4 Punca Kenapa Anda Gagal Menurunkan Berat Badan

4 Punca Kenapa Anda Gagal Menurunkan Berat Badan

Setelah mencuba pelbagai cara, tapi berat badan anda masih tak turun? Mungkin 4 sebab ini punca kenapa anda gagal turun berat badan!

Turun berat badan – kenapa anda gagal?

Mempunyai berat badan ideal merupakan impian setiap orang. Namun, selain usaha yang kuat, individu juga harus ambil kira faktor-faktor turun berat badan.

Usaha menurunkan berat badan boleh menemui jalan buntu jika tiada strategi! Banyak faktor yang boleh menyumbang pada kegagalan turun berat badan. 

Di sini, disenaraikan 4 punca kenapa anda boleh gagal turun berat badan.

turun berat badan

4 Punca Kenapa Anda Gagal Turun Berat Badan Seperti Yang Diingini
1) Tak ada mentaliti yang betul

Mentaliti yang sihat mungkin efisien untuk tempoh yang singkat, tapi jika anda ingin menurunkan berat badan dan mengekalkannya, maka anda perlu mula berfikir secara berbeza.

Mempunyai mentaliti yang terlalu tegas tidak baik kerana terdapat banyak cara untuk menghilangkan berat badan.

Jika anda guna kaedah yang terlalu tegas, anda akan membenci senaman penurunan berat badan anda, lalu menyebabkan anda berhenti melakukannya.

Yang penting adalah memilih jenis diet dan senaman yang sesuai dengan gaya hidup dan personaliti anda, bukan sebaliknya.

2) Buat senaman yang tak menarik dan membosankan

Jika anda cepat bosan dengan senaman yang biasa, pelbagaikan aktiviti fizikal anda seperti berbasikal, mendaki bukit, merentas desa dan sebagainya. 

Jika anda seorang yang suka dengan perkara rutin, maka tiada masalah untuk anda bersenam dan berlari di taman rekreasi setiap minggu.

Selain itu, melakukan senaman yang tidak anda sukai hanya akan mengakibatkan anda benci seluruh aktiviti senaman, lalu anda hilang fokus dan tidak bermotivasi.

3) Terlalu bergantung pada pendapat orang lain

Ini sesuatu yang sering dilakukan.

Jangan biarkan pendapat orang lain menentukan harga diri anda. Jangan hilang motivasi jika anda tak kehilangan berat badan dengan cepat, atau jika tubuh anda tak kelihatan seperti tubuh orang lain.

Terlalu bergantung kepada pendapat orang lain adalah satu bencana. 

Perkara penting di sini adalah untuk fokus terhadap kemajuan anda, walaupun sedikit, ke arah perjalanan penurunan berat badan dan fokus untuk menjadi lebih sihat.

4) Anda berkorban terlalu banyak untuk turun berat badan

Walaupun anda harus mengorbankan beberapa perkara jika anda ingin turun berat badan, namun anda tak perlu mengorbankan semua perkara-perkara yang anda suka hanya kerana ingin turun berat badan!

Apa yang penting untuk hilangkan berat badan adalah dengan tidak mengorbankan diri sendiri

Walaupun bagus untuk berpegang pada diet, tapi untuk mengelak makanan dan aktiviti yang anda suka hanya semata-mata supaya anda boleh menurunkan berat badan adalah sangat menyeksakan

Apa yang penting di sini adalah untuk memastikan anda boleh mengekalkan gaya hidup sihat yang anda tetapkan untuk diri sendiri.

Baca juga:

Dapatkan Semula Bentuk Badan Ideal Selepas Bersalin Dengan 7 Tip Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner