5 cara halus untuk beritahu suami yang anda tak puas ketika di ranjang

undefined

Prestasi suami di ranjang tidak bagus dan anda tidak mendapatkan apa yang anda mahukan? Baca untuk ketahui bagaimana anda perlu beritahu suami tentang ini.

Dalam perkahwinan, akan ada masa anda perlu berbincang tentang perkara yang sukar. Tapi bila melibatkan topik yang sensitif, anda perlu berhati-hati ketika bercakap untuk tidak melukakan perasaan pasangan anda.

Jika prestasi suami di ranjang tidak bagus, anda perlu lebih berhati-hati. Lelaki selalunya bangga dengan kehebatan seksual mereka.

Apabila di ranjang, mereka fikir mereka seperti harimau, tapi realitinya mereka hanyalah seperti anak kucing!

Tapi anda boleh membantu mereka menyarankan beberapa cara untuk memperbaiki teknik mereka tanpa menyinggung perasaan mereka.

Jika prestasi suami di ranjang tidak bagus, ini 5 cara halus untuk anda beritahu mereka

1. Prestasi suami di ranjang: Bersahaja dan penuh positif

prestasi suami di ranjang, tak puas dengan suami, isteri tak puas, cara beritahu suami tak puas, tak puas di ranjang

Bincang masalah bilik tidur semasa anda berbual santai ketika menonton TV atau sedang makan di rumah. Dengan cara ini, ia akan menunjukkan yang anda bukan nak fokus pada perkara besar.

Fokuskan dengan perkara yang anda suka semasa di ranjang. Lambat laun dia akan faham.

Menurut pakar psikologi Kristen Carpenter, masalah di dalam bilik tidur perlu dibincangkan di luar tempat tidur. Dia juga menasihatkan kaum wanita untuk berterus-terang tentang apa yang anda suka di ranjang.

2. Prestasi suami di ranjang: Galakkan yang “baik”

Walaupun semasa dalam bilik tidur, anda boleh memberi gambaran untuk suami yang anda mahu mereka melakukan sesuatu dengan lebih baik tanpa perlu beritahu secara langsung.

Bagaimana? Jika suami anda lakukan perkara yang anda suka, tunjukkan yang anda suka. Seperti contoh, jika anda tak suka suami melakukan rangsangan oral di faraj, perlahan-pahan anda tarik dia ke atas.

Selagi anda mahu memuaskan satu sama lain, tiada cara yang betul atau salah untuk melakukan hubungan seks. Tapi ada cara yang terbaik, sesuai untuk anda berdua.

3. Prestasi suami di ranjang: Jangan kritik

prestasi suami di ranjang, tak puas dengan suami, isteri tak puas, cara beritahu suami tak puas, tak puas di ranjang

Pakar terapi seks, Laurel House menyarankan isteri untuk tidak mengkritik ketika di ranjang. Ini kerana, tak ada orang yang suka apabila kita kata dia salah ketika mereka sedang melakukan sesuatu dengan semangat.

Sebaliknya, cuba untuk tukarkan fokus dan aksi mereka dengan apa yang anda suka di ranjang. Jika dia selalu merasakan sesuatu posisi tidak selesa untuk anda, beritahu mereka tentang posisi yang anda suka.

Ingat yang suami anda mahu puaskan anda, orang yang hebat di ranjang juga perlukan panduan!

4. Prestasi suami di ranjang: Jangan bebankan mereka

Apabila anda sudah tukar fokus mereka dan cakap tentang apa yang anda suka, jangan bebankan mereka dengan arahan. Buat satu demi satu.

Jika prestasi suami di ranjang tidak bagus, mereka mungkin sedang ragu-ragu dengan dirinya. Perkara terakhir yang anda ingin buat adalah bebankan dia dengan permintaan anda yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Beri mereka petunjuk sekali sekali, tapi jangan terlalu terbawa-bawa.

5. Prestasi suami di ranjang: Bersedia untuk mendapatkan maklum balas

Ingat! Seks adalah usaha bersama. Jika prestasi suami di ranjang tidak bagus, anda boleh bantu dengan bertanya apa yang dia suka juga.

Mungkin teknik mereka boleh diperbaiki jika anda buat posisi atau gerakan yang buat dia rasa natural.

Komunikasi adalah penting! Bukan seks yang paling mencabar atau liar yang menentukan seks itu bagus.

Seks yang bagus adalah apabila anda memahami satu sama lain, mahu memuaskan satu sama lain dan berusaha untuk meluahkan cinta dan keinginan anda dengan cara yang terbaik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga: 

my.theasianparent.com/posisi-missionary

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!