam himalaya atau garam batu semulajadi ke dalam masakan. 

Pastikan juga memasukkan sayuran hijau setiap hari bagi menambahkan zat besi. Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Deepshikha Punj. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

3 Cara Betul Untuk Makan Pil Perancang Menurut Pakar – Tiada Kesan Sampingan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!