Nak Jarak Kehamilan Dengan Pil Perancang? Ambil Tahu 4 Info Lengkap Ini Dulu

Nak Jarak Kehamilan Dengan Pil Perancang? Ambil Tahu 4 Info Lengkap Ini Dulu

Pil perancang adalah salah satu kaedah yang digunakan bagi mencegah kehamilan terutama kepada ibu yang baru melahirkan anak. Malah ia juga selamat dan mudah

Apabila membuat keputusan untuk menggunakan pil perancang selepas hamil, anda perlu tahu semua info yang berkaitan dengannya supaya anda lebih peka dengan tubuh badan sendiri, lebih berhati-hati dan tidak mengambilnya tanpa nasihat doktor. 

Malah kami di theAsianparent Malaysia juga telah menyediakan pelbagai maklumat lengkap dan berguna tentang pil perancang bermula dari cara pengambilannya sehinggalah ke langkah berhenti ambil pil perancang. 

Bagi anda yang pertama kali mencuba pil perancang, eloklah anda menambah pengetahuan berkaitannya dalam artikel ini. Semoga informasi yang kami sediakan ini membantu kalian dalam setiap persoalan yang bermain di minda. 

1. Bila boleh mula ambil pil perancang? 

pil perancang, pil rancang keluarga, pil cegah kehamilan, pil mencegah kehamilan, pil rancang kehamilan, pil rancang mengandung, pil mencegah mengandung, pil, pil untuk menghalang kehamilan, maklumat tentang pil perancang, cara cegah hamil cara mencegah kehamilan, cara mencegah mengandung

Ibu menyusu boleh memulakan mini pill pada enam minggu selepas melahirkan bayi supaya anak lebih matang dan pengeluaran susu lancar. Manakala ibu yang memberi susu formula boleh mula pil perancang sekitar tiga minggu selepas bersalin

Selepas itu, anda harus mengambil pil tersebut setiap hari sama ada selepas berus gigi, sarapan pagi atau sebelum tidur. Untuk memudahkan anda, guna kalendar dan tanda pada hari yang anda ambil pil. 

Berikut pautan maklumat yang berguna untuk anda: Cara penggunaan pil pencegah kehamilan yang betul

2. Harga perancang keluarga di Malaysia 

Perancang keluarga ada pelbagai jenis dan harganya berbeza-beza. Untuk mendapatkannya, anda boleh ke Klinik Swasta, Klinik Kesihatan Kerajaan, Klinik LPPKN atau farmasi yang disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Bagi mendapatkan maklumat harga yang lebih terperinci, anda boleh baca di sini: Harga pencegah kehamilan di Malaysia

3. Kesan penggunaan pil rancang keluarga
pil perancang, pil rancang keluarga, pil cegah kehamilan, pil mencegah kehamilan, pil rancang kehamilan, pil rancang mengandung, pil mencegah mengandung, pil, pil untuk menghalang kehamilan, maklumat tentang pil perancang, cara cegah hamil cara mencegah kehamilan, cara mencegah mengandung

Kredit: EH

Meskipun pil perancang merupakan satu kaedah yang agak selamat, murah dan berkesan bagi menghalang wanita bersalin hamil dalam masa terdekat, namun ada juga yang menjadi mangsa kesan pengambilannya

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita apabila dia mengambil pil perancang selama 12 tahun hingga dia mempunyai masalah hati akibat pertumbuhan tumor. 

Sebab itu, anda disarankan untuk tidak mengambil pil tersebut dalam jangka masa yang terlalu lama dan dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Baca lanjut tentang kesan pil perancang keluarga dalam artikel ini: Dr Sarah Brown kongsi kesan rancang keluarga

4. Kesan berhenti guna pil rancang keluarga

Adakah anda sudah bercadang untuk berhenti guna pil perancang? Jika ya, anda harus bersedia dari segi fizikal dan psikologi juga kerana ia boleh mendatangkan pelbagai kesan pada tubuh dan emosi anda. 

Namun, jika anda sudah bersedia untuk hamil lagi, tidak ada salahnya untuk anda berhenti menggunakan pil perancang, sekaligus memudahkan proses kehamilan. 

Baca lanjut info tentang kesan berhenti guna pil perancang keluarga di sini :Ingin berhenti ambil pil pencegah kehamilan? Ambil tahu kesan menghentikan dahulu!

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan jangan lupa follow facebook theAsianparent Malaysia untuk perkongsian info yang lebih berguna. Jangan lupa ajak dan tag kawan-kawan anda juga ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Mstar

Baca juga

Panduan lengkap 16 cara mencegah kehamilan, tiada lagi kehamilan mengejut!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner