PETALING JAYA, 24 April 2025 – Hospital Picaso telah melancarkan Pusat Kanser yang pertama, sebuah fasiliti yang dibina khas untuk menawarkan penjagaan pesakit kanser yang lebih efektif di bawah satu bumbung.
Dengan mengintegrasikan saringan awal, diagnostik, rawatan lanjutan dan penjagaan sokongan yang bertumpu di satu pusat, ia diyakini dapat memupuk kerjasama rapat dikalangan pakar-pakar yang terlibat dalam bidang masing-masing. Model ini juga bakal mempercepatkan proses membuat keputusan, mengurangkan kelewatan rawatan dan memastikan pengalaman pesakit yang lebih berkesan, selain dapat meningkatkan standard penjagaan pesakit kanser di Malaysia.
“Perlancaran Pusat Kanser Hospital Picaso bukan sekadar sebuah fasiliti yang baharu. Ia mampu mengintegrasikan proses rawatan secara menyeluruh bermula dari saringan sehingga pembedahan dibawah satu pusat, malah pasukan kami telah mentakrifkan semula proses rawatan kanser melalui pendekatan secara komprehensif.
Ini mencerminkan komitmen kami terhadap pembedahan lanjutan dan penjagaan peribadi untuk setiap pesakit,” kata Dr Mastura Md Yusof, Pakar Onkologi Klinikal Hospital Picaso ketika pembukaan rasmi Pusat Kanser tersebut.
Hospital Picaso menerajui usaha dalam memperjuangkan pendekatan bersepadu terhadap penjagaan kanser, sejajar dengan komitmen mereka terhadap prinsip “Advanced Surgery, Personalised Care.” Para pesakit tidak lagi perlu menguruskan rawatan mereka secara berasingan dengan pusat penjagaan kesihatan yang lain. Pusat ini menghimpunkan semua perkhidmatan penting di bawah satu bumbung yang merangkumi saringan awal, pengimejan diagnostik, rundingan pakar, pembedahan berteknologi tinggi serta rawatan susulan.
Melalui pendekatan bersepadu ini, para pesakit akan memperoleh manfaat menerusi proses membuat keputusan yang lebih pantas, perkongsian maklumat klinikal yang menyeluruh serta proses rawatan yang lebih lancar, sekaligus memberikan pengalaman rawatan yang lebih baik dan hasil penjagaan kesihatan yang lebih memberangsangkan.
Pusat Kanser ini ditubuhkan pada waktu yang sesuai memandangkan penyakit kanser kekal kritikal dan menjadi penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia, dengan 65.1% kes dikesan pada peringkat lewat (Tahap 3 dan 4) yang direkodkan antara tahun 2017 hingga 2021[1]. Statistik yang membimbangkan ini menunjukkan keperluan mendesak bukan sahaja di peringkat pengesanan awal, tetapi juga pendekatan rawatan yang lebih bersepadu dari peringkat diagnosis sehinggalah ke pemulihan.
“Selain menyediakan rawatan perubatan yang berkesan dan lancar, kami mementingkan penjagaan peribadi di mana pesakit dilayan mengikut keperluan tersendiri, diberikan kebebasan dalam membuat keputusan dan mendapat penjagaan yang prihatin sepanjang proses pemulihan. Inilah fokus pasukan pakar perubatan di Hospital Picaso kerana mereka bukan sekadar merawat penyakit kanser, tetapi turut menjaga dan memberi perhatian menyeluruh kepada kesejahteraan pesakit. Apabila pakar-pakar yang terlibat bekerjasama bermula dari proses rawatan awal, diagnosis hingga ke perancangan rawatan, ia membantu pasukan perubatan kami membuat keputusan dengan lebih tepat, mempercepatkan proses intervensi dan seterusnya memberikan hasil rawatan yang bagus untuk pesakit,” tambah Dr. Mastura.
Menurut anggaran, satu daripada lapan lelaki dan wanita berisiko tinggi menghidap kanser[2], justeru keperluan untuk penjagaan kesihatan yang mudah diakses adalah penting bagi menangani cabaran kesihatan negara dengan lebih tepat, efektif dan pantas.
Pusat Kanser Hospital Picaso menawarkan rangkaian perkhidmatan onkologi yang komprehensif di bawah satu bumbung bermula dari saringan awal, diagnostik yang lebih tepat sehingga pembedahan dan rawatan kanser lanjutan. Ini termasuk terapi sistemik seperti kemoterapi, imunoterapi dan terapi sasaran seperti rawatan radioterapi yang akan disesuaikan dengan keperluan setiap pesakit. Pusat Kanser ini juga disokong oleh Jabatan Radiologi dan Perubatan Nuklear yang memainkan peranan penting dalam penjagaan pesakit kanser melalui pengimejan lanjutan bagi tujuan pengesanan awal, diagnosis yang tepat dan perancangan rawatan.
Menurut Dr Basri Johan Jeet Abdullah, Pakar Radiologi dan Radiologi Intervensi, rawatan radiologi yang tepat akan membantu mengenal pasti pesakit yang sesuai untuk prosedur intervensi, memantau tindak balas mereka terhadap terapi sistemik dan menyediakan biomarker pengimejan yang menyokong pengubahsuaian rawatan awal. Semua elemen ini akan menyumbang kepada peningkatan proses rawatan klinikal yang tepat, seterusnya membantu meningkatkan hasil rawatan. Dengan kombinasi inovasi dan integrasi, Hospital Picaso bukan sahaja mampu menangani peningkatan kadar kanser di Malaysia tetapi juga meningkatkan pendekatan negara dalam proses rawatan kanser. Ini akan menyumbang kepada hasil penjagaan kesihatan yang baik dan kualiti hidup yang lebih tinggi untuk pesakit.
Untuk maklumat lanjut mengenai Hospital Picaso, sila lawati www.hospitalpicaso.com atau https://www.facebook.com/hospitalpicaso/.
[1] file:///C:/Users/miche/Downloads/PRESS%20STATEMENT%20MOH%2019%20JAN%202024%20-%20MNCRR%202017-2021.pdf
2 file:///C:/Users/miche/Downloads/PRESS%20STATEMENT%20MOH%2019%20JAN%202024%20-%20MNCRR%202017-2021.pdf
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!