9 Mei 2018 adalah tarikh mengundi bagi PRU 14, adakah anda sudah bersedia?

lead image

SPR telah mengumumkan tarikh mengundi bagi PRU 14 untuk rakyat Malaysia jatuh pada 9 Mei 2018. Mereka juga telah menetapkan tarikh-tarikh pentng yang lain.

Sudahkah anda bersedia untuk mengundi bagi PRU 14?

Pru 14: Tarikh-tarikh penting yang anda perlu ingat

Baru sahaja pagi semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) telah mengumumkan yang seluruh rakyat Malaysia akan mengundi pada 9 Mei 2018.

Sidang media yang diadakan di Putrajaya itu juga turut mengumumkan beberapa tarikh penting yang lain:

Tarikh penamaan calon bagi 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan ditetapkan pada 28 April 2018. Tempoh berkempen adalah selama 11 hari.

Pengundian awal adalah pada 5 Mei 2018.

Pengerusi SPR, Mohd Hashim Abdullah berkata sehingga kini, terdapat hampir 14,940,624 pengundi. 13,255 daripadanya adalah pengundi awal dan 3,653 merupakan pengundi dari luar negara.

pru 14, mengundi, undi, ge 14. pru 2018, ge 2018

“SPR telah mengadakan mesyuarat dan menetapkan bahawa pemilihan perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran" katanya dalam sidang media tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pembubaran Parlimen pada hari Sabtu lepas.

Kami di theAsianparent mengucapkan selamat mengundi dan menjalankan tanggungjawab anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia