X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Terlalu Subur & Ingin Merancang Kehamilan? 5 Pil Perancang Keluarga Ini Dapat Membantu Secara Berkesan

Anda sedang berusaha untuk menjarakkan kehamilan yang seterusnya atau belum bersedia untuk memiliki anak? Jom cuba 5 jenama pil perancang keluarga ini!

Dalam merancang untuk menambahkan bilangan anak, anda pastinya mengalami sedikit dilema kerana memikirkan masa depan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan lebih perhatian dari ibu ayah. Oleh kerana itu, pil perancang keluarga adalah solusinya dalam merancang keluarga dengan baik.

Jika memilih untuk mengambil suntikan bagi merancang keluarga, sesetengah ibu berasa takut akan kesan sampingannya seperti menganggu kesuburan, perubahan pada berat badan dan kenaikan berat badan menyebabkan anda sukar mengandung pada masa akan datang.

Oleh hal yang demikian, pil perancang adalah kaedah yang paling mudah bagi mencegah kehamilan kerana ia mampu menghentikan proses ovulasi dan menjadikan anda tidak subur buat sementara waktu.

Isi Kandungan

  • Definisi Pil Perancang Keluarga
  • Kadar Keberkesanan
  • Cara Pil Perancang Berfungsi
  • Manfaat Pil Perancang
  • Jenis Pil Perancang
  • 5 Pil Perancang Terbaik
  • Noriday Family Planning Pill 28 Days
  • Cerazette 75 mcg Tablet
  • Yasmin Tablet
  • Marvelon Tablet
  • Anna Oral Contraceptive/Birth Control Pill 28 Tablets
  • Perbandingan Harga

Definisi Pil Perancang Keluarga

pil perancang keluarga

Kredit gambar: Business Insider

Pil perancang merupakan satu jenis kaedah kontraseptif yang mengandungi hormon yang mencegah kehamilan. Wanita yang ingin mengelakkan ketidaksengajaan hamil perlu mengambil pil ini sebiji sehari. Ia adalah yang paling efektif apabila anda mengambilnya secara konsisten pada masa yang sama setiap hari.

Kadar Efektif Pil Perancang Keluarga

pil perancang keluarga

Kredit gambar: TopLine MD

Pil tersebut mempunyai potensi 99 peratus efektif dalam mencegah kehamilan jika anda ambil tanpa gagal – bermaksud yang anda tidak lupa untuk mengambil pil tersebut walaupun dalam masa sehari atau dua.

Walaubagaimanapun, mengambil pil ini dengan sempurna boleh jadi sukar, yang mana kenapa sembilan dari 100 wanita yang menggunakan pil akan secara tidak sengaja akan hamil setiap tahun. 

Pil ini adalah yang paling boleh diharapkan apabila anda ambilnya secara konsisten pada waktu yang sama setiap hari. Menjadi konsisten membantu mengekalkan kadar hormon daripada turun naik.

Bagaimana Pil Perancang Keluarga Berfungsi?

pil perancang keluarga

Kredit gambar: Medical News Today

Pil kombinasi bekerja dalam dua cara. Pertama, ia mencegah tubuh daripada mengeluarkan telur. Ini bermaksud yang ovari anda tidak akan melepaskan sebiji telur setiap bulan. Kedua, pil ini akan menyebabkan tubuh anda untuk menebalkan lendir servik. 

Lendir ini adalah cecair di sekitar servik yang membantu sperma bergerak ke bahagian uterus jadi ia boleh menyuburkan sebiji telut. Lendir yang tebal membantu mencegah sperma daripada sampai ke uterus.

Pil progestin sahaja juga berfungsi di dalam beberapa cara berbeza. Khususnya, ia bekerja dengan menebalkan lendir servik dan menipiskan endometrium. Endometrium adalah lapisan uterus di mana sebiji telur akan tertanam selepas ia disuburkan.

Jika lapisan ini tipis, ia sukar untuk sebiji telur ditanam ke dalamnya, yang mana akan mencegah kehamilan untuk mengembang. Tambahan lagi, pil progestin sahaja boleh mencegah ovulasi.

Kelebihan Pil Perancang Keluarga

Terlalu Subur & Ingin Merancang Kehamilan? 5 Pil Perancang Keluarga Ini Dapat Membantu Secara Berkesan

Kredit gambar: The Conversation

Pil perancang keluarga mempunyai sebilangan manfaat:

  • Ia melindungi anda 24 jam. Anda tidak perlu risau akan mengawal kehamilan sewaktu melakukan hubungan seks.
  • Ia efektif. Mereka melindungi daripada kehamilan jauh lebih baik daripada kebanyakan cara mencegah hamil yang lain.
  • Ia membantu mencantikkan kitaran haid anda. Ia boleh jadi membantu wanita yang mengalami masalah kitaran haid tidak teratur atau haid yang berat.
  • Ia boleh diterbalikkan sepenuhnya. Ini bermaksud apabila anda berhenti mengambilnya, kitaran haid anda akan kembali normal dan anda boleh hamil kemudiannya.

Bukan itu sahaja, malah ada manfaat lain bergantung pada jenis pil. Pil kombinasi juga mungkin menyediakan beberapa pencegahan melawan:

  • Jerawat
  • kehamilan ektopik
  • Tulang menipis
  • Pembesaran payudara tidak berkanser
  • kanser endometrial dan ovari
  • Anemia
  • Haid yang berat
  • Kekejangan yang teruk ketika datang bulan

Pil progestin sahaja mempunyai kelebihan yang lain juga seperti selamat untuk wanita yang:

  • Tidak boleh bertoleransi dengan terapi estrogen
  • Perokok
  • Berusia lebih daripada 35 tahun
  • mempunyai sejarah pembekuan darah
  • mahu menyusu badan untuk anak

Jenis Pil Perancang Keluarga

Estrogen dan Progestin (The Pill)

Kadar Keberkesanan Kesan Sampingan
Biasanya 91% Spotting atau pendarahan di antara haid
99% dengan penggunaan yang betul dan sempurna Mual
  Payudara lembut
  Sakit kepala
  Risiko tinggi darah beku dan tekanan darah tinggi

Progestin sahaja (The Mini Pill)

Kadar Keberkesanan Kesan Sampingan
Biasanya 91% Spotting atau pendarahan di antara haid
99% dengan penggunaan yang betul dan sempurna Mual
  Payudara lembut
  Sakit kepala

Pil Kecemasan Levonorgestrel

Kadar Keberkesanan Kesan Sampingan
88% Perubahan kitaran haid
  Sakit kepala
  Mual dan muntah
  Pening
  Sakit pada payudara
  Penat
  Sakit pada bahagian bawah perut

Pil Kecemasan Ulipristal

Kadar Keberkesanan Kesan Sampingan
60% ke 70% Sakit kepala
  Mual
  Sakit perut
  Sakit menstrual
  Penat
  Pening

5 Pil Perancang Keluarga Terbaik Di Pasaran

Jadi untuk membantu anda membuat pilihan pil perancang keluarga yang terbaik, apa kata anda beli saja terus dari sini seterusnya tidaklah membuang masa untuk pergi kemana-mana farmasi.

Pil Perancang Keluarga  Jenama

Pil Perancang Keluarga Terbaik Untuk Wanita Yang Tidak Boleh Ambil Kontraseptif Oral Gabungan

Noriday Family Planning Pill 28 Days

Pil Perancang Terbaik Boleh Ambil Sebelum Makan

Cerazette 75 mcg Tablet

Pil Perancang Terbaik Tidak Membuatkan Anda Letih

Yasmin Tablet

Pil Perancang Terbaik Rendah Dos

Marvelon Tablet

Pil Perancang Terbaik Menghalang Ovulasi

Anna Oral Contraceptive/Birth Control Pill 28 Tablets

Noriday Family Planning Pill 28 Days

Pil Perancang Keluarga Terbaik Untuk Wanita Yang Tidak Boleh Ambil Kontraseptif Oral Gabungan

Terlalu Subur & Ingin Merancang Kehamilan? 5 Pil Perancang Keluarga Ini Dapat Membantu Secara Berkesan

Merupakan satu pil perancang keluarga yang biasanya dikenali sebagai “pil progestogen" atau “pil mini". NORIDAY selalunya diberikan kepada wanita yang tidak boleh mengambil pil perancang yang jenis lain (kontraseptif oral gabungan) atau menggunakan peranti dalam rahim (IUDs). Ia tidak diketahui sebenarnya akan bagaimana pil “progestogen sahaja" berfungsi.

Walaubagaimanapun, NORIDAY menyebabkan perubahan kepada lendir di dalam servik dan lapisan di dalam rahim dan memberi impak pada sistem kawalan hormonal tubuh yang mana boleh semuanya menyumbang kepada kadar keberkesanannya. 

Kadar keberkesanan pil “progestogen sahaja" adalah lebih rendah berbanding pil perancang keluarga yang lain. Jika diambil mengikut panduan untuk 1 tahun, dianggarkan 4 kehamilan boleh berlaku berbanding kepada kurang daripada 1 kehamilan di kalangan wanita yang menggunakan kontraseptif oral yang mengandungi estrogen dan progestogen.

Apa yang kami suka:

  • Mengandungi estrogen dan progestogen untuk mencegah kehamilan
  • Hanya tersedia berdasarkan preskripsi doktor anda
  • Membawa perubahan kepada lendir servik dan lapisan dinding rahim

Noriday Family Planning Pill 28 Days

product imageBeli di DoctorOnCall

Cerazette 75 mcg Tablet

Pil Perancang Terbaik Boleh Ambil Sebelum Makan

Terlalu Subur & Ingin Merancang Kehamilan? 5 Pil Perancang Keluarga Ini Dapat Membantu Secara Berkesan

Walaupun Cerazette 75 mcg tablet boleh diambil dengan atau tanpa perlu mengalas perut terlebih dahulu, manfaat yang paling besar diperolehi apabila ubat diberikan pada masa yang sama. Ia perlu diberikan dengan nasihat dari doktor.

Dos dan frekuensi akan ditentukan dengan kondisi yang mana anda ambilnya. Doktor akan menentukan rawatan yang bagaimana anda perlu untuk meringankan simptom anda. Anda perlu terus mengambilnya selagi mana yang doktor anda cadangkan buat anda.

Ia mungkin boleh memberikan kesan sampingan kepada sesetengah orang, jadi rujuk kepada doktor anda untuk sebarang maklumat lanjut tentang alergi.

Jika anda terlepas satu dos dan anda sudah lebih dari 12 jam lambat dalam mengambil dos yang tertinggal itu, anda perlu menggunakan kondom ketika melakukan hubungan intim untuk satu jangka masa 2 hari selepas dos yang tertinggal itu. 

Apa yang kami suka:

  • Mencegah kehamilan
  • Terdapat dua jenis utama kontraspetif hormon
  • Pil gabungan mengandungi 2 jenis hormon seks wanita iaitu; oestrogen dan progestogen
  • Pil progestogen sahaja, POP, tidak mengandungi oestrogen
  • Boleh diambil sebelum makan
  • Manfaatnya lebih apabila ia diambil pada waktu yang sama pada setiap hari

Cerazette 75 mcg Tablet

product imageBeli di DoctorOnCall

Yasmin Tablet

Pil Perancang Terbaik Tidak Membuatkan Anda Letih

Terlalu Subur & Ingin Merancang Kehamilan? 5 Pil Perancang Keluarga Ini Dapat Membantu Secara Berkesan

Ia merupakan ubatan yang selamat secara amnya, tetapi beritahu doktor anda jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi (hypertension), kelenjar thyroid yang terlalu aktif, glaukoma (tekanan mata yang meningkat), atau pembesaran prostat.

Untuk memastikan keselamatan anda, beritahu doktor anda tentang apa sahaja ubatan tambahan yang anda ambil. Ia jauh lebih kecil kemungkinannya untuk membuat anda letih jika dibandingkan dengan ubat setanding yang lain.

Apa yang kami suka: 

  • Berkesan mencegah kehamilan
  • Selamat secara am
  • Tidak membuatkan anda letih 

Yasmin Tablet

product imageBeli di DoctorOnCall

Marvelon Tablet

Pil Perancang Terbaik Rendah Dos

Terlalu Subur & Ingin Merancang Kehamilan? 5 Pil Perancang Keluarga Ini Dapat Membantu Secara Berkesan

Marvelon merupakan pil kontraseptif oral, dikenali sebagai “Pil Perancang" atau “The Pill" yang diberikan preskripsi oleh doktor untuk mencegah kehamilan.

Marvelon 28 merangkumi akan 21 bigi tablet putih, setiap satu mengandungi 2 bahan aktif: 30 mikrogram ethinylestradiol (satu estrogen) dan 150 mikrogram desogestrel (sejenis progestogen) dan 7 tablet putih tidak aktif kecil.

Disebabkan amaun kecil hormon wanita yang berbeza di dalam tablet aktif, Marvelon 28 adalah boleh dianggap sebagai pil kontraspetif gabungan yang rendah dos. 

Ia adalah satu kaedah yang sangat berkesan dalam mencegah kehamilan. Apabila diambil dengan betul (tanpa terlupa sebarang tablet) peluang untuk hamil akan menjadi lebih berkurang.

Apa yang kami suka:

  • Ia menghalang pelepasan telur dengan menghentikan kematangannya
  • Menukar lendir servik secara konsisten menjadikan ia sukar untuk sperma sampai kepada telur
  • Menukar lapisan rahim menjadikannya kurang sesuai untuk implantasi

Marvelon Tablet

product imageBeli di DoctorOnCall

Anna Oral Contraceptive/Birth Control Pill 28 Tablets

Pil Perancang Terbaik Menghalang Ovulasi

Terlalu Subur & Ingin Merancang Kehamilan? 5 Pil Perancang Keluarga Ini Dapat Membantu Secara Berkesan

Anna merupakan sejenis pil kontrasepsi untuk mencegah kehamilan yang mengandungi hormon wanita yang menghalang ovulasi (perlepasan telur dari ovari).

Anna juga menyebabkan perubahan di dalam lendir servik dan lapisan rahim, menjadikannya sukar untuk sperma sampai ke uterus dan susah untuk mempersenyawakan telur untuk melekat pada dinding uterus.

Setiap tablet mengandungi dua jenis hormon wanita yang berbeza, yang mana adalah levonorgestrel (0.15 mg) dan ethinylestradiol (0.03 mg), 7 tablet lain mengandungi hanya laktosa dan tiada hormon dan ia dipanggil tablet plasebo.

Apa yang kami suka:

  • Mencegah kehamilan dengan efektif
  • Melakukan perubahan pada lendir servik dan lapisan rahim yang menebal
  • Tablet mengandungi dua hormon wanita yang berbeza; Levonorgestrel dan ethinylestradiol

Anna Oral Contraceptive/Birth Control Pill 28 Tablets

product imageBeli di Lazada

Perbandingan Harga

Jenama Isi kandungan (tablet) Harga (RM) Harga (RM/tablet)

Noriday Family Planning Pill 28 Days

28 19.30 0.68

Cerazette 75 mcg Tablet

28 33.90 1.21

Yasmin Tablet

21 49.40 2.35

Marvelon Tablet

21 21 1.00

Anna Oral Contraceptive/Birth Control Pill 28 Tablets

28 14.90 0.53

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Takut Badan Gemuk Bila Makan Pil Cegah Kehamilan? Ini 4 Jenis Pil Perancang Yang Sesuai Untuk Anda!

Baca juga: 3 Cara Betul Untuk Makan Pil Perancang Menurut Pakar – Tiada Kesan Sampingan!

Baca juga: Ini Pil Perancang Yang Selamat Untuk Dimakan Ketika Menyusu Anak, Susu Takkan Terjejas!

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Farhana Fuad

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Pelan Simpanan Terbaik Untuk Anak, 5 Insurans Pendidikan Ini Menjamin Masa Depan Cemerlang Si Kecil

    Pelan Simpanan Terbaik Untuk Anak, 5 Insurans Pendidikan Ini Menjamin Masa Depan Cemerlang Si Kecil

  • Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

    Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

  • Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

    Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

  • Pelan Simpanan Terbaik Untuk Anak, 5 Insurans Pendidikan Ini Menjamin Masa Depan Cemerlang Si Kecil

    Pelan Simpanan Terbaik Untuk Anak, 5 Insurans Pendidikan Ini Menjamin Masa Depan Cemerlang Si Kecil

  • Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

    Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

  • Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

    Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.