Kajian Buktikan Ini 7 Penyebab Utama Kenapa Pasangan Boleh Bercerai

Kajian Buktikan Ini 7 Penyebab Utama Kenapa Pasangan Boleh Bercerai

Kajian pakar membuktikan terlalu mesra ketika awal perkahwinan mampu menjadi punca penceraian, beserta dengan 6 faktor penceraian lain ini.

Punca penceraian di Malaysia

Tidak sekepala, sudah tawar hati dengan pasangan, atau kes curang adalah salah satu punca penceraian yang paling sinonim kita pernah dengar.

Tapi, beberapa kajian telah membuktikan ada persamaan pada setiap pasangan yang bercerai. Persamaan ini yang menjadi punca penceraian mereka.

Hasil kajian berjaya mengesan 7 masalah dalam hubungan rumah tangga yang mampu menyebabkan suami isteri itu terus hidup bahagia atau bakal bercerai.

7 masalah tersebut adalah punca utama penceraian yang seringkali kita anggap remeh. Mari lihat apakah ia:

1. Kahwin terlalu awal atau terlalu lambat
punca penceraian

Kredit: Ronrichardson/Pixabay

Kajian mendapati mereka yang berkahwin saat masih remaja (di bawah usia 20 tahun) atau di pertengahan umur 30-an memiliki risiko yang tinggi untuk bercerai.

Ia jauh berbeza dengan pasangan yang berkahwin pada usia akhir 20-an atau awal 30-an. Tapi mengapa?

Berdasarkan penelitian Profesor Nicholas Wolfinger dari Utah University, pasangan yang berkahwin lewat usia 32 tahun akan bercerai sebanyak 5% setiap tahun.

Malah, Nicholas turut menulis dalam Institute for Family Studies yang menjelaskan – 

Akhir usia 20-an adalah waktu terbaik untuk berkahwin.”

Manakala sebuah kajian lain yang diterbitkan dalam jurnal Economic Inquiry pula mengatakan penceraian kerap terjadi jika jarak usia antara pasangan jauh berbeza.

Laporan Megan Garber dalam The Atlantic menyebut jika jarak usia antara pasangan adalah sebanyak 1 tahun, risiko penceraian adalah sebanyak 3% saja.

Jika jarak usia pasangan sebanyak 5 tahun, risiko penceraian meningkat sebanyak 18%. Perbezaan usia sebanyak 10 tahun lebih meningkatkan risiko pasangan bercerai sebanyak 39%.

2. Suami tak ada kerja tetap
punca penceraian

Kredit: Lukasbieri/Pixabay

Sebuah kajian yang dilakukan Harvard mendapati masalah kewangan bukanlah punca penceraian. Sebaliknya, ia disebabkan oleh pekerjaan suami.

Kajian yang diterbitkan di American Sociological Review itu mengatakan jika suami tak ada kerja tetap, risiko penceraian meningkat sebanyak 3.3% berbanding suami yang ada kerja tetap (2.5%).

Ini kerana semua sedia maklum suami adalah pencari nafkah utama untuk keluarga. Jika suami tiada kerja tetap, kestabilan rumah tangga bisa goyah.

3. Tak habis persekolahan
punca penceraian

Kredit: bharian.com.my

Sebuah soal selidik jangka panjang yang dilakukan sejak tahun 1979 oleh The National Longitudinal Survey of Youth mendapati pasangan yang tidak habis persekolahan cenderung untuk bercerai.

Manakala pasangan yang memiliki pendidikan tinggi pula 30% kurang bercerai berbanding mereka yang tak habis sekolah.

Ini kerana semakin rendah tahap pendidikan seseorang, semakin sukar untuk mereka mendapatkan pekerjaan. Jadi, perkahwinan juga sukar untuk dikekalkan.

4. Memandang rendah pada pasangan
punca penceraian

Kredit: Josethestoryteller/Pixabay

John Gottman, seorang pakar psikologi di Universiti Washington mengatakan, ini antara 4 sebab kenapa pasangan suami isteri sering bertengkar hingga membawa kepada penceraian.

Sama-sama kita elak 4 benda ini ya:

  1. Memandang rendah pada suami/isteri
  2. Mengkritik pasangan secara berlebihan. Siapa yang tahan jika semua usaha tidak dihargai?
  3. Bersikap tidak mahu mengalah. Bila bergaduh, tiada langsung rasa bersalah dan asyik ingin menyalahi pasangan
  4. Suka memotong cakap dan tidak mahu mendengar pendapat pasangan

4 sebab di atas adalah kesimpulan dari kajian yang dilakukan selama 14 tahun ke atas 79 pasangan suami isteri. 

5. Terlalu mesra ketika baru berkahwin
punca penceraian

Terlalu mesra ketika baru berkahwin boleh menjadi punca penceraian yang anda tak sedar!

Eh, takkan tak boleh bermesra jika baru berkahwin, kot?

Di situ anda salah! Seorang pakar psikologi, Ted Huston telah membuktikan bagaimana kemesraan yang berlebihan ketika masih awal berkahwin boleh menjadi punca penceraian.

Kajian mendapati pasangan yang bercerai selepas berkahwin selama 7 tahun atau lebih, cenderung memperlihatkan kemesraan yang berlebihan ketika awal perkahwinan berbanding pasangan yang bahagia.

Apabila mereka terlalu bahagia ketika awal perkahwinan, mereka tidak mampu untuk menghadapi ketegangan jika bergaduh. 

Percaya atau tidak, pasangan yang melangsungkan perkahwinan dalam batas romantik yang normal (tak kurang atau tak lebih) akan lebih kekal bahagia!

6. Tak mahu menyelesaikan masalah

punca penceraian

Sebuah kajian yang diterbitkan di Journal of Marriage and Family mendapati sikap suami yang sering tidak mahu menyelesaikan masalah adalah punca penceraian sering terjadi.

Ini kerana pasangan yang biasa tidak mahu menyelesaikan masalah akan rasa tidak bahagia, tertekan dan terseksa dengan teknik “mendiamkan diri” itu.

7. Memandang perkahwinan secara negatif

punca penceraian

Pada tahun 1992, sebuah wawancara lisan telah dijalankan untuk mencari apakah aspek yang berbeza dalam hubungan sesetengah pasangan.

Pasangan suami isteri akan diwawancara dan segala percakapan mereka akan direkod. Pakar pula akan mengkaji dan mengagak pasangan mana yang sedang “menuju” ke arah penceraian. 

Hasilnya, ada beberapa ciri yang menunjukkan sesetengah pasangan akan kekal bahagia manakala ada sesetengah lagi akan bercerai. 

Antara ciri-ciri pasangan bahagia adalah:

  1. Memberi perhatian kepada pasangan
  2. Menganggap hubungan perkahwinan sebagai satu pasukan, bukan individual
  3. Bersikap terbuka dengan pasangan dan jujur

Manakala ciri-ciri ini pula menunjukkan pasangan akan bercerai:

  1. Bersikap negatif
  2. Berasa kecewa dengan perkahwinan
  3. Menganggap perkahwinan sebagai sesuatu yang mengganggu rutin mereka

Namun, walau apapun alasan anda dan pasangan mengikat tali perkahwinan itu, persiapkanlah secara mental dan fizikal untuk memberi komitmen.

Jangan jadikan sebuah perkahwinan yang suci runtuh dek keengganan anda untuk bersedia membaikinya apabila perlu.

Artikel ini diterjemah daripada theAsianparent Indonesia

Kredit gambar: Piop.net

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Kesan perceraian kepada kanak-kanak

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner