Posisi Seks Yang Selamat Untuk Dicuba Mengikut Trimester! Ibu Hamil Wajib Baca

Adalah bagus jika diselitkan hubungan intim, supaya anda dan pasangan kekal mesra seperti pengantin baru. Namun tahukah anda apa posisi seks ketika hamil yang sesuai untuk anda?

Seks tidak akan menjadi masalah sepanjang kehamilan melainkan doktor anda menyatakan sebaliknya. Setiap kehamilan normal, adalah bagus jika diselitkan hubungan intim, supaya anda dan pasangan kekal mesra seperti pengantin baru. Namun tahukah anda apa posisi seks ketika hamil yang sesuai untuk anda?

Setiap pasangan perlu tahu akan posisi seks ketika hamil yang selesa buat anda, maklumlah dengan perut yang kian membesar tentunya membuatkan posisi dan skil anda lebih terhad. 

Jadi ketahui posisi apa yang sesuai mengikut trimester kehamilan anda, dan cadangan kami ini bolehlah anda ambil inspirasi, selebihnya terpulang pada anda untuk cuba!

Posisi seks ketika hamil mengikut trimester

Trimester pertama

Tahniah! Anda mungkin mengalami alahan pada fasa ini dan ada kemungkinan juga keinginan seks anda agak rendah. 

Untuk ibu hamil yang tidak mempunyai apa-apa risiko kehamilan, posisi apa pun pada fasa ini masih boleh dilakukan. Jadi berita baik! Anda boleh praktikkan lagi posisi kegemaran anda!

Namun perhatikan juga sekiranya selepas berhubungan intim, ibu hamil akan mengalami pendarahan. Bagi sesetengah kes ia adalah normal, namun sekiranya anda ragu-ragu rujuklah kepada doktor. 

posisi seks ketika hamil

Posisi Toad

posisi seks ketika hamil

Posisi Lotus Blossom

 

Trimester kedua

Di fasa ini ‘baby bump’ anda semakin kelihatan. Dan di waktu ini juga kemungkinan anda sudah mendapat libido anda kembali. Dengan keinginan seks yang semakin meningkat, posisi pula lebih terhad kerana perut yang semakin membesar, dinasihatkan anda mencuba posisi yang lebih selamat tapi masih memuaskan. 

Di trimester kedua juga jarang untuk ibu hamil mengalami keguguran, namun pada pemeriksaan setiap bulan anda boleh runding bersama pakar gynae anda untuk memastikan semuanya selamat. 

Tiada posisi yang dijamin terbaik, semuanya terpulang kepada anda jika anda selesa atau tidak. Seks tidak akan membahayakan bayi anda di dalam kandungan, itu yang pasti. 

Supernova

posisi seks ketika hamil

Posisi Supernova

posisi seks ketika hamil

Posisi The Ship

 

Trimester ketiga

Di fasa ini akan teras lebih penat, perut pula terasa senak, tapi si dia masih menginginkan anda? Maka anda adalah ibu hamil yang cukup bertuah! 

Namun perlu diingat posisi seks and pada waktu ini lebih terhad ya. Walaupun seks pada waktu ini memang tidak akan mengapakan bayi dalam kandungan, namun keselesaan ibu juga perlu diambil kira. 

Posisi yang dicadangkan ini sangat mudah dan selamat, malah boleh memberikan kepuasan yang anda inginkan pasa waktu ini. 

posisi seks ketika hamil

Posisi The Curled Angel

posisi seks ketika hamil

Posisi The shoulder holder

 

Jadi posisi mana yang anda ingin cuba malam ini? Tapi sebelum mencuba sesuatu yang ekstrem ibu hamil perlu tahu kemampuan diri dulu. Rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami apa-apa masalah seperti kesakitan melampau atau pendarahan yang banyak. Walaupun seks sememangnya selamat sepanjang kehamilan, tak salah untuk mengambil langkah selamat betul?

Posisi seks anda patut elak:

Walaupun tiada posisi seks yang tidak selamat (melainkan anda baring terlentang), tapi ada sesetengah wanita hamil tidak suka tujahan yang terlalu dalam. Ini mungkin kerana mereka rasa “tidak selamat” apabila suami berdayung dan melakukan tujahan.

Walau apapun alasannya, bawa berbincang bersama pasangan. Dr Ari Brown, seorang pakar dari Parent.com menyarankan suami isteri untuk lebih berhati-hati dengan posisi “masuk dari belakang” seperti doggy ketika trimester ketiga.

Sekarang selepas anda tahu panduan lengkap untuk melakukan seks ketika hamil, kami harap agar kehamilan anda itu sentiasa sihat dan semoga segalanya berjalan lancar untuk anda kelak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini telah mendapat kebenaran dari theAsianparent Singapura untuk diterjemah ke dalam Bahasa Melayu.

Baca juga:

Elak Terlalu Gelojoh, Ini Posisi Seks Ibu Hamil Yang Selamat Mengikut Trimester Kehamilan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!