Akibat Nak Puaskan Suami Curang, Isteri Ini Buat 6 Pembedahan Vagina Tapi Hanya Sia-Sia
Seorang wanita memutuskan untuk buat pembedahan sebanyak 6 kali bagi mengetatkan vagina dengan alasan untuk menarik perhatian suaminya yang curang. Namun usahanya hanya sia-sia...
Tak sangka rupanya banyak cara puaskan pasangan apabila seorang wanita mendapati suaminya curang di belakangnya kerana dia tidak dapat puaskan suami semasa seks, dia mula mendapat idea gila!
Wanita yang berusia 47 tahun tersebut telah melakukan 6 pembedahan mengetatkan vagina semata-mata untuk mendapatkan suaminya kembali.
Namun, malang nasib si isteri, usaha kerasnya menjadi satu pengalaman tragik pula yang merosakkan dirinya sendiri. Ikuti kisahnya ini.
Cara puaskan pasangan, Wanita Jalani 6 Pembedahan Vagina
Menurut Word Of Buzz, dalam masa 3 tahun sahaja, wanita tersebut telah melakukan pembedahan vagina sebanyak 6 kali. Dia menginginkan vagina yang lebih ketat, agar suami lebih puas secara seksual dan dapat mempertahankan rumah tangga mereka.
Pakar ginekologi yang mengendalikan kes ini berkongsi kes ini di mana pesakitnya mula mengadu sakit yang tidak normal di bahagian vagina, terutamanya semasa menunggang motorsikal.
Tambahnya lagi, dia merasa seolah-olah ada sesuatu yang tersembul keluar dari bahagian kemaluannya dan dia tidak boleh duduk terlalu lama.
Malahan dia perlu bangun dan berjalan setiap 30 minit bagi mengurangkan rasa sakit.
Ketika menjalani pemeriksaan, dokter tersebut mendapati wanita itu memiliki banyak bekas luka pembedahan pada kemaluannya. Tidak hanya itu, lubang vagina wanita itu juga sangat sempit sehinggakan hanya muat jari yang kecil!
Ketika disoal, wanita itu mengatakan yang suaminya curang, lalu dia memutuskan untuk melakukan pembedahan di vagina bagi mendapatkan perhatian suaminya kembali.
Namun, setelah menjalani 6 pembedahan merapatkan vagina, malang si suami tetap tak kembali padanya, dan perkahwinan mereka tetap hancur.
Kesan Melakukan Pembedahan Vagina Sebanyak 6 Kali
Tambah parah, akibat pembedahan yang dilakukannya, kini bahagian intim wanita tersebut telah ‘rosak’ dan hanya mempunyai lebar 1-2 cm sahaja!
Para doktor mengatakan yang mereka tidak lagi boleh melakukan sebarang pembedahan pada vagina wanita tersebut. Ini kerana sebarang tambahan prosedur hanya akan membuatkan ia lebih sempit, hanya boleh memuatkan pensil sahaja!
Doktor hanya boleh membantu menghilangkan rasa sakit dengan suntikan ubat anti keradangan dan steroid sahaja.
Semoga kita mendapat pengajaran dari kisah di atas.
Tips puaskan pasangan
Kalau nak tahu cara puaskan pasangan ini bukan hanya melalui hubungan seks semata-mata tapi boleh juga dengan aktiviti seharian.
Kadangkala para isteri akan memikirkan dan membuat kesimpulan bahawa suami hanya puas apabila di saat bersetubuh sahaja.
Sedangkan ada banyak lagi cara lain yang boleh membuatkan suami bertambah ghairah dan sensitif.
Berikut adalah beberapa teknik yang boleh dicuba isteri:
#1. Sentuhan daripada isteri tercinta
Sejak dilahirkan lagi menjadi fitrah manusia suka dibelai dan dimanja oleh individu yang lain. Tambahan pula jika yang menyentuh dan membelai itu adalah insan yang mereka sayang dan cintai.
Bukan hanya isteri, tapi suami juga suka dibelai dan disentuh manja oleh yang tersayang.
Jadi jangan teragak-agak untuk menyentuh, membelai dan mengurut suami anda ya. Bukan buat atas katil sahaja tapi boleh juga dilakukan semasa menonton tv dan sebagainya.
#2. Ciuman isteri
Suami juga sebenarnya suka kalau isteri cium di bahagian tertentu seperti mata, leher dan pipi.
Mudah saja untuk memberi kejutan ciuman kepada suami seperti secara tiba-tiba mecium pipinya tanpa sebab pasti membuatkan si dia tersenyum.
Mungkin dia pelik kenapa anda menciumnya tiba-tiba tapi ketahuilah dia secara automatik akan tahu bahawa anda melakukannya atas usaha untuk membuatnya rasa bahagia.
#3. Penampilan diri
Walaupun sudah berkahwin lama namun kuasa penampilan diri ini harus tetap maintain sampai bila-bila.
Meskipun anda penat menguruskan rumah tangga, namun penampilan diri jangan sesekali diabaikan.
Jangan beri alasan tak cantik atau gemuk kerana kalau nak tahu suami selalu nampak cantik isterinya itu setiap hari.
Jadi kalau anda sentiasa berlawa di hadapannya tentu dia akan rasa lebih menyayangi anda terutama bila anda jaga penampilan semata-mata untuk menambat hati suami.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Nia Lara Sari dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga: