Asap rokok punca UTAMA anak tidur berdengkur, ibu bapa harus lebih waspada

lead image

Bagaimana asap rokok boleh menjadi punca tidur anak berdengkur? Kupasannya dalam topik ini

Ini satu lagi perihal yang kita sering terlepas pandang. Satu kajian baru-baru ini mendapati punca tidur berdengkur di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan oleh asap rokok yang dihidu

Hasil penelitian dari kajian tersebut mengatakan peningkatan punca tidur berdengkur pada anak adalah sebanyak 87 % sekiranya mereka menghidu asap rokok yang sedang menyala.

Apatah lagi, setiap batang rokok yang bernyala di rumah menjadi punca tidur berdengkur pada anak  sehingga 2%. 

Penelitian dari kajian tersebut membabitkan seramai 88,000 anak dan mereka mendapati asap dari rokok menjadi punca tidur berdengkur, sleep apnea (kerap berhenti bernafas ketika tidur) dan masalah kesihatan yang lain. 

Ini adalah perkara yang tidak wajar terjadi terutamanya pada kesihatan anak-anak. Bahkan, berdengkur semasa tidur juga mengundang sleep apnea yang boleh menyebabkan kematian. 

Punca tidur berdengkur juga sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, strok dan penyakit jantung. 

Sebab itu ada bahaya asap rokok ini pada perokok pasif (orang yang tak merokok tapi menghidu asap rokok) terutama di kalangan anak-anak. 

Ibu ‘terhidu’ asap rokok juga jadi punca tidur berdengkur pada anak 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/cigarette11.jpg Asap rokok punca UTAMA anak tidur berdengkur, ibu bapa harus lebih waspada

Kajian seterusnya dilakukan untuk mengkaji apakah punca tidur berdengkur pada anak yang dijalankan oleh University Qingdao pula. 

Dalam kajian itu, mereka menemui risiko asap rokok sebelum dan selepas kelahiran. Kemudian, mereka membuat perbandingan antara anak yang tidak pernah menghidu asap rokok. 

Anak-anak yang sering terhidu asap rokok ketika masih dalam kandungan ibu, hampir dua kali ganda berisiko untuk berdengkur ketika tidur. 

Manakala, jika ibu sendiri merokok ketika hamil, punca tidur berdengkur akan meningkat sebanyak 87%. Selain itu, ayah yang merokok pula mengundang risiko sebanyak 45%. 

Namun begitu, kajian ini tidak dijelaskan bagaimana asap rokok itu dapat membuatkan anak lebih kerap berdengkur ketika tidur. 

Disebabkan itu, ibu bapa disarankan untuk berhenti merokok atau paling tidak pun, kurangkan merokok ketika di dalam rumah. Ini merupakan jalan terbaik untuk menjaga kesihatan anak dan keluarga. 

Simptom dengkuran tidur anak 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/SolusiSehatku.com .jpg Asap rokok punca UTAMA anak tidur berdengkur, ibu bapa harus lebih waspada

Kredit: Solusi sehatku.com

  • Lihat semasa tidur, tahap dengkuran anak sama ada bunyi kuat atau tidak. 
  • Perlu tahu corak dengkur itu sama ada ia seperti pernafasan atau sebaliknya 
  • Bila dengkuran itu seperti tersangkut-sangkut, ia menunjukkan nafas tersekat-sekat. 

Punca tidur berdengkur di kalangan kanak-kanak 

  1. Masalah kegemukan
  2. Lubang hidung sempit 
  3. Alahan hidung 
  4. Tonsil membengkak 

Kesan berdengkur pada anak 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/bayi tidur berdengkur tonsils.jpeg Asap rokok punca UTAMA anak tidur berdengkur, ibu bapa harus lebih waspada

  • Lambat bercakap kerana pertumbuhan otak terganggu 
  • Lemah dari segi pelajaran 
  • Kecergasan terganggu 
  • Kurang fokus dan cepat letih 
  • Kerap mengantuk di sekolah 

Jika anda mendapati anak-anak ada masalah berdengkur, segeralah bawa mereka berjumpa doktor untuk mengelak sebarang tahap kesihatan yang membimbangkan.

Kongsikan artikel ini di laman sosial anda untuk menyedarkan perokok=perokok di luar sana agar lebih bertanggungjawab. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Aulia. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga

6 sebab mengapa bayi berdengkur dan mendengus apabila tidur