Pusat Perubatan Mahkota Lancar Wad Pintar Generasi Baru Pertama Di Malaysia, Menerajui Transformasi Digital Dalam Penjagaan Kesihatan

undefined

Pusat Perubatan Mahkota (MMC), ahli kumpulan HMI Medical, meraikan ulang tahunnya yang ke-30 dengan pelancaran Wad Pintar Generasi Baru (Next-Gen Smart Ward) yang pertama di Malaysia.

Langkah ini merupakan transformasi ke arah mendefinisikan semula penjagaan pesakit melalui penggunaan teknologi pintar yang menjadi pelopor kepada transformasi digital dalam penjagaan kesihatan. 

Secara terasnya, Next-Gen Smart Ward ialah rangkaian teknologi bersepadu yang direka untuk merevolusikan setiap aspek penjagaan pesakit. Dengan sistem pemantauan masa nyata yang disesuaikan dan alat automasi untuk komunikasi antara profesional penjagaan kesihatan dengan pesakit, Wad Pintar Generasi Baru meningkatkan respons serta memperkasakan doktor, jururawat, dan pesakit untuk membuat keputusan yang lebih tepat mengenai kesihatan mereka.

Inisiatif ini dibina atas kejayaan pelaksanaan Sistem Maklumat Hospital (HIS) oleh MMC, mengintegrasikan peranti berasaskan IoT dan aliran kerja digital dengan lancar untuk mentransformasikan pengalaman penjagaan pesakit.

Mahkota Medical Centre

“Inisiatif ini menandakan satu pencapaian yang penting dalam aspirasi kami untuk benar-benar menjadi sebuah hospital pintar,” kata Teo Chin Yee, Ketua Pegawai EksekuFf Mahkota Medical Centre. “Dengan kemaskini masa nyata, profesional penjagaan kesihatan kami dapat membalas dengan lebih pantas dan tepat, membolehkan jururawat dan doktor kami meluangkan lebih banyak masa yang berkualiti bersama pesakit. Reka bentuk Next-Gen Smart Ward yang dipermudahkan juga dapat memastikan penjagaan yang peribadi sambil memperkasakan profesional penjagaan kesihatan kami menyelesaikan isu dengan lebih cekap.”

Beberapa ciri utama Wad Pintar Generasi Baru adalah termasuk:

  • Pemantauan Masa Nyata: Tanda vital dan data klinikal pesakit direkodkan secara automatik, mengurangkan 34% masa pencatatan manual dan menghapuskan 67% prosedur pentadbiran manual.
  • Operasi yang Dipermudah: Jururawat kini menjimatkan masa sehingga 90% untuk mendapatkan maklumat penMng dengan sekali imbas, dengan respons 64% lebih cepat terhadap pemberitahuan dan tindakan yang kritikal.
  • Pemudahan Tugas: Penghapusan 100% kemasukan data manual memastikan ketepatan yang tinggi dan mengurangkan risiko kesilapan manusia.
  • Kecekapan Masa: Masa untuk discaj pesakit sehingga pengambilan ubat bawa pulang kini 37% lebih pantas.
  • Alat Berpusatkan Pesakit: Kemaskini masa nyata mengenai discaj, prosedur, dan rancangan pemakanan meningkatkan skor kepuasan pesakit sebanyak 87%.
  • Manfaat Alam Sekitar: Teknologi ini menyokong matlamat kelestarian MMC dengan mengurangkan penggunaan kertas secara signifikan, melangkah ke arah hospital yang lebih mesra alam dan prihatin terhadap kelestarian alam sekitar.

Dalam dunia digital yang semakin terintegrasi hari ini, pesakit kini mencari perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mudah dan bersesuaian dengan keperluan mereka. Harapan yang semakin berkembang ini dipengaruhi oleh kemajuan teknologi digital serta perubahan dalam standard perkhidmatan penjagaan kesihatan yang tercetus akibat pandemik.

Untuk memastikan Next-Gen Smart Ward memenuhi keperluan sistem penjagaan kesihatan berfokuskan pesakit sambil meningkatkan kualiM dan kecekapan penjagaan kejururawatan, MMC telah melaksanakan satu program perinMs yang intensif selama dua bulan di beberapa wad terpilih. InisiaMf ini telah membuka keupayaan teknologi baharu Next-Gen Smart Ward, sekali gus menjadi asas untuk pelaksanaan di seluruh hospital dengan lancar dan berkesan.

Hasil daripada program perintis mendapati:

  • Penjagaan yang Lebih Pantas dan Selamat: Kelajuan respons terhadap pemberitahuan laporan kritikal dan tindakan yang diambil meningkat sebanyak 16%.
  • Penglibatan yang DiperFngkatkan: Pesakit kini boleh mengambil bahagian secara aktif dalam penjagaan mereka secara swalayan, meningkatkan pengalaman mereka semasa di wad. Permintaan khusus pesakit dapat dipenuhi 22% lebih pantas dan telah meningkatkan kadar kepuasan pesakit serta keselesaan keseluruhan di wad.
  • Pemberdayaan di Sisi KaFl: Doktor dapat menjelaskan keputusan diagnosis secara langsung di sisi katil menggunakan alat digital bersepadu, mewujudkan perbincangan yang lebih mendalam antara doktordengan pesakit.
  • Kecekapan Operasi: Protokol keselamatan yang dipertingkatkan melalui pengimbasan ID automatik mengurangkan kesilapan semasa prosedur.

Mahkota Medical Centre

Pelancaran acara Next-Gen Smart Ward di MMC yang disempurnakan oleh kehadiran YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, menonjolkan sokongan padu beliau terhadap inovasi yang memperkukuhkan reputasi Melaka sebagai hab penjagaan kesihatan terkemuka.

Selaras dengan kempen Visit Melaka 2024 dan Hari Pelancongan Sedunia 2025, YAB Datuk Seri Ab Rauf dengan penuh semangat menjelaskan bahawa inisiatif transformasi digital seperti pelancaran Next-Gen Smart Ward di MMC ini memainkan peranan penting dalam menarik pelancong perubatan, sejajar dengan aspirasi nasional untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan perubatan.

Inisiatif transformasi ini, yang dibangunkan dengan kerjasama Chang Gung Memorial Hospital di bawah panduan strategik HMI Medical, menandakan babak baharu yang berani dalam memperkasa profesional penjagaan kesihatan berinteraksi dengan pesakit di wad.

Bagi memperkukuhkan lagi kerjasama sinergi yang sedia terjalin antara HMI Medical dengan  Chang Gung Memorial Hospital, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani semasa majlis  pelancaran. Perjanjian ini menggariskan komitmen bersama untuk bertukar pengalaman dan pengetahuan dalam pelaksanaan hospital pintar serta projek transformasi digital, yang akan memajukan inovasi penjagaan kesihatan melalui kepakaran bersama dan mempromosikan kerjasama perubatan.

“Next-Gen Smart Ward yang inovatif ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan aliran kerja, memperkukuh keselamatan pesakit, dan menyediakan pengalaman penjagaan kesihatan yang lancar kepada semua pesakit. Kerjasama ini mencerminkan visi bersama kedua-dua institusi untuk memupuk inovasi dan meningkatkan jaminan penjagaan kesihatan. Kerjasama ini bukan sahaja melibatkan teknologi, tetapi juga untuk membina hubungan jangka panjang dan pertumbuhan bersama antara kedua-dua hospital,” jelas Prof. Chen Yu-Ray, Pengerusi Terhormat Jawatankuasa Pemandu Chang Gung.

“Kami sesungguhnya percaya dalam bekerjasama dengan institusi penjagaan kesihatan terbaik di seluruh dunia yang membawa pengalaman dan pengetahuan yang tiada tandingan untuk menyokong kami dalam meningkatkan pengalaman penjagaan kesihatan kepada pesakit kami,” ujar Cik Chin Wei Jia, Ketua Pegawai EksekuFf HMI Medical. “Kerjasama sinergi ini menegaskan komitmen bersama kami untuk terus bertukar pengalaman dan pengetahuan dalam pelaksanaan hospital pintar serta inisiatif transformasi digital yang akan memajukan inovasi penjagaan kesihatan melalui kepakaran bersama dan promosi kerjasama perubatan.”

Pelaksaaan inisiatif Next-Gen Smart Ward di MMC ini hanyalah satu permulaan. Dalam tempoh dua tahun akan datang, MMC merancang untuk meluaskan penggunaan teknologi yang serupa ke semua wadnya serta memperkenalkan bilik bedah pintar dan mewujudkan persekitaran hospital pintar yang bersepadu sepenuhnya. Kemajuan ini akan terus memperkukuhkan visi MMC untuk menjadi hospital rujukan paling disegani di Asia Tenggara.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!