Ajar anak guna tandas dengan kaedah Cina ini, 1 minggu saja dah berkesan!

undefined

Cubalah guna cara potty training mengikut budaya Cina ini. Mana tahu boleh latih anak guna tandas.

Anda tahu tak, potty training anak atau latihan tandas ada banyak kaedah mengikut budaya tertentu di seluruh dunia?

Tiada garis panduan yang jelas tentang potty training anak, tetapi ada teknik yang berfungsi dengan baik bagi mengajar anak lebih cepat menggunakan tandas.

Bagaimana cara berkesan untuk potty training anak? Bapa ini kongsi kaedah yang telah dipraktiskan

potty training anak, potty training bayi, infant potty training, potty training, cara latih anak guna tandas, latih anak ke tandas, melatih anak ke tandas, ajar anak guna tandas, bawa anak guna tandas, latih potty training, ajar anak kencing di tandas, ajar anak kencing dalam tandas

Seorang bapa berkongsi bagaimana dia berjuang melatih potty training anak lelakinya selama dua tahun ketika menetap di China.

Selepas itu, dia mendaftarkan anaknya yang berusia dua tahun itu di rumah penjagaan harian. Ketika itu, anaknya masih memakai lampin pakai buang.

Bagi wanita yang menjaga anak di situ, mereka menganggap anak-anak yang masih memakai lampin pada usia tersebut adalah melampau.

Malah, kanak-kanak yang bawah usia dua tahun, ada yang sudah pandai menggunakan tandas sendiri! Menurut Dr Sarah Buckley, ibu bapa boleh mula ajar anak potty training lebih awal ketika usia mereka empat bulan.

Ada sebilangan ibu bapa menggunakan kaedah ini selepas melihat tanda-tanda yang anak mahu buang air kecil.

Cepat-cepat bawa si kecil ke tandas. Ataupun, menggunakan lampin dari masa ke semasa cumanya tidak terlalu kerap. Rasa-rasa kita boleh ke buat macam ini?

Peraturan asas tentang ‘potty training anak’ ini adalah melihat tanda-tanda bayi anda ingin buang air seperti yang Dr. Buckley buat ke atas anaknya sendiri.

Anaknya akan tidak selesa atau asyik buang angin (kentut). Dia harus memperhatikan isyarat ini kerana dia tidak memberikan lampin pada anaknya itu.

Bayangkan, dalam usia 14 bulan, bayi Dr Buckley sudah tidak memakai pampers!

Namun, kembali semula kepada topik asal iaitu masyarakat di China membiarkan anak mereka berpakaian seluar tanpa crotchless atau terdapat lubang di bahagian tengah celana.

Mungkin kaedah ini dianggap kurang sopan tapi ia benar-benar berfungi pada masyarakat China dan menjadi salah satu budaya mereka.

Tips potty training anak tanpa isyarat komunikasi

1 – Lihat tanda-tanda anak nak buang air kecil/besar

potty training anak, potty training bayi, infant potty training, potty training, cara latih anak guna tandas, latih anak ke tandas, melatih anak ke tandas, ajar anak guna tandas, bawa anak guna tandas, latih potty training, ajar anak kencing di tandas, ajar anak kencing dalam tandas

Kredit: Today’s Parent

Anak-anak ini masih kecil dan sukar untuk beritahu jika dia ingin ke tandas. Apa yang anda boleh buat adalah melihat ‘tanda’ yang mereka ingin membuang air kecil / besar seperti memahami mimik muka.

2 – Pergi ke tandas

Maksudnya di sini adalah apabila mereka nak buang air. Si kecil perlu tahu untuk membuangya ke tandas.

Ada sesetengah ibu buat bunyi seperti “shhhhhhh” sambil menahan bayi dalam tandas dan membuka paip air.

Lain-lain tips

potty training anak, potty training bayi, infant potty training, potty training, cara latih anak guna tandas, latih anak ke tandas, melatih anak ke tandas, ajar anak guna tandas, bawa anak guna tandas, latih potty training, ajar anak kencing di tandas, ajar anak kencing dalam tandas

Kredit: Verywell Family

Jika anda belum bersedia untuk membiarkan anak berjalan dengan lubang di bahagian tengah celana. Jangan risau, ada banyak lagi tips dan kaedan lain untuk potty training anak ini.

Dengan kaedah tanpa isyarat ini, anda mungkin boleh mula potty training anak dalam beberapa bulan. 

Sesekali dalam seminggu, cuba jangan bagi anak pakai lampin. Dari situ anda boleh tahu masa bila anak perlu ke tandas untuk buang air.

Namun sesekali,  pasti akan berlaku excident terkencing dalam seluar.

  • Apabila anak anda sudah tahu menggunakan tandas dengan betul. Puji mereka kerana ini membantu mempertingkatkan tingkah laku anak di kemudian hari.
  • Buat bunyi seperti meneran ‘uh-uh” dengan beri tekanan pada “uh” yang kedua. Ia bantu menggalakkan pergerakan usus anak. 
  • Jika bayi sudah mula masuk ke dalam tandas, berikan bantuan berbentuk positif.
  • Cuba melatih bayi untuk kencing dalam tandas apabila anda perhatikan dia seolah tidak selesa kerana pundi kencing penuh.
  • Masa terbaik untuk melatih bayi menggunakan tandas adalah selepas makan atau minum. Ketika itu perutnya sudah penuh dan usus sudah mula bekerja.

Selain itu, lihat juga tanda-tanda seperti anak berhenti makan atau bermain. Seolah-olah dia sedang menumpukan perhatian pada sesuatu perkara lain.

Muka juga berubah merah, bunyi seperti meneran dan mungkin kentut. Masa itu, anda boleh cepat-cepat bawanya ke tandas.

Kesimpulannya, anda harus membiasakan rutin ke tandas ini dengan anak supaya si kecil lebih terbiasa untuk buang air dalam tandas.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Jia Ling. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comajar-anak-anda-guna-tandas-dalam-masa-3-hari-sahaja-kaedah-potty-training-ini-sangat-berkesan/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!