Siapa kata gaya missionary membosankan? Ini 4 cara bagaimana anda boleh buat ia "the bomb"!
Kalau anda cakap posisi sex missionary membosankan, pasti anda tak pernah cuba 4 cara istimewa ini. Kalau ya, mesti anda tahu betapa specialnya missionary!
Posisi sex missionary membosankan?
Kalau anda membayangkan yang hubungan seksual anda bosan kerana kalian asyik pakai posisi sex yang sama seperti gaya missionary ini, anda mungkin terlalu terpengaruh dengan pornografi.
Hubungan intim yang sihat bukan melibatkan berapa banyak posisi anda pernah cuba. Tapi ia tentang niat dan cara meluahkan kasih sayang.
Memang kadang-kadang, pilihan cara bersetubuh sampai 99 gaya dengar macam best nak cuba, tapi jangan lupa tentang posisi sex missionary yang satu ini. Ia akan lebih “panas” dan the bomb jika anda bijak bermain peranan.
Peranan macam mana? Ha… peranan yang anda perlu main memerlukan 4 perkara ini:
Posisi sex missionary tak membosankan jika anda…
#1 Memandang mata pasangan
Menurut pakar klinikal Patty Britton, wanita memerlukan lebih masa untuk rasa selesa dengan pasangan. Salah satu cara yang memudahkan mereka turn on adalah dengan memandang mata.
Oleh sebab posisi sex missionary buat anda menghadap muka pasangan depan-depan, inilah masanya nak buat eye contact dengan pasangan!
Dalam tradisi Tantra, eye contact ini umpama “soul gazing” – jatuh cinta tanpa menggunakan kata-kata. Fuh, terkesan sampai ke jiwa!
#2 Tahu kelebihan angle anda
67% wanita tidak puas dan tidak mencapai orgasma setiap kali berhubungan intim. Satu benda penting yang semua suami isteri perlu tahu, untuk isteri capai klimaks, bukan rangsangan vagina sahaja yang harus diberi.
Kemasukan penis ke dalam vagina menerusi angle posisi sex missionary menentang kepala klitoris, memuncakkan rangsangan. Jadi, isteri akan lebih cepat klimaks!
#3 Bercumbuan
Badan wanita ini sesensitif emosinya. Untuk memanaskan aksi, wanita memerlukan pelbagai rangsangan dan cumbuan. Ia untuk memberitahu tubuh yang mereka “turn on“.
Posisi sex missionary beri kelebihan pada pasangan untuk lebih mudah bercumbuan dan menikmati aksi di ranjang. Bibir umpama labia vagina. Sebab itu ia dipanggil bibir vagina! 😛
#4 Bernafas perlahan-lahan
Posisi sex missionary adalah satu posisi yang sungguh mendekatkan pasangan. Kajian mendapati apabila pasangan suami isteri bersentuhan, nafas mereka akan seiringan.
Jadi dengan posisi seks missionary, kalian berdua boleh bekerjasama untuk mencapai berapa lama kalian ingin beraksi. Jika salah seorang pasangan sudah ke kemuncak, anda yang satu lagi perlu mengawal pernafasan.
Nafas akan seiring makin perlahan dan kalian boleh beraksi selama mana yang kalian mahu.
Ha… see? Siapa kata gaya missionary membosankan! Kalau anda bijak memainkan peranan, pasti aksi ini akan menjanjikan kepuasan maksimum 😉
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: Fatherly
Baca juga:
9 posisi seks untuk penetrasi lebih dalam, suami isteri pasti lebih puas!