Bayi 3 Hari Maut, Ibu Tertidur Ketika Menyusu! Jika Tetap Mahu Menyusu Sambil Berbaring Ibu Tak Boleh Lupa 5 Tips Ini

Posisi penyusuan selamat penting diamalkan untuk elak terjadinya tragedi kematian anak selepas ibu tertidur ketika sedang menyusukan bayi.

Penyusuan susu ibu adalah antara fasa penting selepas bersalin terutama bagi ibu baharu. Antara yang sering dibincangkan adalah teknik dan posisi penyusuan selamat.

Ia penting kerana posisi dan teknik yang salah boleh menyebabkan bayi anda lemas dan berakhir dengan kematian!

Seperti kisah ibu kali pertama, Philippa Atkins, yang kehilangan anaknya di Cardiff, United Kingdom selepas tertidur ketika sedang menyusukan bayi itu. 

Posisi penyusuan selamat elak bayi lemas, ibu selesa

posisi penyusuan

Bayi berkenaan, Luna Atkins dilahirkan tidak cukup bulan melalui pembedahan kecemasan.

Dia dibenarkan keluar hospital selepas dua hari kelahirannya berikutan doktor mengesahkan sudah selamat untuk dibawa balik ke rumah bersama ibu dan bapanya.

Kedua-dua ibu bapa Luna tertidur ketika ibunya sedang menyusukannya. Selepas beberapa jam, ibunya bangun dan mendapati bayi berkenaan tidak sedarkan diri. 

Bayi itu disahkan meninggalkan dunia oleh pasukan perubatan di rumahnya di Roath, Cardiff. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian direkodkan sebagai kematian secara mendadak.

Tidak digalakkan menyusu sambil berbaring

Menurut pakar pediatrik, ibu tidak digalakkan menyusu bayi dengan keadaan kedua-duanya berbaring dan tidur kerana membahayakan dan boleh menyebabkan anak tercekik atau sesak nafas.

Lebih-lebih lagi jika bayi sedang selesema menambahkan lagi risiko bayi tidak boleh bernafas sekiranya mereka menyusu dalam keadaan berbaring.

Cara terbaik untuk menyusukan bayi pada tengah malam adalah dalam keadaan ibu berjaga dengan posisi yang betul ketika menyusukan bayi.

Sekiranya ibu perlu juga berbaring, pastikan…

Ini ada beberapa langkah yang boleh membantu ibu untuk menyusu bayi dengan cara berbaring.

#1. Tumpukan berat badan pada bantal

Untuk keselesaan pastikan anda menumpukan berat badan anda pada bantal supaya tidak menyebabkan ketegangan pada bahagian pinggul dan tulang belakang bawah anda.

#2. Letakkan bayi pada posisi betul

Letakkan bayi anda pada sebelah yang menghadap anda dengan puting anda selaras dengan hidungnya. Jika anda menyusu dari payudara kanan, anda harus berbaring di sebelah kanan anda.

Dengan menggunakan tangan anda yang bebas, gerakkan payudara anda ke dalam mulut bayi anda. Apabila bayi anda telah mula menghisap, anda boleh menolak bahu bayi anda menghala ke arah anda.

#3. Elak lentur leher bayi jauh ke belakang

Elakkan dari melentur leher bayi anda terlalu jauh ke belakang kerana ini akan menyukarkannya untuk menelan.

Anda boleh sama ada meletakkan lengan di bawah kepala bayi anda atau meletakkan kepala bayi anda pada katil dengan tangan anda bebas. Pilih mana-mana posisi yang lebih selesa untuk anda.

#4. Pastikan bayi bebas gerakkan kepalanya

Sentiasa pastikan bayi anda bebas untuk gerakkan kepalanya supaya dia dapat bebaskan diri jika dia mengalami kesukaran untuk bernafas atas apa-apa sebab.

Apabila bayi anda telah habis menghisap payudara pertama golekkan diri anda dan bayi anda ke sisi yang satu lagi atau hanya bersandar supaya bayi anda boleh melekap payudara yang satu lagi sambil dalam posisi penyusuan yang sama.

#5. Sendawakan bayi

posisi penyusuan

Jangan lupa sendawakan bayi anda selepas menyusu. Untuk melakukan ini, biarkan bayi anda duduk atau pegang bayi pada bahu anda dan menggosok atau menepuk belakang bayi anda dengan perlahan. Bukan semua bayi akan sendawa, jadi jika anda tidak mendengar bunyi ‘burp’, jangan terlalu risau. Yang penting anda sudah cuba kira-kira 5 minit.

4 posisi biasa ketika menyusu

posisi penyusuan

#1. Posisi cradle hold

Ini adalah posisi menyusu bayi yang paling popular dan kita sering lihat ibu menggunakan posisi menyusu bayi ini sebaik saja anak bersalin. Caranya senang saja, ibu cuma perlu mendukung bayi, dan memastikan hidung anak bertentangan dengan puting payudara.

#2. Posisi reverse cradle hold (cross-cradle)

Terbalik dari posisi cradle hold, posisi cross-cradle membolehkan ibu melihat mulut bayi apabila dia mula melekap pada payudara.

Ibu juga boleh mengawal posisi kepala bayi dan cara ini adalah cara alternatif yang baik untuk bayi yang menghadapai cabaran untuk melekap pada payudara, bayi yang tidak ada latching yang baik dan senang terlepas puting payudara dan bayi yang kecil serta pramatang.

#3. Posisi football hold

Letakkan beberapa bantal di bawah lengan dan pegang bayi di atas lengan sambil menyokong kepalanya.

Bayi perlu dipegang berdekatan dengan badan seperti memegang sebiji bola sepak. Posisi menyusu bayi ini agak meletihkan, jadi pastikan ibu guna lebih banyak bantal di bawah lengan untuk sokongan.

#4. Berbaring

Ini adalah posisi biasa yang paling popular terutama untuk ibu yang melahirkan anak secara pembedahan. Tetapi perlu hati-hati ya ibu! Jangan sampai tertidur dan anak lemas. 

Sumber: TheSun UK, Harian Metro, mypositiveparenting

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comcara-menyusukan-bayi

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!