8 Jenama Probiotik Untuk Bayi Yang Bagus, Sangat PENTING Untuk Kesihatan Usus Kanak-Kanak

8 Jenama Probiotik Untuk Bayi Yang Bagus, Sangat PENTING Untuk Kesihatan Usus Kanak-Kanak

Pemberian probiotik untuk bayi dari awal dapat membantu sistem imun bayi dan penghadaman yang sihat. Ini 8 jenama yang terbaik!

Boleh kata majoriti diantara kita telah mendengar manfaat probiotik dan kepentingannya untuk kesihatan usus, namun begitu, selamatkah untuk bayi?

Terdapat dua jenis bakteria iaitu "bakteria baik" dan "bakteria tidak baik". Probiotik pula tergolong sebagai "bakteria baik" yang sangat diperlukan oleh tubuh, terutamanya bagi sistem penghadaman jika diambil dalam jumlah yang mencukupi.

Jika anda masih was-was untuk memberikan kepada bayi anda, teruskan membaca kerana kami, di theAsianparent akan kongsikan satu persatu probiotik terbaik Malaysia.

Apa itu Probiotik?

Tahukah anda probiotik tidak sama dengan prebiotik dan antibiotik? Mungkin sebutannya seakan sama tetapi mempunyai fungsi yang berbeza. Probiotik merupakan "bakteria baik" yang membantu meningkatkan sistem imun badan dan meningkatkan kesihatan sistem penghadaman bayi.

Probiotik adalah sejenis mikroorganisma hidup yang mana terdapat dalam usus manusia yang sihat sebanyak 400-500 jenis. "Bakteria baik" yang biasanya digunakan dalam produk antaranya adalah:

  • Lactobacillus
  • Bifidobacterium 
  • Enterococcus
  • Saccharomyces

Bukan itu sahaja, anda boleh mendapatkan probiotik melalui sumber makanan secara semulajadi iaitu:

  • Yogurt dan minuman yogurt asli
  • Minuman susu berkultur
  • Tempe
  • Jeruk
  • Bijirin kefir dan susu yang telah ditapai
  • Kimchi
  • Susu mentega

Kuman secara umumnya akan merosakkan tubuh dan menyebabkan kegagalan pada sistem dalaman badan, manakala "kuman baik" pula sebaliknya. Ia seolah-olah memberikan perlindungan pelalian untuk tubuh yang menjadikan sistem imun lebih kuat. 

Selamatkah Probiotik Untuk Bayi?

Kebanyakan kajian ke atas bayi dan probiotik menunjukkan ia selamat diberikan pada bayi yang sihat. Perlu diingat bahawa masih terdapat kekurangan penyelidikan  tentang probiotik dan bayi. Anda harus berbincang tentang penggunaannya keatas bayi anda dengan doktor sebelum memberikannya kepada anak. Antara sebabnya ialah:

  • Terdapat beberapa strain yang berfungsi dengan cara yang berbeza. Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) menganggapnya sebagai makanan tambahan. Oleh itu, mereka tidak dikawal seperti dadah atau terbukti selamat.
  • Tiada dos rasmi yang disyorkan untuk bayi pada masa ini. Sesetengah daripada mereka mempunyai kesan sampingan yang menyebabkan reaksi alahan, sakit perut, cirit-birit, dan gas dan kembung.
  • Bayi memerlukan pemantauan yang teliti. Anda harus berbincang dengan doktor anda tentang sebarang jenis suplemen sebelum memberikannya kepada bayi anda. Doktor anda boleh membincangkan keperluan untuk menggunakan probiotik dan boleh mengesyorkannya atau rawatan lain yang paling sesuai untuk anak anda.

Secara umumnya, apabila seorang bayi dilahirkan secara tidak langsung "bakteria baik" yang berada pada saluran vagina akan masuk ke dalam tubuh bayi, namun kajian menunjukkan lebih 50% wanita mempunyai jangkitan pada saluran peranakan.

Jadi, pemberian probiotik dari kecil membantu bayi membina pelindung dalam saluran penghadaman mereka, meningkatkan sistem imun badan dan dapat mencegah jangkitan.

Antara gejala penyakit yang boleh dicegah dan dirawat pada peringkat awal termasuklah:

  • Sembelit
  • Cirit-birit
  • Kembung perut
  • Gastrik 

8 Jenama Probiotik Yang Bagus Untuk Bayi

Terdapat lambakan pilihan di pasaran sehinggakan ibu ayah buntu memilih yang mana satu, disebabkan itulah kami kongsikan beberapa jenama probiotik yang bagus untuk bayi anda di sini.

[product-comparison-table title="Jenama Probiotik Yang Bagus Untuk Bayi"]

Lacto GG Probiotic

Probiotik Untuk Bayi Terbaik 100% Semulajadi

probiotik, probiotik untuk bayi, makanan probiotik, waktu terbaik makan probiotik

LactoGG ialah strain probiotik untuk bayi terbukti secara saintifik dan menjalani 200 ujian klinikal yang menyokong kesannya terhadap kesihatan. LactoGG adalah singkatan kepada Lactobacillus rhamnosus strain GG (ATCC53103) yang dihasilkan oleh dua saintis Boston, Prof. Sherwood L. Gorbach dan Dr. Barry Goldin pada tahun 1985.

Ia adalah kapsul berasaskan tumbuhan yang mengandungi 20 bilion bakteria ''GG'' hidup dan inulin, serat tumbuhan yang bertindak sebagai makanan untuk bakteria hidup. Ia tidak mengandungi yis, natrium, pengawet, pewarna makanan tiruan, perasa tiruan, pemanis atau gula. Kandungannya semua 100% semulajadi.

Apa yang kami suka?

  • Terbukti secara saintifik
  • Sesuai untuk semua peringkat umur termasuk bayi
  • Mengurangkan risiko jangkitan
  • Mengurangkan risiko jangkitan pada bayi pramatang dan baru lahir

Biostime Infant Probiotics

Probiotik Untuk Bayi Terbaik Dengan Vitamin D

Jenama probiotik yang bagus untuk bayi adalah Infant Probiotics keluaran Biostime. Ia merupakan suplemen perut untuk kanak-kanak No. 1 dunia. Diformulasi khas dengan gabungan probiotik dan Vitamin D dapat membantu untuk menyokong sistem imun, menggalakkan pencernaan yang sihat dan membantu memulihkan mikro flora usus yang baik.

Ia terdapat dalam jenis uncang jadi anda tidak perlu susah payah untuk menyukat setiap bancuhan probiotik untuk bayi. Boleh diberikan kepada bayi berusia 3 bulan ke atas. 

Apa yang kami suka?

  • Mengandungi 3 probiotik iaitu strain Lactobacillus dan Bifidobacterium
  •  Mengandungi FOS, prebiotik semulajadi
  • Vitamin D untuk membantu menyokong kesihatan sistem imun pada bayi dan kanak-kanak yang sihat
  • 3 bilion CFU setiap sachet
  • Uncang pra-saiz yang mudah digunakan untuk kegunaan
  • Tidak perlu disejukkan
  • Tiada perasa, warna atau pemanis tiruan tambahan

Lacto-Fit Probiotics

Probiotik Untuk Bayi Terbaik Dengan Formula Sinbiotik

LACTO-FIT Probiotics, probiotik, probiotik untuk bayi, makanan probiotik, waktu terbaik makan probiotik

Rangkaian produk jenama Lacto-fit ini mempunyai probiotik untuk bayi yang mengandungi lebih daripada 1 bilion Lactobacillus (CFU) dalam setiap pakej. Gabungan kesemua mikroorganisma yang baik di dalam satu formula Sinbiotik membantu mencukupkan jumlah pengambilan probiotik untuk sampai ke usus agar sistem penghadaman lebih sihat dan kuat.

Ia mudah larut dan mudah dibancuh kerana tersedia dalam sachet. 

Apa yang kami suka?

  • Formula Sinbiotik
  • Diperbuat dari probiotik berkualiti tinggi iaitu Lactobacillus acidophilus DDS®
  • Diikitraf oleh UAS Labs dan disahkan oleh GMP
  • Sesuai untuk bayi berusia 1-3 tahun yang mempunyai masalah usus sensitif
  • Mengandungi 2gx 60 sachet setiap satu

LoveBug Probiotics Tiny Tummies Daily Probiotic + Prebiotic

Probiotik Untuk Bayi Terbaik Dengan Gabungan Prebiotik

LoveBug Probiotics Tiny Tummies Daily Probiotic + Prebiotic

LoveBug Probiotics Tiny Tummies Daily Probiotic + Prebiotic adalah probiotik keluaran Amerika Syarikat. Ia sesuai diambil sebagai makanan tambahan untuk bayi baru lahir sehingga mencapai usia 6 bulan. Pengambilan secara konsisten membantu menyokong sistem imun bayi dan meningkatkan kesihatan sistem penghadaman.

Ibu-ibu jangan bimbang kerana ia diformulasi tanpa gula dan tiada perisa. Serta bebas tenusu dan gluten. Sangat sesuai untuk bayi yang mempunyai alahan atau ekzema. Cara bancuhan mudah sahaja, hanya masukkan 1 sachet ke dalam susu ibu atau susu formula pada suhu bilik. Gaul sehingga larut. Sedia untuk diminum.

Apa yang kami suka?

  • Tiada gula dan tanpa perisa
  • Bebas tenusu dan gluten
  • Membantu sistem imun dan sistem pencernaan
  • Mudah dibancuh
  • Tiada GMD
  • Sesuai untuk bayi baru lahir

Helperjang Baby & Kids Probiotics

Probiotik Untuk Bayi Terbaik Dengan Perisa Susu

Helperjang Baby & Kids Probiotics

Jenama probiotik untuk bayi keluaran dari Korea ini mempunyai perisa susu yang lazat semanis gula. Terdapat lebih 500 juta CFU dan gabungan bakteria baik terdapat dalam serbuk ini.

Ia sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan untuk bayi dan kanak-kanak yang mempunyai sistem imun yang rendah dan membantu memperbaiki keseluruhan sistem dalam badan secara efektif.

Apa yang kami suka?

  • Perisa susu yang enak
  • Boleh dimakan begitu sahaja atau dibancuh dengan susu formula
  • Terdapat 7 jenis "bakteria baik" yang berkualiti tinggi
  • Sesuai untuk bayi berusia 3 bulan ke atas
  • Mengandungi 2000mg x 30 sachet
  • Penggunaan tahan selama sebulan 

BioGaia Probiotics Drops

Probiotik Untuk Bayi Terbaik Mengandungi Asid Laktik

probiotik untuk bayi

Bio Gaia Probiotic supplement Malaysia berbeza dengan probiotik yang lain. Jenis ini terdapat dalam bentuk cecair yang mengandungi bakteria asid laktik. Ia dipatenkan sebagai Limosilactobacillus reuteri (dahulunya dikenali sebagai Lactobacillus reuteri) dan Protectis (L. reuteri DSM 17938).

Keduanya membantu mikroorganisma yang baik dengan mengekalkan keseimbangan semula jadi dalam usus. Setiap titisan mengandungi lebih 100 juta L. reuteri Protectis hidup dan selamat untuk kegunaan jangka masa panjang.

Cara pengambilan adalah goncang dengan sebati selama 10 saat sebelum mencampurkannya ke dalam minuman berkultur. Pengambilan adalah sebanyak 1 botol sehari. Elakkan tambah minuman panas kerana boleh merosakkan bakteria yang hidup.

Apa yang kami suka?

  • Mudah ditelan
  • Selamat dan dikaji secara klinikal pada bayi
  • Disyorkan oleh pakar pediatrik di seluruh dunia
  • Lebih 74 juta botol terjual

US Clinicals Strongbiotics Kids

Probiotik Untuk Bayi Terbaik Dengan 5 Strain Probiotik Berbeza

Strongbiotics Kids

Jenama probiotik untuk bayi yang terakhir ialah Strongbiotics Kids. StrongBiotics™ Kids ialah serbuk sinbiotik yang cepat cair diperkaya dengan Probiotik dan Prebiotik untuk membantu menguatkan sistem pencernaan dan imun anak anda.

Setiap sachet mengandungi 5 bilion CFU daripada 5 strain Probiotik berbeza, yang mampu bertahan melalui asid gastrik dan hempedu.

Penambahan Prebiotik berfungsi secara sinergi dengan Probiotik untuk mengekalkan keseimbangan dan kepelbagaian bakteria usus yang baik dalam usus anak anda!

Apa yang kami suka?

  • Menggalakkan kesihatan usus yang optimum
  • Mengekalkan keseimbangan mikroflora usus
  • Meningkatkan penyerapan nutrien
  • Mengurangkan kembung perut
  • Kurangkan cirit birit
  • Kanak-kanak di bawah 4 tahun, ambil 1 sachet setiap hari

Life Space Probiotic Powder

Probiotik Untuk Bayi Terbaik Sesuai Untuk Vegetarian

Life Space Probiotic Powder

Jenama dari Australia ini mengandungi rangkaian besar spesis bakteria baik untuk perut si manja. Ia mengandungi 10 strain bakteria yang bermanfaat untuk kesihatan usus dan menyokong sistem pencernaan agar kekal sihat sepanjang masa.

Ia diformulasikan khas untuk menyokong kesihatan dan kebaikan tubuh setiap hari. Ia juga membantu menyeimbangkan kesihatan sistem imun badan. Bukan itu sahaja, Life Space Probiotic Powder untuk bayi ini juga menyokong fungsi kesihatan usus perut.

Apa yang kami suka?

  • Mengandungi 10 strain bakteria bermanfaat untuk perut
  • Dijamin bakteria hidup
  • Tidak perlu simpan di dalam peti sejuk
  • Probiotik berasaskan semula jadi
  • Sesuai untuk vegetarian
  • Tiada tambahan susu, gluten atau telur
  • Tiada tambahan bahan pengawet atau pewarna tiruan
  • Diformulasikan, dikisar dan dipek di Australia

Perbandingan Harga Probiotik Untuk Bayi Terbaik

Jenama Harga
Lacto GG Probiotic RM122.90
Biostime Infant Probiotics RM105.90
Lacto-Fit Probiotics RM77.96
LoveBug Probiotics Tiny Tummies Daily Probiotic + Prebiotic  RM161.90
Helperjang Baby & Kids Probiotics RM37.89
Biogaia Probiotics Drops RM85.00
US Clinicals Strongbiotics Kids RM185.00
Life Space Probiotic Powder RM85.00

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Jenis Makanan Probiotik Untuk Bayi dan Kanak-Kanak

Probiotik adalah bakteria baik yang membantu menjaga kesihatan sistem pencernaan. Antara makanan yang mengandungi probiotik yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak adalah seperti:

1. Yogurt

Yogurt adalah sumber probiotik yang paling biasa dan mudah didapati. Pastikan memilih yogurt yang tidak mengandungi gula tambahan dan dibuat khas untuk bayi atau kanak-kanak.

2. Kefir

Kefir adalah sejenis minuman susu yang berkrim dan kaya dengan probiotik. Ia juga mengandungi lebih banyak bakteria baik berbanding yogurt. Namun, pastikan memberikan kefir yang sesuai untuk kanak-kanak.

3. Tempe

Tempe adalah makanan yang dibuat daripada kacang soya yang telah diperam. Ia kaya dengan probiotik dan juga mengandungi protein yang baik untuk pertumbuhan kanak-kanak.

4. Sauerkraut

Sauerkraut adalah kubis yang diperam dan mengandungi probiotik. Walau bagaimanapun, pastikan ia tidak terlalu masin dan sesuai untuk kanak-kanak sebelum memberikannya.

5. Miso

Miso adalah pes kacang soya yang diperam dan sering digunakan dalam masakan Jepun. Ia boleh dicampur dalam sup atau hidangan lain yang sesuai untuk kanak-kanak.

Waktu Terbaik Makan Probiotik Kepada Bayi 

Waktu terbaik untuk memberi makanan probiotik kepada bayi dan kanak-kanak adalah:

1. Semasa Sarapan atau Makan Tengah Hari: Pada waktu ini, sistem pencernaan lebih aktif dan makanan probiotik dapat membantu proses pencernaan sepanjang hari.

2. Selepas Makan Utama: Probiotik berfungsi dengan lebih baik apabila diambil bersama atau selepas makan utama. Ini membantu bakteria baik untuk bertahan dalam perut dan sampai ke usus dengan lebih efektif.

3. Secara Berkala, Tetapi Tidak Berlebihan: Berikan makanan probiotik kepada anak anda secara konsisten, tetapi pastikan tidak berlebihan. Sedikit setiap hari sudah mencukupi untuk menyokong kesihatan pencernaan mereka.

Sebagai tambahan. pilihlah probiotik mengikut kesesuaian anak anda agar tubuh mendapat keperluan yang secukupnya. Ia secara tidak langsung mengelakkan anak-anak mendapat jangkitan yang tidak diingini. 

Cubalah salah satu jenama yang bagus untuk bayi seperti kami syorkan. Siapa tahu boleh membantu meringankan masalah kesihatan anak anda yang sebenarnya masih boleh dirawat pada peringkat awal. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selamat Tak Kalau Anak Minum Yakult (Minuman Probiotik) Seawal Usia 6 Bulan? Anak Asyik Minta!

Baca juga: Jom Tambah Ilmu Bersama BiO-LiFE® Mengenai Kepentingan & Fungsi Probiotik Untuk Terus Kekal Sihat!

Baca juga: Tak Sangka Budu & Tempe Kategori Makanan Probiotik Yang Bagus Untuk Kanak-Kanak