Bayi melecur di muka kerana tidur dengan puting jenama terkenal! Hati-hati ibu semua

lead image

Ibu ini tak menyangka yang puting bayi boleh membakar kulit anaknya dan risau ia akan meninggalkan parut menyeru agar parents lain berhati-hati.

Puting bayi antara barangan bayi yang biasa kita beli. Oleh itu, kita percaya akan keselamatannya. Walau bagaimanapun, seorang ibu baru-baru ini terkejut apabila puting (dari jenama terkenal) mampu membahayakan anaknya!

Kristen Milhone menceritakan hal ini di Facebook tentang bagaimana anak lelakinya yang berusia 7 bulan, Jack melecur gara-gara puting.

Dia yang tak mahu anak lain mengalami perkara yang sama, membuat keputusan untuk memberi amaran pada ibu bapa lain.

Anak umur 7 bulan menderita kesan lecuran akibat puting bayi

Di dalam pos-nya di Facebook, Kristen kongsi yang ketika dia bangun pagi  itu, dia perasan tanda merah pada pipi anaknya. Tanda itu kelihatan melepuh dan merah seperti melecur.

Ketika itu, dia fikir yang ia adalah kesan lecuran kimia, tapi apa yang boleh memberi kesan lecuran pada anaknya?

Mungkin sesuatu dari katil anaknya, tapi anaknya tak ada tidur dengan apa-apa selain putingnya!

 

 

 

 

 

Artikel ini ditulis oleh Rosanna Chio; mendapat kebenaran theAsianparent Singapura untuk diterjemah

Baca juga:

Kerana ibu cuai, bayi 16 bulan maut terjerut tali pengikat puting sendiri!