Program IVFKasih kos rendah untuk pasangan yang ingin hamil

lead image

IVFkasih akan membawa satu revolusi kepada dunia rawatan fertiliti di Malaysia, dengan menjadikan rawatan kesuburan lebih terbuka dengan harga mampu milik kepada semua lapisan masyarakat.

Apakah Program IVFKasih?

Program IVFKasih, dengan kerjasama Sunfert @ Bangsar South bertujuan untuk membantu pasangan berkahwin yang mengalami kesukaran untuk hamil pada usia yang lebih awal.

Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat ini atau CSR , yang dijalankan Sunfert adalah program IVF kos rendah yang menggunakan perawatan kesuburan yang unik dan inovatif untuk mengurangkan kos tanpa menjejaskan kadar kehamilan.

Dalam masyarakat yang menghargai kesuburan, sering kali pasangan yang tidak dapat hamil akan mengalami diskriminasi atau ditindas. Semua yang akan berubah.

Dengan cogan kata, “peluang untuk hidup”, Program IVFKasih adalah satu pakej bayaran murah yang merangkumi semua kos perubatan, tanpa caj-caj yang tersembunyi.

Kalau ikut zaman dulu, rawatan IVF yang mahal ini hanya terbuka kepada pasangan suami isteri yang mampu. Kini dengan adanya Program IVFKasih, pasangan suami isteri muda pun boleh memiliki cahaya mata sendiri.

IVFKasih Program IVFKasih kos rendah untuk pasangan yang ingin hamil

Faktor Kos

Menurut Dr Norazlin Rosli, Pakar Wanita dari Klinik Pakar Kesuburan Kasih, kos rawatan adalah faktor yang menghalang pasangan daripada mencuba IVF. Caj di pusat perubatan swasta dan klinik boleh menjangkau bayaran di antara RM18,000 hingga RM20,000 untuk setiap rawatan.

Hospital kerajaan mengenakan bayaran antara RM5,000 dan RM10,000 untuk setiap rawatan, tetapi ianya mengambil masa yang lama disebabkan senarai giliran yang panjang. Sesetengah pasangan perlu menunggu selama setahun untuk percubaan pertama mereka.

IVF tidak menjamin kehamilan dan apabila percubaan mereka gagal, tidak ramai pasangan yang mampu untuk mengulangi rawatan. Tambahan pula, pasangan suami isteri baru mungkin tidak stabil lagi dari segi kewangan untuk mencuba IVF.

Negative Test but Late Period on Calendar Program IVFKasih kos rendah untuk pasangan yang ingin hamil

kredit : infertility.org

Faktor Umur

Umur adalah penentu kualiti dan kuantiti telur yang dihasilkan oleh wanita. Begitu juga dengan kualiti sperma lelaki yang akan berkurangan apabila usia meningkat. Semakin usia meningkat, proses persenyawaan akan menjadi lebih sukar.

Kalau lewat mendirikan rumah tangga, ini akan meningkatkan komplikasi semasa hamil seperti hypertension, bayi tidak cukup bulan dan lain-lain.

Tetapi seperti yang saya telah nyatakan tadi, biasanya hanya pasangan suami isteri yang lebih tua dan berpendapatan stabil yang mampu mendapatkan perawatan IVF.

 
dailymail Program IVFKasih kos rendah untuk pasangan yang ingin hamil

kredit : dailymail.co.uk

Pakej IVFKasih Bayaran Rendah

Pakej IVFKasih kini mengenakan bayaran dengan sebutharga yang rendah untuk membolehkan rawatan IVF dinikmati oleh pasangan-pasangan yang mengharapkan kandungan.

Ia adalah pakej rawatan dengan harga berpatutan yang merangkumi segala ubat-ubatan, kos prosedur makmal dan kos doktor.

Pakej eksklusif ini merangkumi segala aspek perkhidmatan IVF tanpa caj lain yang tersembunyi bagi membolehkan anda merancang bajet. Dengan harga permulaan RM7,500* bersih, ini merangkumi:

  • kos perubatan dari permulaan rawatan IVF sehingga ke hari ujian kehamilan
  • kos makmal meliputi ‘ICSI’, ‘Laser-Assisted Hatching’ dan ‘Blastocyst Culture’ jika diperlukan
  • kos pembekuan embrio
  • kos kejururawatan, operasi dan bilik pemulihan
  • Kos doctor

*harga permulaan

Siapa layakuntuk program IVFKasih?

IVF Kasih terbuka kepada semua tanpa mengira umur, rizab ovari dan punca ketidaksuburan. Tetapi program ini tidak termasuk pendermaan benih.

Pasangan yang memerlukan MESE/TESE (pembedahan untuk mengeluarkan sperma) layak untuk mendapatkan rawatan IVFkasih tetapi perlu membayar kos pembedahan itu.

IVFkasih akan membawa satu revolusi kepada dunia rawatan fertiliti di Malaysia, dengan menjadikan rawatan kesuburan lebih terbuka dengan harga mampu milik kepada semua lapisan masyarakat.

Untuk informasi lanjut, layari http://ivfkasih.com/my/