11 Produk Kecantikan Yang Berbahaya Jika Digunakan Secara Berlebihan
Adakah ibu-ibu sekalian menggunakan produk-produk ini? Hati-hati kerana sesetengah daripada produk kecantikan ini boleh membahayakan kesihatan jika digunakan secara berlebihan!
Anda pengemar produk kecantikan? Hati-hati apabila menggunakannya kerana sesetengah produk kecantikan boleh merbahayakan kesihatan jika digunakan secara berlebihan.
Jom semak apakah antara 11 produk kecantikan yang berbahaya untuk anda jika diguna secara berlebihan, seperti di bawah ini:
1. Losyen untuk buat kulit perang
“Walaupun tidak kuat, bahan-bahan dalam losyen ini (DHA dan erythrulose) tak dapat dikenalpasti.
Warna kulit selepas guna produk ini adalah hasil dari reaksi enzimatik kepada oksigen.
Anda tidak digalakkan untuk menyapu losyen ini setiap hari. Adalah lebih selamat jika anda menggunakannya hanya sekali dalam 2 hari“- Ashleigh Ciucci
2. Primer muka
Kebanyakan primer diperbuat daripada silikon dan silikon ini akan berada di atas permukaan kulit anda.
Fungsinya adalah untuk melicinkan kulit dan untuk mengurangkan liang-liang roma yang besar.
Tapi tahukah anda ia juga boleh memerangkap peluh dan minyak di dalam liang dan menyebabkan jerawat?
“Jangan pakai primer setiap hari dan hanya gunakan produk kecantikan ini untuk majlis khas. Di samping itu, pastikan anda guna pembersih muka yang boleh menghilangkan silikon pada muka. “- Allan Avendaño
3. Produk kecantikan dengan bahan Retinol
Retinol datang dalam formula yang berbeza-beza di pasaran, dan anda pasti akan melihat ramai iklan yang menyarankan produk ini.
Namun, jika produk tersebut tidak disahkan selamat oleh pakar dermatologi yang berdaftar, kandungan retinol dalamnya mungkin terlalu kuat sehingga boleh mengelupaskan kulit atau menyebabkan kulit rasa terbakar.
Pengguna produk ini biasanya akan mengalami kulit kering apabila mula menggunakan retinol. Kandungan retinol yang selamat adalah 0.5 sahaja, sekali atau dua kali seminggu. ” – Dr. Kim Nichols, Perunding Dermatologi Avon.
4. Syampu dengan agen penjernih
Saya suka menggunakan syampu dengan agen penjernih untuk membersihkan semua pembentukan silicon, minyak dan mineral yang menyebabkan rambut kurang berkilau.
Tapi, tidak kira apa jenama syampu yang anda pilih, jangan gunakannya terlalu kerap kerana ia boleh menghapuskan minyak semulajadi rambut.
Tanpa sebum, rambut anda akan jadi terlalu kering dan rosak. Wanita harus menggunakan syampu dua kali sebulan atau- mungkin seminggu sekali jika diperlukan, tetapi tidak lebih daripada itu. “- Derek Yuen.
5. Berus pencuci muka
Sekarang orang sangat suka berus muka seperti Clarisonic kerana mereka merasakan muka mereka lebih bersih.
Sebenarnya, berus lembut ini agak kasar untuk kulit dan boleh menyebabkan jerawat, kulit kering, dan juga keadaan dan gejala keradangan seperti psoriasis, rosacea, atau ekzema.
Wanita boleh menggunakan produk ini beberapa hari seminggu apabila memakai bahan solek yang lebih tebal. Tetapi jangan gunakannya setiap hari. ” – Dr. Kim Nichols, Perunding Dermatologi Avon.
6. Petroleum Jelly
Petroleum jelly boleh menenangkan kawasan keradangan atau luka, tetapi ia tidak menyerap ke dalam kulit.
Ini boleh menghalang kelembapan tambahan atau kelembapan semulajadi dari menembusi ke kulit.
Ia juga boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan bukan jalan penyelesaian jangka lama yang baik – Allan Avendaño
7. Mask rambut
Biasanya masik rambut disapu ke rambut dan dibiarkan selama 10 minit sebelum dibilas.
Anda akan mendapati rambut anda direhidrasi dan rasa lembut dengan serta merta.
Tetapi anda perlu berhati-hati ketika menggunakan produk kecantikan ini. Jika anda menggunakannya lebih dari sekali seminggu, rambut akan jadi berminyak, berat dan susah digayakan- Derek Yuen
8. Lip balm yang ada ubat
Produk bibir yang ada ubat bagus untuk bibir yang kering.
Tapi berhenti menggunakannya apabila bibir anda sudah sembuh kerana kulit pada bibir boleh ketagih kepada formula berubat dan akan bergantung kepada produk itu setiap masa”- Joy Fennell
9. Gincu matte tahan lama
Pigmen dan daya tahan lipstik matte boleh tinggal di permukaan kulit bibir untuk masa yang lama dan mengeringkannya.
Cuci gincu dari bibir dengan menggunakan minyak kelapa agar ia tidak mengeringkan kulit bibir.
Berhenti guna gincu tahan lama berapa hari seminggu dan kembali memakai gincu biasa untuk mengekalkan bibir yang cantik – Molly Greenwald
10. Peluntur
Pelanggan biasanya tidak sedar liang-liang pada kulit kepala sama seperti liang-liang di wajah kita.
Peluntur adalah bahan kimia yang kuat dan boleh menjejaskan kulit malah saiz liang kepala.
Ia juga boleh menyebabkan rambut semulajadi yang cantik menjadi kering dan rapuh.
Saya selalu cadangkan glaze rambut dan tidak peluntur. Serum untuk mencerahkan rambut adalah pilihan yang lebih baik dan boleh mengurangkan rambut senang jatuh. – Dr. Kim Nichols, Perunding Dermatologi Avon.
11. Sambungan bulu mata palsu
Wanita yang memakai sambungan bulu mata palsu selalu kelihatan hebat terutamanya untuk acara istimewa, seperti perkahwinan.
Walaupun sambungan bulu mata ini diiklankan sebagai ‘organik’, ia masih perlu digam ke bulu mata asal anda.
Akhirnya bulu mata asal anda senang jatuh dan boleh patah. Hadkan penggunaan sambungan bulu mata palsu ” – Dr. Kim Nichols, Perunding Dermatologi Avon.
Sumber: Pop Sugar
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
11 Rahsia Kecantikan Yang Pakar Dan Industri Kecantikan Tidak Mahu Anda Tahu