Posisi Seks Wanita Hamil Boleh Cuba Yang Selamat Dan Selesa - Kembalikan Asmara Anda!

Siapa kata seks semasa hamil tidak seronok atau tidak selamat? Cubalah beberapa posisi seks wanita hamil di bawah dengan suami tersayang!

Menurut pakar, melakukan hubungan seks ketika hamil adalah baik untuk kesihatan. Malah, ia juga agak…seksi! Ramai yang takut untuk meneruskan hubungan kerana fikir akan kandungan namun jika anda tahu posisi seks wanita hamil yang selamat, anda tidak perlu terlalu risau.

Anda masih tidak percaya? Sebenarnya, seks ketika hamil adalah selamat dan menyeronokkan. Ada banyak kelebihannya termasuk sebagai senaman ringan untuk anda berdua, mengurangkan rasa ketidakselesaan, mengembalikan mood ceria serta membantu mempercepatkan kelahiran.

Jika anda tidak pasti, anda boleh berjumpa dengan doktor dan dapatkan pendapat mereka. Bahkan anda juga harus berbincang dengan suami sebelum meneruskan hubungan kelamin terutamanya jika anda pernah mempunyai sejarah keguguran.

Seks Wanita Hamil – Usah Takut, Usah Risau. Ia Selamat Untuk Dicuba!

seks wanita hamil

Kredit: elitedaily.com

Nah, jika anda sudah pasti yang seks ketika hamil itu bagus dan seksi, berikut adalah kedudukan seks semasa mengandung yang disyorkan:

Baca juga: 5 Posisi Seks Untuk Mendapatkan Anak Kembar Dengan Mudah & Terbukti Berkesan

1. Posisi Seks Wanita Hamil: Gaya ‘Missionary’ klasik

seks wanita hamil

Kedudukan seks yang paling klasik ini boleh dilakukan oleh wanita hamil. Tetapi masih perlu berhati-hati supaya suami tidak terlanggar perut anda.

Dalam posisi ini, anda tidak perlu bergerak banyak, jadi anda boleh rileks. Untuk lebih selesa lagi, gunakan bantal dan letakkan di belakang anda untuk memberi lebih sokongan.

2. Posisi Seks Wanita Hamil: Gaya ‘Spooning’

Posisi Seks Wanita Hamil Boleh Cuba Yang Selamat Dan Selesa - Kembalikan Asmara Anda!

Posisi spooning ini sememangnya paling mudah dilakukan untuk wanita hamil, terutamanya pada trimester ketiga.

Posisi spooning membolehkan wanita mengandung baring ke sisi dan merehatkan perut di atas tilam. Walaupun perut anda adalah besar, seks tetap selesa untuk dilakukan.

Letakkan beberapa bantal pada salah satu kaki supaya perut tidak tersepit dan penetrasi lebih mudah terjadi. Posisi ini juga membuka peluang untuk rangsangan kepada vagina.

3. Posisi Seks Wanita Hamil: Wanita di atas

Posisi Seks Wanita Hamil Boleh Cuba Yang Selamat Dan Selesa - Kembalikan Asmara Anda!

Kedudukan ini mungkin kedudukan yang paling disukai ibu sebelum kehamilan. Tetapi ia kelihatan sukar untuk dilakukan apabila perut anda sudah membesar.

Tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh melakukannya.

Jika anda terlalu letih untuk ‘memimpin’ posisi itu, minta suamimu untuk menggerakkan pinggulnya manakala anda memegang kakinya.

Jika lutut terasa sakit, anda boleh meletakkan bantal sebagai alas di bawah kedua-dua lutut. Kedudukan ini juga boleh dicuba di atas sofa!

4.Posisi Seks Wanita Hamil: Gaya ‘Doggy-style’

Posisi Seks Wanita Hamil Boleh Cuba Yang Selamat Dan Selesa - Kembalikan Asmara Anda!

Posisi ini sesuai untuk wanita hamil yang pelvisnya berasa sakit. Anda boleh memegang tepi katil untuk mengelakkan kejutan hebat pada abdomen anda.

Letak beberapa bantal di bawah perut supaya anda lebih selesa.

5. Sisi pelana

seks wanita hamil

Kedua-dua kaki anda berada di atas badan suami untuk melakukan kedudukan ini.

Ibu boleh mencondongkan badan ke sisi yang menghadap suami untuk memberikan keselesaan pada perut yang semakin membesar.

Posisi ini menyeronokkan kerana ia membolehkan suami menggunakan tangannya untuk menjelajah tubuh anda.

Petuanya adalah, anda mesti mencari sudut atau sisi kecondongan yang paling sesuai.

6. Modifikasi ‘missionary’

seks wanita hamil

Pada dasarnya kedudukan ini hampir sama dengan missionary klasik. Perbezaannya ialah, suami anda berlutut di tepi katil.

Posisi ini lebih baik apabila perut anda sudah membesar. Kerana ia memberikan keselesaan penuh dan mengelakkan tekanan pada perut.

Agar suami juga berasa selesa, berikan bantal untuk lututnya.

Jika anda mahukan lebih penerangan tentang seks ketika hamil, anda boleh merujuk dengan pakar sakit puan anda.

Kerana badan setiap wanita hamil adalah berbeza, dan risiko kehamilan juga boleh jadi berlainan.

Walaubagaimanapun, secara amnya, kedudukan seks semasa kehamilan di atas adalah paling selamat untuk dicuba.

Rencana diterjemah daripada theAsianparent Indonesia.

Baca juga: Segalanya Mengenai Seks Ketika Hamil Yang Anda Perlu Tahu, Jangan Percaya Mitos!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!