theAsianparent Logo

3 posisi di ranjang yang anda patut cuba untuk dapat anak lelaki

Anda teringin nak ada "hero" pula dalam keluarga? Apa kata anda dan suami cuba 3 posisi seks untuk hamil anak lelaki ini. Mana tahu ada rezeki!

Posisi seks untuk hamil anak lelaki

Amaran: Artikel ini mengandungi gambar berunsur seksual yang hanya sesuai untuk pasangan suami isteri. Jangan baca ia di hadapan anak-anak. 

Kalau anda sudah ada banyak “bunga” di rumah, pasti anda teringin nak dapat anak lelaki pula kan? Bayangkanlah, nanti anak perempuan kita dilindungi oleh adik lelakinya bila besar nanti. 

Tapi sebelum memberi harapan palsu pada anda, sebenarnya, tiada apa yang dapat menentukan jantina bayi dalam kandungan (melainkan ujian di makmal). 

Walaubagaimanapun, ada sesetengah posisi seks yang meningkatkan peluang untuk anda hamil anak lelaki. Sama seperti posisi seks untuk hamil anak perempuan yang kami pernah share dulu.

posisi seks untuk hamil anak lelaki

Kredit: fubiz.net

Bagaimana posisi seks untuk hamil anak lelaki ini berkesan?

Anda pasti tertanya-tanya, bagaimana posisi seks ini boleh meningkatkan peluang untuk hamil anak lelaki, kan? 

Ini jawapannya: Jantina anak ditentukan oleh kromosom dalam sperma suami. Sperma suami pula terdiri daripada 2 jenis kromosom iaitu sperma dengan kromosom “perempuan” (X) atau sperma “lelaki” (Y). 

Sperma dengan kromosom “lelaki” adalah lebih kecil dan cepat berenang. Manakala sperma “perempuan” pula lebih lambat dan mampu hidup lebih lama.

Jadi, 3 posisi seks yang kami nyatakan di bawah memberi peluang kepada sperma “lelaki” untuk bersenyawa dengan sel telur lebih cepat. Apakah 3 posisi seks itu? Jeng…jeng…jeng…

Posisi seks untuk hamil anak lelaki #1: Doggy Style

posisi seks untuk hamil anak lelaki

Posisi seks untuk hamil anak lelaki #1: Doggy Style

Posisi seks ini dikatakan mampu membantu pasangan untuk dapat anak lelaki kerana posisi sperma ketika dilepaskan. Apabila suami mencapai ejakulasi, sperma itu terlepas lebih dekat dengan serviks anda.

Maka, sperma “lelaki” mampu berenang dengan lebih cepat dan terus ke telur, berbanding sperma “perempuan”.

Mudah cakap, ia tak perlu berenang jauh-jauh untuk ke serviks isteri!

Posisi seks untuk hamil anak lelaki #2: Seks sambil berdiri atau duduk

Posisi seks untuk hamil anak lelaki

Posisi seks untuk hamil anak lelaki #2: Duduk atau berdiri

Melakukan seks sambil berdiri atau duduk membantu tusukan yang lebih dalam. Jadi, sperma “lelaki” boleh cepat-cepat ke betul-betul sel telur. 

Teori lain yang menyokong posisi seks ini adalah kerana apabila anda berbaring, sperma harus berenang melawan graviti. Maka, sperma “lelaki” yang berenang lebih laju akan ada lebih banyak peluang berbanding sperma “perempuan”.

Posisi seks untuk hamil anak lelaki #3: Isteri duduk di atas

Posisi seks untuk hamil anak lelaki

Posisi seks untuk hamil anak lelaki #3: Isteri duduk di atas

Posisi seks terakhir yang boleh meningkatkan peluang untuk anda hamil anak lelaki adalah posisi seks isteri duduk di atas. Posisi ini bagus kerana ia memberikan wanita peluang untuk take control dan mencapai klimaks.

Apabila wanita klimaks, vaginanya akan bertukar ke alkali, dan sperma “lelaki” lebih berjaya hidup dalam persekitaran alkali berbanding sperma “perempuan”. 

Taraaa! Inilah 3 posisi seks untuk hamil anak lelaki yang anda boleh cuba malam nanti 😉 

 

 

 

 

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Kredit gambar: Melli and Shayne

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman the Asianparent Malaysia

Baca juga:

3 posisi bersetubuh suami isteri patut cuba untuk dapat anak perempuan