Cara power pumping yang betul meningkatkan bekalan susu ibu

lead image

Ibu-ibu tahu tak tentang cara power pumping yang terbukti mampu membanyakkan bekalan susu ibu ini? Kalau tak tahu, jom belajar sama-sama.

Sekarang, keadaan sudah berubah. Ibu moden kini turut sibuk bekerja mencari sesuap nasi untuk membesarkan anak-anak. Namun begitu, bekerja bukanlah alasan untuk tidak menyusukan bayi. Kan ada cara power pumping untuk meningkatkan susu badan?

Bagi para ibu yang kekurangan susu badan, terdapat cara power pumping yang mungkin boleh membantu anda dalam meningkatkan penghasilan susu ibu.

Cara power pumping kini semakin sinonim dengan dunia ibu dan anak.

Apa itu cara power pumping?

Power pumping adalah satu teknik unik yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.

Teknik ini berkesan apabila pam susu digunakan untuk memaksa susu keluar seakan-akan sedang menyusukan bayi dan secara tidak langsung akan meningkatkan penghasilan susu ibu dengan banyak.

 

src=http://www.usmama.com/wp content/uploads/2016/09/Top Tips for Expressing More Milk When Breast Pumping 1.jpg Cara power pumping yang betul meningkatkan bekalan susu ibu

Penghasilan susu ibu bergantung kepada tindak balas hormon dan rembesan hormon bergantung kepada “arahan” daripada otak. Hormon-hormon yang terlibat ialah hormon prolaktin dan hormon oksitosin.

Jika bayi anda semakin kuat, lebih kerap dan lebih lama menyusu. Ini secara tidak langsung akan merangsang kelenjar pituitari untuk merembeskan hormon prolaktin yang membawa mesej untuk menghasilkan lebih banyak susu.

Bagaimanakah cara power pumping ini berkesan?

Cara power pumping ini tidak akan membantu untuk meningkatkan susu ibu jika penggunaannya terlalu kerap. Sebenarnya, teknik ini sangat sesuai jika digilir-gilirkan ketika menyusukan bayi.

Ini kerana apabila payudara ibu dihisap dan bekalan susu ibu semakin berkurang, maka tubuh akan mendapat isyarat untuk menghasilkan lebih banyak susu dengan lebih cepat.

src=https://www.todaysparent.com/wp content/uploads/2017/07/how to clean your breast pump 1024x576 1500926210.jpg Cara power pumping yang betul meningkatkan bekalan susu ibu

Terdapat 2 jenis pam susu yang terkenal di kalangan ibu kini. Ini saranan penggunaanya:

Jika anda menggunakan pam susu tunggal: Pam payudara kanan selama 10 minit kemudian tukar pam payudara sebelah kiri pula selama 10 minit.

Tukar semula ke payudara kanan 10 minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua payudara selama 1 jam.

Jika anda menggunakan pam dwi: Pam kedua-dua belah payudara secara serentak selama 10 minit. Kemudian berhenti mengepam selama 10 minit dan sambung semula pam kedua-dua belah payudara selama 10 minit dan rehat semula 10 minit.

Teruskan sehingga 1 jam.

Anda boleh memilih 1 jam masa pada waktu pagi dan malam untuk mengepam susu berpandukan saranan berikut:

Pam untuk 20 minit; rehat 10 minit

Kemudian pam lagi 10 minit; rehat untuk 10 minit

Terakhir kalinya, pam sekali lagi untuk 10 minit

Cara ini memerlukan lebih kurang 40 minit untuk mengepam susu.

Seelok-eloknya, pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.

Pelbagai cara boleh diikuti, tetapi terpulang kepada masa dan keselesaan para ibu. Ada antara kita yang merasakan cukup 2 kali sehari dan ada pula yang berpendapat 3 kali sekali.

Untuk mendapatkan kesan peningkatan susu yang baik, bolehlah diamalkan lebih pada 7 hari.

src=http://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2013/08/breastpump 300x199.jpg Cara power pumping yang betul meningkatkan bekalan susu ibu

Cara lain untuk memperbanyakkan susu ibu 

 1. Tingkat kekerapan penyusuan

  • Susukan bayi anda setiap 2 jam pada waktu siang
  • Kejutkan bayi anda jika bayi anda tidur melebihi 2 jam dan berikan susu

2. Berikan puting payudara anda lebih kerap kepada bayi

  • Ini akan menggalakkan bayi untuk hisap dan sekaligus membantu untuk pengeluran susu dengan banyak
  • Pastikan sentuhan kulit-ke-kulit kerana ini boleh menggalakkan pengeluran susu ibu

3. Susukan dengan lebih lama dan jangan sekat masa penyusuan

  • Pastikan bayi anda menghabiskan hisapan pada sebelah payudara terlebih dahulu sebelum menukarkan ke sebelah payudara lain

4. Susukan ketika tidur

  • Keadaan yang selesa dan relaks membantu stimulasi penyusuan dengan berpanjangan dan lebih kerap. Justeru, pada ketika ini peningkatan rembesan  hormon adalah tinggi

5. Mencuba herba-herba yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Kesimpulannya, pelbagai cara boleh membantu untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Cara power pumping adalah salah satu teknik berkesan yang semakin popular digunakan kini.

Pilihlah masa terbaik dan sesuai untuk melakukan teknik ini bagi memenuhi keperluan dan kehendak bayi anda.

 

 

 

 

 

 

Baca juga:

7 Soalan Tentang Penyusuan Susu Badan Yang Dijawab Pakar Laktasi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!