Serbuk Arang Putihkan Gigi Atau Buat Gigi Terhakis & Bengkak? Ini Kata Doktor

lead image

Sebelum pakai produk apapun, selidik dahulu kandungan bahan yang digunakan, jangan sampai merugikan diri sendiri!

Sekarang ramai yang terlalu taksub nak cantik hingga terlupa kesan yang akan berlaku jika anda menggunakan produk sembarangan. Misalnya produk pemutih gigi seperti serbuk arang. 

Sekarang ‘meriah’ di laman sosial memaparkan keberkesanan penggunaan arang sebagai salah satu cara putihkan gigi dan membersihkan mulut.

Rata-rata penjual mendakwa serbuk arang mampu memutihkan gigi, menghilangkan bau mulut, dan boleh buat gigi sentiasa segar dan bertindak sebagai detox mulut. 

Namun persoalannya, benarkan produk pemutih gigi ini benar-benar berkesan dan mampu memberi kesan positif pada kesihatan gigi dan mulut? 

Ini apa yang dikongsikan Dr. Yazeed Hair Johari di mana beberapa orang pesakit yang mengadu gigi bengkak dan rosak teruk selepas pakai produk pemutih gigi tersebut. 

Produk pemutih gigi – Serbuk arang melekat teruk pada gigi 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/45640441 10161248847240232 9217573878249816064 n.jpg Serbuk Arang Putihkan Gigi Atau Buat Gigi Terhakis & Bengkak? Ini Kata Doktor

“Semalam ada satu kes serbuk melekat celah enam batang gigi dan gusi. Anggaran kos rawatan RM70 ke RM90 sebatang gigi dan bergantung pada kesukaran kes. Manakala ubat bius RM30 ke RM50. 

Semalam, pesakit tersebut terpaksa menanggung kos hampir RM800 untuk buang segala serbuk yang melekat. Itu belum lagi kos cuci, polish dan whitening. 

Sebab itu, sebelum nak pakai produk apa sekalipun pastikan kaji dahulu sebelum pakai. Kalau tak memang rugi sendiri. 

Selagi bahan itu selamat dibolehkan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/45585079 10161248847625232 2907904433775968256 n.jpg Serbuk Arang Putihkan Gigi Atau Buat Gigi Terhakis & Bengkak? Ini Kata Doktor

Menurut Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, Dr Ng Woan Tyng, penggunaan ubat gigi merupakan medium penting untuk gosok dan bersihkan gigi serta mulut. 

Malah, pengguna boleh guna apa saja yang dirasakan sesuai untuk menggosok gigi, tapi ia perlulah mengikut cara yang betul dan waktu yang bersesuaian. Selain itu, pastikan bahan yang digunakan dalam produk tersebut selamat dan tidak berbahaya.

Jika produk pemutih gigi serbuk arang itu mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ia selamat dan boleh digunakan. 

Namun, keberkesanan untuk memutihkan gigi harus diteliti terlebih dahulu jika tak mahu sebarang risiko terjadi. 

Produk pemutih gigi arang hanya membersihkan permukaan gigi 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/selamat ke cuci gigi pakai arang untuk memutihkan gigi.jpg Serbuk Arang Putihkan Gigi Atau Buat Gigi Terhakis & Bengkak? Ini Kata Doktor

Dalam pada masa yang sama, Dr Irma yang bertugas di Klinik Pergigian Irma Ariandi menerusi Utusan Malaysia menyatakan bahan arang hanya membersihkan permukaan gigi dan bantu membuang kesan warna pada gigi.

Ia tidak sama dengan  power teeth whitening dan cosmetic teeth whitening yang digunakan oleh doktor gigi untuk merawat pesakit. 

Jelasnya lagi, pengguna disarankan berhati-hati dan tidak menggunakan serbuk arang terlalu kerap bagi mengelak sebarang risiko dan kemungkinan. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Yazeed Hair Johari, Rojak Daily

Baca juga:

Bila Dan Bagaimana Cara Terbaik Untuk Memberus Gigi Bayi Anda?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!