Ibu Ini Dakwa Anaknya Dapat Pneumonia Kerana Tidur Bawah Kipas!

lead image

Ramai percaya tidur di bawah kipas tak baik untuk anak. Tapi, ada seorang ibu mendakwa pneumonia pada anak boleh terjadi kerana tidur bawah kipas. Betul ke?

Seorang ibu dari Thailand yang tak mahu namanya dikenali telah berkongsi pengalaman ngerinya dengan theAsianparent Thailand baru-baru ini. Dia mengatakan anaknya mendapat pneumonia akibat dari tidur di bawah kipas!

Ini kisahnya…

Tidur bawah kipas sebabkan penumonia pada anak?

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/04/bahasa kipas siling pada bayi.jpg Ibu Ini Dakwa Anaknya Dapat Pneumonia Kerana Tidur Bawah Kipas!

Kredit: FB Karen

Ibu ini percaya tidur bawah kipas telah menyebabkan anaknya dapat radang paru-paru yang kemudiannya bertukar menjadi pneumonia!

Menurut ibu ini, biasanya anaknya sangat sihat dan susah untuk jatuh sakit. Namun, selepas anaknya mendapat selesema, tidur di bawah kipas telah menyebabkan radang paru-paru pada anaknya.

Dikatakan, anaknya telah duduk selama tiga hari di hospital dan kahaknya perlu diambil untuk didiagnos dan mendapat rawatan. Doktor kemudian mendiagnos anaknya dengan pneumonia.

Selepas rawatan, simptom bayi ini mula pulih. Tapi, ibu ini dinasihatkan oleh doktor untuk biarkan anaknya terus berehat.

Ibu ini juga berkongsi yang doktor menasihatkan ibu bapa untuk tak membiarkan bayi tidur tanpa baju atau dengan kipas yang dipasang terlalu sejuk.

Anda mungkin tak percaya kipas boleh menyebabkan penyakit ini. Kami juga. Kerana ini, kami melakukan kajian mendalam tentang perkara ini.

Sebelum itu, apa itu pneumonia?

src=https://sg Ibu Ini Dakwa Anaknya Dapat Pneumonia Kerana Tidur Bawah Kipas!

Pneumonia pada anak: Apa itu pneumonia?

Pneumonia adalah jangkitan pada paru-paru, khususnya pada satu atau kedua-dua kantung udara. Kantung akan dipenuhi dengan nanah dan menyebabkan simptom klasik penumonia pada anak: demam, susah bernafas dan menggigil.

Banyak kuman, termasuk bakteria, kulat, virus atau parasit boleh menyebabkan pneumonia. Orang dengan imunisasi lemah dan ada masalah kesihatan boleh mendapat komplikasi yang parah, seperti kegagalan pernafasan, sepsis atau maut.

Ini antara simptom pneumonia:

Simptom pneumonia pada anak berbeza-beza, bergantung pada bahagian paru-paru yang dijangkiti. 

Jadi, bolehkah tidur di bawah kipas menyebabkan pneumonia? Kami pisahkan fakta dan fiksyen menggunakan sains.

Adakah kipas menyebabkan pneumonia pada anak? Ini kata sains:

src=https://sg Ibu Ini Dakwa Anaknya Dapat Pneumonia Kerana Tidur Bawah Kipas!

Ramai ibu bapa percaya tidur di bawah kipas boleh menyebabkan selesema atau demam.

Dr Anay Bhalerao telah menyangkal mitos ini dengan berkata, tidur di bawah kipas boleh menyebabkan hidung tersumbat, berkerak atau berair, tapi ia tak menyebabkan selesema.

Selesema disebabkan oleh virus pada udara. Hidung berair bukan indikasi anak selesema. Malah, hidung berair juga boleh disebabkan oleh alahan terhadap habuk yang ditiup dari kipas atau dalam bilik, katanya lagi.

Dr Anay juga menerangkan kenapa tidur di bawah kipas mustahil menjadi penyebab pneumonia pada anak:

“Kualiti udara yang rendah, kesesakan atau habuk boleh menyebabkan hidung bayi berair. Pengaliran udara dari kipas boleh memburukkan lagi keadaaan ini tapi tak boleh menyebabkan pneumonia.

Keadaan seperti pneumonia dan selesema disebabkan oleh patogen. Patogen ini akan merebak pada orang yang berdekatan.

Melainkan kanak-kanak ini bersentuhan dengan patogen dan menpunyai imunisasi rendah, dia tak akan mendapat selsema atau pneumonia.

Dr Anay juga mencadangkan ibu bapa mengamalkan kebersihan asas jika hidung bayi mereka berair, seperti membersihkan bilik, memastikan ia mendapat pengudaraan yang baik dan membasuh tangan sebelum menguruskan bayi.

Rawatan dan pencegahan pneumonia pada anak

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/04/bacteria 811861 960 720.jpg Ibu Ini Dakwa Anaknya Dapat Pneumonia Kerana Tidur Bawah Kipas!

Pencegahan:

  1. Kerap basuh tangan dengan betul
  2. Elak guna cawan, pinggan atau sudu yang sama dengan anak yang sakit
  3. Vaksinkan anak untuk mencegah jangkitan lain
  4. Tingkatkan sistem imunisasi pada anak dengan tidur yang cukup, senaman dan pemakanan yang sihat
  5. Galakkan anak untuk bersin dan batuk menggunakan tisu dan basuh tangan selepas itu
  6. Pakai topeng muka apabila mereka selesema atau batuk
  7. Menyusu secara eksklusif selama enam bulan juga ditemui boleh meningatkan imunisasi anak

Jika anak anda mendapat simptom seperti demam, batuk atau susah bernafas, segera berjumpa dengan doktor. Mereka akan berikan diagnosis yang tepat dan rawatan yang efektif.

Kerana pneumonia disebabkan oleh patogen, cara terbaik untuk mencegahnya adalah dengan memvaksin anak anda. Ibu bapa perlu mendapatkan vaksin selesema bermusim kerana selesema boleh menyebabkan pneumonia pada anak.

Orang dengan sistem imunisasi yang lemah perlu pertimbangkan untuk mengambil vaksin pneumokokal.

Rawatan:

Doktor akan memberi ubat bergantung pada bakteria yang menyebabkan pneumonia. Tapi umumnya, rawatan pneumonia:

  • jangkitan bakteria memerlukan antibiotik untuk pulih
    • Biasanya rawatan mengambil masa dari tujuh ke 10 hari.
    • Antibiotik ini perlu dihabiskan seperti yang dijadualkan oleh doktor. Pengambilan antibiotik yang tak lengkat boleh memberi kesan pada pemulihan anak dan menyebabkan anak rasa tak selesa dan memberi kesan pada aktiviti harian mereka.
  • jangkita viral memerlukan ubat anti viral kerana antibiotik tak lagi efektif.
    • Jika jangkitan viral tak parah, rehat, pemakanan yang seimbang dan cecair yang banyak dan mencukupi boleh memulihkan keadaan ini.
    • Minimumkan sentuhan dengan kanak-kanak lain

Anda juga boleh mempercepatkan proses penyembuhan di rumah dengan:

  • Memberikan anak anda cecair yang banyak seperti jus buah atau makanan ber-sup atau bubur.
  • Gunakan kompres suam pada bahagian dada jika anak anda mengalami sakit dada atau tak selesa.
  • Pastikan anak anda mengambil ubat yang diberikan seperti yang dijadualkan supaya bakteria boleh dihapuskan.
  • Anak anda mungkin akan rasa letih dan kurang selera makan. Banyakkan bersabar dan sentiasa ada di sisi anak untuk menenangkan mereka.

Kami harap artikel ini dapat membantu memberikan penjelasan tentang mitos tidur di bawah kipas dan pneumonia pada anak.

Semoga bermanfaat.

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Jazz Tulya dan mendapat keizinan theAsianparent Thailand untuk diterjemah

Baca juga:

Tanda-tanda penyakit pneumonia yang harus diawasi pada kanak-kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!