Terkejut Lihat Darah Selepas Buang Air Besar? Ini 9 Punca Berak Berdarah Yang Anda Perlu Tahu

undefined

Apa sebenarnya punca berak berdarah? Jom semak artikel untuk mengetahuinya.

Jika anda pernah mengalami berak berdarah, anda pasti tahu berasa risaunya diri ini sebaik nampak darah semasa baru nak flush, kan? Tapi tahukah anda apa punca berak berdarah yang dialami itu?

Berak berdarah selalunya memberi anggapan yang kita ada masalah pada saluran pencernaan. Namun kadangkala kita sendiri pun tidak menyedari keadaan tersebut kerana darah yang keluar terlalu sedikit.

Tapi ada juga yang perasan bila melihat darah pada tisu atau aliran air semasa membersihkan diri.

Gejala Berak Berdarah

Sekiranya anda mengalami buang air besar berdarah, biasanya anda tidak menyedarinya malah ia juga tidak menunjukkan sebarang gejala.

Namun ada sebahagian yang mengalami muntah, sakit perut, badan lemah, kesukaran bernafas, cirit birit, jantung berdebar, pitam dan kehilangan berat badan. Jumlah darah yang keluar bergantung kepada berapa teruk keadaan tersebut.

9 Punca Berak Berdarah – Adakah Ia Sebab Anda Berak Berdarah?

Berikut beberapa kemungkinan yang mungkin menjadi penyebab buang air besar berdarah:

1. Diverticulitispunca berak berdarah, penyebab buang air besar berdarah dan solusinya, radang usus, tanda2 buasir, kesan sembelit, kerap buang air besar, petua hilangkan sembelit, cara merawat berak berdarah, kanser usus, buang air besar berdarah, darah semasa buang air besar, punca buang air besar berdarah,

Diverticula adalah kantung membonjol kecil yang boleh terbentuk dalam lapisan sistem pencernaan anda. Kadangkala 1 atau lebih kantung menjadi meradang atau dijangkiti.

Keadaan ini dikenali sebagai diverticulitis (die-vur-tik-yoo-LIE-tis). Diverticulitis boleh menyebabkan sakit perut, demam, mual dan perubahan yang ketara dalam tabiat usus anda.

2. Punca berak berdarah: Anal Fissure

Anal fissure adalah koyakan dalam tisu yang lembab (mukosa). Koyakan di dubur mungkin berlaku apabila anda mengeluarkan najis besar semasa membuang air besar.

Anal fissure menyebabkan sakit dan pendarahan semasa membuang malah anda juga boleh mengalami kekejangan otot.

3. Kolitis

Kolitis ulcerative (UC) adalah penyakit yang mempengaruhi usus besar, atau kolon. Ia menyebabkan kerengsaan dan bengkak yang disebut keradangan yang dimana boleh menyebabkan luka yang berupa ulser.

4. Punca berak berdarah: Angiodysplasia

Angiodysplasia merupakan keabnormalan saluran darah dalam saluran gastrousus (GI). Saluran GI termasuklah mulut, esofagus, usus kecil dan besar, perut, dan dubur.

Keadaan ini menyebabkan saluran darah bengkak atau pembesaran, serta pembentukan luka pendarahan dalam kolon dan perut.

5. Ulser Peptik

punca berak berdarah, penyebab buang air besar berdarah dan solusinya, radang usus, tanda2 buasir, kesan sembelit, kerap buang air besar, petua hilangkan sembelit, cara merawat berak berdarah, kanser usus, buang air besar berdarah, darah semasa buang air besar, punca buang air besar berdarah,

Ulser peptik adalah luka terbuka yang terbentuk di lapisan perut anda dan bahagian atas usus kecil. Gejala yang paling biasa dari ulser peptik adalah sakit perut. 

Ulser peptik termasuk:

  • Ulser gastrik yang berlaku di bahagian dalam perut
  • Ulser duodenal yang berlaku di bahagian atas usus kecil anda (duodenum)

6. Punca berak berdarah: Polip usus

Polip kolon adalah kutil kecil yang terbentuk di lapisan kolon. Polyps yang paling besar tidak berbahaya, namun dari masa ke semasa, beberapa polip usus boleh berkembang menjadi kanser kolon, yang sering membawa maut apabila lambat dijumpai.

7. Anal Fistula

Anal fistula merupakan penyakit di mana terbentuknya saluran kecil antara akhir usus (disebut juga lubang anus) sampai kulit di sekitarnya. Hal ini menyebabkan rasa sakit dan berdarah ketika anda membuang air besar, dan selalunya terjadi kepada lelaki.

8. Punca berak berdarah: Kanser Usus

punca berak berdarah, penyebab buang air besar berdarah dan solusinya, radang usus, tanda2 buasir, kesan sembelit, kerap buang air besar, petua hilangkan sembelit, cara merawat berak berdarah, kanser usus, buang air besar berdarah, darah semasa buang air besar, punca buang air besar berdarah,

Satu-satunya gejala awal dari kanser usus adalah perdarahan dubur. Segera berjumpa dengan doktor jika hal ini terjadi dengan kerap, kerana kanser usus dapat ditangani dengan mudah jika didiagnosis pada peringkat awal.

9. Penyakit Seksual

Melakukan seks anal dapat meningkatkan risiko terkena jangkitan seksual. Gejala yang ditimbulkan salah satunya adalah berupa perdarahan dari rektum.

Apakah Cara Untuk Mengatasi Masalah Berak Berdarah?

Ada beberapa teknik yang akan doktor gunakan dalam menghentikan pendarahan. Rawatan sebaiknya dilakukan dengan cara mengubati punca berak berdarah yang dialami untuk menghentikan serta merta pendarahan.

Anda juga akan diberi antibiotik atau ubat anti-radang untuk mengelak radang usus terjadi. Doktor juga mungkin akan melakukan pembedahan sekiranya penyebab perdarahan adalah adanya polip pada usus.

Untuk menghindari buang air besar berdarah, anda disarankan makan makanan kaya serat untuk mengatasi sembelit yang dapat memicu koyakan pada anus.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kenapa saya selalu rasa nak membuang air besar semasa period?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!