“Alamak! Kenapa bayi baru lahir saya tiba-tiba muntah darah? Adakah kerana susu saya? Apakah punca bayi muntah darah? Apa patut saya buat?”
Bila perkara ini berlaku, ianya memang boleh mencetuskan panik dan kerisauan yang melampau buat ibu bapa. Tambahan pula, jika ini adalah kelahiran anak pertama untuk ibu bapa. Boleh cemas dibuatnya. Yelah, kenapa pula bayi muntah darah secara tiba-tiba. Apatah lagi semasa ibu menyusukan anak.
Pasti ibu tertanya-tanya adakah sesuatu yang teruk telah berlaku kepada anak anda dan pada masa yang sama, adakah anda sendiri penyebab anak anda muntah darah.
Bayi muntah darah
Kredit: Pexels
Kalau ibu bapa nak tahu, keadaan muntah darah ini adalah perkara yang biasa berlaku dalam kalangan bayi seawal kelahirannya dan bagi bayi yang baru lahir. Ianya kadang berlanjutan sehingga beberapa berbulan tetapi dengan sebab yang baik.
Maka, ibu bapa tidak perlu bimbang mengenai keadaan anak mereka kerana ianya adalah satu perkara yang tidak perlu anda gusarkan.
Walaupun perkara ini normal tetapi adalah amat penting untuk ibu bapa mengetahui punca mengapa ianya berlaku untuk memberikan kelegaan kepada ibu bapa. Ini kerana anda perlu mengetahui juga sama ada perkara ini adalah sesuatu yang biasa atau pun adalah penyebab kepada sesuatu yang serius di kemudian hari.
Nak tahu apakah punca bayi muntah darah? Jom kita baca selanjutnya.
Punca bayi muntah darah
Kredit: Unsplash
Kenapa agaknya bayi muntah darah? Mari kita pelajari punca mengapa bayi muntah darah.
#1 Kelahiran
Bagi bayi yang menyusu badan, bayi akan muntah darah selepas beberapa hari waktu kelahirannya. Ini adalah disebabkan oleh proses kelahiran itu sendiri.
Jika anda melihat bahawa muntah bayi berwarna kemerahan atau merah jambu, ini bermakna bahawa mungkin bayi tertelan darah sewaktu proses kelahiran. Jika anda rasa ini yang berlaku, rujuk doktor ya untuk maklumat lanjut.
#2 Sindrom Rusty Pipe dalam susu badan ibu
Apabila bayi muntah darah, puncanya boleh berlaku disebabkan oleh Sindrom Rusty Pipe. Apa yang berlaku adalah selepas beberapa hari kelahiran, warna susu badan ibu akan bertukar warna kepada coklat atau jingga sedikit.
Kalau ibu nak bayangkan warna tersebut, ia diumpamakan seperti warna air paip. Sebab itulah, ia dinamakan Sindrom Rusty Pipe iaitu paip berkarat. Ini disebabkan oleh peningkatan pengaliran darah pada saluran susu ibu kerana badan semakin berkerja keras untuk menghasilkan susu.
Jangan takut, ibu! Ini adalah beberapa perkara yang normal. Anda masih boleh memberikan susu ini kepada anak anda.
#3 Puting ibu luka melecet
Kadang kala, disebabkan puting ibu yang melecet akibat penyusuan badan juga boleh menyebabkan bayi muntah darah. Puting ibu yang melecet akan mengakibatkan pendarahan yang kemudiannya akan masuk dalam susu ibu.
Oleh sebab itu, apabila bayi muntah, ia akan mengandungi sedikit kemerahan seperti darah. Jadi, jika bayi muntah darah, puncanya mungkin berlaku disebabkan oleh puting ibu. Tapi, ianya masih boleh diubati.
#4 Muntah dengan terlalu kuat
Ada kalanya tetapi ini jarang berlaku. Bayi mungkin muntah kuat sehingga mengakibatkan saluran darah kecil di esofagus bayi koyak. Tapi tidak mengapa! Ia akan pulih dengan sendirinya.
Punca lain bayi muntah darah yang bukan disebabkan ibu
Kredit: Pexels
Adakah anda pasti bahawa bila bayi anda muntah ianya bukan berpunca dari anda? Jika ya, ini adalah antara punca bayi muntah darah yang anda perlu ketahui kerana ianya penting.
#1 Kurang vitamin K yang menyebabkan gangguan pembekuan: Jika anda melahirkan di rumah kerana kebiasaannya bayi akan mendapat suntikan vitamin K selepas lahir.
#2 Penggunaan tiub nasogastrik: Menyebabkan trauma pada bayi
#3 Reaksi alergik: Alergi sewaktu meminum susu lembu yang menyebabkan anak muntah darah.
Rawatan untuk bayi muntah darah
Jika ianya berpunca daripada puting ibu, ibu-ibu perlu merawat puting ibu sesegera yang mungkin. Walaupun muntah darah tidak memberi kesan kepada anak anda dari segi kesihatan tetapi anda masih boleh mengelakkan anak anda daripada muntah darah.
Jagalah puting anda dan guna krim yang bersesuaian pada tempat luka untuk mengubatinya. Untuk mengelakkan luka sewaktu anda menyusukan anak anda, anda juga boleh mengubah kedudukan anda ketika menyusu kepada anak supaya anak anda tidak menggigit puting dengan terlalu kuat.
Bila anda patut risau apabila bayi muntah darah?
Sila bawa anak berjumpa doktor apabila anak anda mengalami satu daripada tanda-tanda ini.
Sumber: verywellfamily
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Bayi Baru Lahir Sering Muntah. Adakah Ini Normal?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!