4 jenis posisi bersalin normal - kekurangan dan kelebihan setiap posisi

lead image

Ibu anda harus lebih berhati-hati ketika memilih posisi bersalin ini supaya ia tak mendatangkan kecederaan pada bayi. Selain itu, anda juga perlu rasa lebih selesa dan tenang dengan posisi yang dipilih.

Ada beberapa cara yang boleh membantu ibu hamil menolak bayi keluar ketika posisi bersalin normal.

Namun, ibu perlu tahu kelebihan dan kekurangan empat jenis posisi bersalin normal ini kerana ia memberikan kesan pada rahim di masa akan datang jika hamil lagi.  

Kami berharap ini merupakan jalan terbaik untuk menunjukkan pada ibu, posisi bersalin normal dengan cara betul.

Jom kita lihat!

#1 : Posisi bersalin normal – posisi bertinggung 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/Kaya Birth Stools.jpg 4 jenis posisi bersalin normal   kekurangan dan kelebihan setiap posisi

Kredit: Kaya birth stools

Posisi bersalin normal dengan cara duduk bertinggung bukanlah posisi terbaik untuk bantu ibu bersalin. Tapi ia juga merupakan posisi yang popular bagi kelahiran secara normal. 

Kelebihan: 

  • Posisi bertinggung mempercepatkan proses bersalin. 
  • Mengurangkan risiko keperluan forceps atau vacuum. 
  • Kelahiran ini bantu mengurangkan tempoh bersalin 
  • Cara ini boleh meluaskan pembukaan pintu pelvik hingga 20% ke 30% 

Kelemahan: 

  • Mungkin tidak sesuai jika bayi dalam kedudukan songsang
  • Boleh menyebabkan lenguh di bahagian kaki, lutut dan pinggul 
  • Boleh berlaku banyak koyakan 

#2 : Posisi bersalin normal – Posisi berbaring 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/normal birth positions reclining 768x432.jpg 4 jenis posisi bersalin normal   kekurangan dan kelebihan setiap posisi

Proses bersalin normal ambil masa yang agak lama jika anda melahirkan bayi sulung bagi proses pembukaan pintu serviks. Ibu perlu tarik lebih banyak nafas dan berehat bagi menunggu pintu terbuka hingga 10 cm. 

Posisi bersalin normal bagus dengan posisi berbaring kerana ibu akan rasa lebih relaks di atas katil hospital. 

Ada banyak cara boleh dilakukan dengan posisi berbaring seperti baring di tempat tidur, bersandar di dinding, kerusi atau orang lain. 

Kelebihan: 

  • Dapat membantu mengurangkan ketegangan dan melegakan otot 
  • Kaedah terbaik untuk ibu berehat jika tidak mahu berbaring sepenuhnya. 

Kelemahan: 

  • Menyebabkan proses kelahiran lebih lama 
  • Jika bayi di kedudukan belakang menyebabkan proses kelahiran akan lebih sakit. 
  • Mungkin menyebabkan mampatan saluran darah utama yang berpotensi mengurangkan oksigen pada bayi.

3. Posisi bersalin normal – Posisi dalam air 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/Pregnancy Birth and Beyond.jpg 4 jenis posisi bersalin normal   kekurangan dan kelebihan setiap posisi

Cara terbaik untuk mudahkan ibu bersalin adalah dalam air. Ibu boleh pilih sama ada ingin duduk mencangkung, berbaring atau bertinggung dalam air tersebut. 

Kelebihan: 

  • Bantu bayi keluar dan duduk di kedudukan yang betul dengan lebih cepat. 
  • Meringankan tekanan di bahagian belakang 
  • Bantu mempercepatkan pembukaan serviks 
  • Kurang rasa sakit 

Kelemahan: 

  • Ibu mungkin mengalami kehilangan darah 
  • Kerosakan tali pusat bayi

#4: Posisi bersalin normal – Posisi bertinggung sambil memegang besi katil 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/St Lukes Labor of Love Blogger.jpg 4 jenis posisi bersalin normal   kekurangan dan kelebihan setiap posisi

Kredit: St lukes labor of love

Selain itu, posisi bersalin normal juga boleh disokong oleh alat besi katil yang boleh bantu mempercepatkan proses itu. 

Kelebihan: 

  • Membantu bayi keluar dengan mudah 
  • Memudahkan bidan sambut bayi ketika keluar 
  • Melegakan sakit belakang 
  • Ibu rasa lebih tenang ketika bersalin 

Kelemahan: 

  • Meningkatkan koyakan pada vagina 
  • Risiko jika ibu meneran atau menolak dengan cara yang salah 

Walau bagaimana pun, ibu boleh pilih posisi bersalin normal mana yang rasa selesa bila sampai waktunya nanti. 

Namun, anda harus utamakan keselamatan bayi sebagai nombor satu jika pilih mana-mana posisi bersalin ini.

Jika doktor mendapati banyak implikasi ketika bersalin, mereka akan mencadangkan anda untuk lakukan pembedahan czer bagi selamatkan bayi supaya lahir sihat dan sempurna. 

Semoga artikel ini membantu anda pilih posisi yang terbaik, jangan lupa kongsi di laman socmed anda! 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Ditulis oleh Rosanna Chio; Mendapat kebenaran untuk diterjemah dari theAsianparent Singapore

Baca juga

5 posisi senggama untuk cepat hamil, no #3 dibuktikan paling berkesan!